nuffnang advert

Thursday, July 24, 2014

selamat hari raya!!


tahun lepas aku sefamily pakai kaler maroon/pink
tahun ni macam aku ckp lah, disebabkan aku tgh berpantang
aku takde tempah baju pun
tapi aku ada jubah
so pakai jubah la tahun ni
pakai yang mana ada je la
yang penting kami sekeluarga tetap sedondon kaler

tahun lepas kami beraya di kampung aku, Sg. Besar
so, tahun ni giliran beraya di kampung nenek hubby, Linggi
Sabtu ni kami nak gerak balik kampung dah
wah tetiba tak sabar nak balik kampung hubby
rindu Linggi
kami mengamalkan konsep giliran setiap kali raya dari dulu lagi
tak pernah gaduh nak balik mana dulu
yang penting masing2 kena saling memahami

tahun ni raya seronok sikit la
kalau tgk gambar raya tahun lepas kat atas ni kami berempat
tahun ni kami raya berlima
Alhamdulillah

InsyaAllah tanggal 1 Syawal nanti Junior berumur 24 hari
dan tambah seronok 1 Syawal ni jugak adalah hari lahir hubby
berganda keseronokan kami

oklah tak nak citer banyak
di hari baik bulan baik ni
aku sefamily nak ucap
selamat hari raya aidilfitri pada korang
mintak maaf kalau sepanjang penulisan aku kat sini
ada menghiris perasaan korang
atau sepanjang aku komen kat blog korang ada terkasar bahasa
aku mintak maaf tau


yang jauh itu WAKTU
yang dekat itu MATI
yang besar itu NAFSU
yang berat itu AMANAH
yang mudah itu BERBUAT DOSA
yang panjang itu AMAL SOLEH
yang indah itu SALING MEMAAFKAN

selamat hari raya uollsss!!
korang take care tau!!
drive carefully!!
sayang korang!!


love,
wahida, shidi, areel, aqeem, aeed

Monday, July 21, 2014

kau tunggu aku datang!

Assalamualaikum semua...

mak aiii, dah nak dekat raya rupanya
tahun ni aku tak rasa kemeriahan hari raya pun
bukan sebab apa
dah la tak dapat puasa penuh
pastu banyak benda aku tak dapat buat di bulan yang mulia ni
huhu

pastu pulak selalu kalau nak dekat raya
aku sibuk order kuih raya kat member2 ofis
ni dah berpantang mcm ni
memang aku kat rumah je la
nak tempah kuih raya pun mmg tak la
beli je la nanti kat kedai atau shopping mall

pastu tahun ni aku tak tempah baju pun
sehelai pun takde tau
sebab dalam berpantang macam ni aku tak tau shape badan aku lepas ni mcm mana
hahaha
takpe aku pakai jubah mana yang ada je la
tapi sekarang ni aku sedang gigih berusaha kuruskan badan
tak dapat banyak, kurus sikit pun jadik la
yang penting, aku tak nak perut boroi
perut buncit adalah satu ketakutan buat aku
nehi nehi

fuh, berpantang di bulan Ramadhan adalah sangat menguji keimanan okeyyyy
dengan cuaca panas kat Rawang ni
memang dahaga sangat2
kalau dapat minum ais bestnya la hai
tengok pulak hubby dan anak2 buka puasa minum air kelapa
aku ni dah la kalah kalau tengok air kelapa
feveret okeyyyy
bila aku tengok laki dengan anak2 aku berteguk2 minum air kelapa sejuk
aku tension tau
huwaaaaaa

sudahnya, aku bayangkan je la air suam aku tu ibarat air kelapa
huhu
nantilah, aku dah habis pantang nanti
memang aku terkam air kelapa dulu
pastu aku nak cari air Sarsi gas jugak
fuhhhh sedapnyaaaaa


27 days to go,
kelapa sejuk, kau tunggu aku datang!!


Wednesday, July 16, 2014

Ahlan wa sahlan, ya Raeed!

Assalamualaikum semua...

