nuffnang advert

Friday, March 30, 2012

mentarang bakar..

selamat pagi semua...
hari ni aku dah ceria balik kot...biasalah tu...kengkadang emosi tak stabil...haha...

hari Sabtu lepas, ada kenduri kawen sepupu aku kat kampung aku kat Sg. Besar...balik je dari sana, terus hubby ajak mkn mentarang bakar yg byk dijual di tepi2 jalan sepanjang Sg. Besar - Sabak Bernam.

ni lah mentarang...korang pernah tgk tak? pernah makan tak? aku yg bertahun duduk kat Sg. Besar ni pun baru festaim tgk dan mkn...hehe...mentarang ni spesis siput/kerang. Hidup di kawasan pantai berselut/lumpur dan air bersuhu rendah. Brader yg jual ni ckp, kalau kerang duduk kat lumpur, mentarang ni duduk jauh lagi kat dlm lumpur tu....nak dptkan mentarang ni ko kena korek lumpur ni habis2...mentarang akan dikutip sewaktu air surut dan sgtlah popularnya kat Pantai Sabak, Sg. Besar, Kuala Selangor dan Perlis.

ni kat dlm kedai tepi jalan tu...sebenarnya byk lagi kedai2 jual mentarang sepanjang Sg. Besar ni...kedai2 dorang ni sempoi je...

hubby pekena laichee kang...bagi hilang dahaga sbb masa tu panas terik betul...

ha..ni dia mentarang bakar kami dah sampai...mentarang ni kulit dia nipis je nok tapi saiz dia agak besar dibandingkan siput ngan kerang...selain drp bakar, mentarang ni boleh jugak dibuat sup ke, celup tepung ke, masak sambal ke, masak lemak pun boleh ko...tapi femesnya dibakar la...so, kita try mentarang bakar...

ye, inilah rupa isi mentarang...kata nenek aku, tak ramai yg pandai mkn mentarang ni...ramai yg geli katanya...ye lah, sekali pandang, mcm alien pun ada aku tgk mentarang ni...huhu...tapi harus lah aku nak try jugak...sekali try, eh, boleh tahan sedap lah...rasa dia lemak2 manis...ala, mcm korang telan kerang jugak la...lebih kurang gitu lah...tapi, tapi, tapi kan.....kami laaaaagi suka lokan bakar kat Sabah tu...hubby bila mkn mentarang ni, terus ajak gi Sabah lagi sekali nak pekena lokan bakar tu...sungguh, kami rindu lokan bakar kat Tuaran tu....huhu...

si adik ni kelakar sgt kitaorg tgk dia...dia try nak telan mentarang ni, tapi tak tertelan ko...asyik la terkeluar, pas tu try masuk balik, pastu terkeluar balik, pastu sudahnya dia tak mkn, dia mcm geli je aku tgk...haha...

si abang ni pun sama..tak berapa reti makan...apalah anak2 mama, tak boleh geng ngan mama la mcm ni nak JJCM...nampak benda pelik sikit, tak nak mkn...adoi la..


eh, korang kalau nak pekena mentarang ni, moh la ke kampung aku kat Sg. Besar tu...korang pun harus cuba okey....



p/s: pagi tadi gi keje ujan lebat, alangkah best kan kalau dpt sambung tido....

Thursday, March 29, 2012

aku juga manusia biasa....

 kurang gemar menulis tentang emosi dlm blog ni...aku suka ceria2 je dlm blog aku ni...tapi aku jugak manusia biasa, sekarang tgh stress, mood tak mari utk update...

honestly, sekarang aku rasa nak terajang orang....

Wednesday, March 28, 2012

soal jwb agama: akikah, 'ikut belakang' & solat sunat selepas akad nikah

Boleh akikah seekor kambing



SAYA ingin tanya mengenai aqiqah. Apa yang saya ketahui, ibadat aqiqah adalah dua ekor kambing untuk bayi lelaki dan seekor bagi bayi perempuan.

Bolehkah, untuk bayi lelaki, dilakukan seekor kambing terlebih dulu dan melakukan seekor kambing lagi pada masa akan datang?


SHAHIRA KASIM

Muar, Johor

 
Memang benar bahawa aqiqah bagi anak lelaki ialah dua ekor. Ia adalah ibadat sunat yang digalakkan bagi ibu bapa yang mampu.

Jika kemampuan hanya pada seekor kambing, harus melengahkan seekor lagi sehingga ibu bapa ada kemampuan melaksanakannya.




Suami minta ‘ikut belakang’


APA hukumnya jika suami ingin meliwat isteri dengan alasan hubungan halal dan dia berhak melakukan apa saja kepada isteri demi menambah keintiman?

Apa pula hukumnya jika isteri menolak, adakah isteri berdosa kerana tidak mahu mengikut kehendak suami hinggakan suami bermasam muka. Apakah yang perlu isteri lakukan?


NANA

Petaling Jaya


Bagi suami isteri, hubungan kelamin dihalalkan dengan pelbagai aksi yang boleh mendatangkan keintiman kecuali meliwat isteri, yakni mendatangi melalui dubur atau menjimak isteri ketika haid.

Selain dua perkara ini, suami boleh mendatangi isteri seperti mana disukai.


Isteri berhak menolak kehendak suami yang bertentangan dengan syariah.

Ia tidak salah berdasarkan hadis yang mengatakan: “Tidak ada ketaatan pada perkara yang mendatangkan maksiat kepada Allah al-Khaliq.”


Nasihatkan suami supaya mencari yang halal. Banyak lagi aksi halal boleh mendatangkan keintiman tanpa perlu melanggar larangan Allah.




Solat sunat selepas majlis akad nikah



JIKA kita ingin melaksanakan solat sunat nikah, bilakah waktu yang paling sesuai?

Adakah sejurus akad nikah atau boleh dilakukan apabila semuanya selesai iaitu selepas bersalaman dengan hadirin, solekan dan baju sudah berganti?



HAMIMAH,

Johor


Melaksanakan solat sunat nikah boleh dilakukan selepas majlis akad nikah berakhir atau pada masa yang sesuai. Waktu yang terbaik boleh dilakukan bersama isteri iaitu ketika isteri datang menemui suami.

Kedua-duanya hendaklah bersolat terlebih dulu dan seterusnya berdoa kepada Allah supaya mendapat kebaikan daripada perkahwinan serta memohon perlindungan Allah daripada sebarang keburukan.

Terdapat riwayat daripada Abu Said yang menyebutkan bahawa sahabat lain mengajarnya mengenai solat sunat nikah ini, katanya: “Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepada-Nya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua” (Riwayat Ibnu Abi Shaybah). (lihat, http://www.iluvislam.com/tanya-ustaz/2817-solat-sunat-nikah.html).




sumber: harian metro

~WW~ meleleh....

 peppermint meleleh dari dalam coklat...

last kopek coklat dari Langkawi sejak balik dari sana Jun lepas....haha...

Tuesday, March 27, 2012

sejarah tercipta di sini...

bangga giler kot...ekekekek....



sumber: cari.com

blur di hujung minggu....

 bila hujung minggu blur tak tau nak masak apa, aku masak ayam masak halia ni...bosan weh asyik masak kari lah, masak lemak lah, sambal la, asam pedas la, sesekali kita masak lah yg berkhasiat sikit....berkhasiatlah sgt....haha....tapi hubby tak berapa suka sgt masak ni, jadinya aku ngan anak2 je lah mkn lauk ni, utk hubby, masak sikit sambal telur utk dia...huhu...

pas tu tumis bendi...siap!!

lepas mkn ayam masak halia tu, moh la kita beramai2 keluar angin secara berjamaah....haha....



p/s: tengs to kak Dee atas FM Singapore dan Reena atas n3 ini yg sgt ohsem...

Monday, March 26, 2012

gymnastics school in China....

















ko mampu?



sumber: email

selamat hari polis, mak....

selamat pagi semua....

just nak wish selamat hari polis yg ke 205 mak!! bila mak nak pencen ni mak? udah2 la tu...huhu...


gambar ini adalah ulang tayang dari n3 tahun lepas, sbb aku takde simpan gambar mak pakai uniform..ni je satu2nya yg aku ada...hehe...



p/s: ada org tak nak kawan ngan aku sbb aku anak polis...eh, ada aku kisah?

Friday, March 23, 2012

nanti bil siapa yang nak bayar?

kesian kat nenek..berkira punya cucu...kehkeh...



sumber: cari.com

merenyam....

selamat pagi semua...

dua hari tak update, demam dan cerry berry...huhu...
sekarang dah beransur pulih
tapi masalahnya dah dua mlm jugak lah aku tak boleh tido
asyiklah gatal hidung, pas tu merebak ke mata
pastu merenyam2 gatal tu kat muka..
tension...
ingat nak jumpa doktor pas ni
nak taip panjang2 pun tak daya
sbb....


aku dah rupa gini, duk tergaru2 hidung je ni..nak buat keje pun tak senang....adoi la hai...

Tuesday, March 20, 2012

restoran air terjun...




beautiful waterfall restaurant ini hanya terdapat di Philippines....



sumber: email

malam Selasa & Ahad...

ada apa dengan malam Selasa? ada Desperate Housewives last season ko....

malam ni akan start first episode utk final season...sumpah aku rasa sedih sgt bila tau ni musim terakhir citer ni....sekarang ni aku masih dlm proses mengumpulkan semua DVD citer ni sampai last season ni...peminat tegar mcm aku ni takkan beli DVD pirate punya, beli original baru puas hati...

so sad it's gonna be over...kiss them goodbye to Gabrielle, Susan, Bree & Lynette...

pada peminat cerita bersiri Desperate Housewive ni jgn lupa tgk mlm ni pukul 10.30 mlm di channel 8tv...


mamat ni pulak aku nak tgk malam Ahad kat Mentor...sebenarnya malas dah nak layan Mentor tu, tapi ada Faizal Tahir ni wajiblah aku menontonnya...ngeee....semua protege kali ni adalah nan hado termasuklah protege si FT ni...tapi gigihlah aku menatap Mentor tu sbb ada Faizal ni...

En. Faizal, saya teringin nak amek gambar ngan awak...wink wink...


tu je lah citer2 yg aku layan setakat ni...kalau kat rumah takde masa sgt nak tgk tv...masa tu mcm tak cukup je nak menonton bagai...tapi utk Desperate Housewives tu mmg aku dah terpacak lah depan tv...tak sabar tunggu mlm ni....weeehuuuu...


p/s: dah kenapa ngan protege si Ogy tu? over benar kekdahnya...

Monday, March 19, 2012

perencah nasi goreng terbaru...

aku agak org ni mesti dah maut....



sumber: cari.com

pagi ini....

1)  mengantuk
2)  mee goreng + telur dadar
3)  teh tarik
4)  baju korporat warna biru
5)  sejuk
6)  doa utk anak2
7)  sistem 3.2.1
8)  runsing
9)  Evening Primrose Oil
10)rindu arwah ayah


tidak ada istilah monday blues....cuma malas nak menaip panjang2 dan upload gambar...
sekian utk cerita pagi ini...

Friday, March 16, 2012

pengsan sudah!!

busuk sgt ni....



sumber: cari.com

baru tahu dia antara yg tercuram di dunia...

selamat pagi semua...

 baca suratkhabar hari tu baru tahu, kereta kabel di Langkawi adalah satu drp sepuluh kereta kabel yg tercuram di dunia...diselenggarakan hanya setiap enam tahun sekali..

patutlah muka si abang tu cuak giler bila naik kereta kabel tu...asyik lah ajak balik...haha...



*our memory in Langkawi, June 2011

Thursday, March 15, 2012

bila husband protes...

muka marah giler pakcik ni weh....



sumber: cari.com

Periok - Beriyani Gam dan Mee Bandung Muar

selamat pagi semua....
lagi n3 makan2....sbb akukan suka mkn....muahahaha...
sekali lagi kami ke restoran yg sedap nak giler tu, Restoran Periok yg terkenal dgn Beriyani Gam dan Asam Pedas dia tu....

 hubby mcm biasa lah, suka sgt order nasi beriyani kambing...feveret dia tu...aku kalau kambing mmg bo layan...hehe...hubby kata mmg sedap lah kan, daging pun lembut....

 kalau hari tu masa dtg mkn kat sini, aku pekena asam pedas ikan merah dia yg sedap tu, kali ni aku pilih mee bandung muar dia yg diwar2kan sedap jugak tu...weh, tapi mmg sedap tau, aku amek mee bandung special dia ni, byk udang dan kuah pun pekat...sedap giler weh...tak nyesal lah order...harga semangkuk mee bandung special ni rm 7.90...wallah!!

hari tu dah try air bandung float periok, kali ni kami order nescafe float periok pulak....pun sedap....tapi aku lagi prefer bandung float jugak la kot...harga nescafe float periok ni rm 4.90 segelas...

restoran ni pernah masuk JJCM..pernah masuk paper...makan kat sini agak mahal sikit, tapi serius la weh aku ckp mmg sedap tau...

kalau nak tgk soda bandung float, ayam goreng berempah dan asam pedas ikan merah dorang yg sedap, boleh klik n3 aku yg ni ini, lepas aku publish n3 tu, ramai followers aku pun terjah kedai ni, lepas tu pun dorang ckp sedap..aku kalau sedap, mmg puji sedap, kalau tak sedap, aku terus terang je la...

terjah weh, jangan tak terjah, org sg. buloh, sila jgn ckp korang tak pernah sampai restoran ni lagi ye...mmg saja lah tu, kalau dah dekat, tapi tak sampai lagi...haha...

ni alamat restoran Periok ni:

No. 17, Jalan BRP 1/6A,
Bukit Rahman Putra Sg. Buloh,
Selangor.
019-705 1715 / 010-331 4231

dekat sgt dgn The Store, Sg. Buloh...



p/s: tadi beli brekfes kena rm7....pitam mak...mmg aku tak lunch la tengahari ni...hahaha...