Fuh...punya rindu kat blog weh
serius, memang dari sehari ke sehari nak update
tapi masa tak mengizinkan
bila ada masa senggang sikit, aku bantai tido pulak
cover balik tak cukup tido malam sekarang ni

dan sekarang ni kami suami isteri sedang sesuaikan diri
sesuaikan diri dengan keadaan baru kami
ye lah, dah lama sangat rumah kami ni takde anak kecik
bila junior dah keluar ni
rutin kami jadi tunggang langgang sikit
kehkeh
slow slow kami cuba adapt

Junior selepas setengah jam dilahirkan
sumpah aku menangis masa nurse bawak Junior bagi kat aku
sebak dan terharunya...
sepanjang preggy kali ni
banyak dugaan aku hadapi sebenarnya
tapi tak payah la aku citer kat sini
cukup aku panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana semuanya selamat

 lebatkan rambut saya?? hehe..

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh
Wahai anakku
Wan Ahmad Raeed



Wan Ahmad Raeed
3.6 kg
5 Julai 2014
10.30 pagi
Hospital Sungai Buloh


InsyaAllah, kalau rajin, akan menyusul lagi entry Junior
mungkin banyak lagi gambar2 bakal menyusul
tapi tengok lah macam mana
harap2 mood blogging tetap ada sepanjang berpantang ni...huhu...

Monday, July 7, 2014

Welcome on board, Junior!!

Assalamualaikum semua...

Junior dah selamat dilahirkan
Alhamdulillah
Tepat 10.30 pagi di hari Sabtu yang hening

Nanti2 saya update lagi eh..
Nak gomol junior jap..
Heheh..
posted from Bloggeroid

Friday, July 4, 2014

Edisi Geng Antu Jepun: Pancake House

Assalamualaikum semua...
Lepas kami makan kat Plan B, kami jalan2 sekejap kat Paradigm Mall tu, cuci mata...
mek jah  dgn Nonok je yang shopping, aku duduk je la, x larat nak jalan sangat..
tapi lepas tu kami decided hi tea kat Pancake House..

 dasar tak reti kenyang, punyalah makan kekenyangan kat Plan B tu, hi tea pulak kat PanCake House ni...ekekek...

 huhui...tengok menu je dah terliur...hahaha..
bertingkek tingkek gitu...

 aku biasalah, kalau dah tengok menu, mulalah rambang mata, sampai confuse nak pilih apa...
bertabah je la waitress tu tunggu aku...
eiii, mek jah tu pun tahan je la sabar dengan kerenah aku...muka mek jah mcm dah bengang je tu...hahaha...

 sudahnya aku order caramel banana walnut waffle ni...rm10.90...mahal weh...baik buat sendiri kat rumah...hahaha...
ko nak sangat hi tea kan...hambik kena bayar nak dekat rm11...ekekek...

 yang ni mek jah punya, waffle foldover, rm11.90
ni pun mahal...huhu...padahal waffle tu kosong je pun, cuma letak aiskrim coklat dan strawberry gitu...
ok, dua menu je la kami order, Nor tak order apa, dia kenyang lagi...aku dengan mek jah je yang tak reti2 kenyang...

budak2 ni dah kenapa ntah...sawan ketawa agaknya...hahaha...


pada pendapat aku, sekali sekala nak hi tea mcm ni boleh la...
nak enjoy2 dengan kawan2 kan...


kalau korang nak merasa makan pancake atau waffle yang mahal, silalah datang sini, kahkah..
ni details dia:

Pancake House
Lot 2F-32, Level 2
Paradigm Mall
Petaling Jaya
03-7887 0824

Wednesday, July 2, 2014

Edisi Geng Antu Jepun: layan kan je la

Assalamualaikum semua...


update lagi entry Antu Jepun, dah nama Edisi Geng Antu Jepun kan...
heheh...

 bila tisu takde, lap mulut pakai alas meja pun boleyyyy...

 ko memang x senonoh kan dd, hahaha
tau pun malu

 budak dua orang ni lagi lah, ntah apa drama dorang tgh buat ni ntah

 korang ni dah kenapa...

 layan je la labuuuu...

 gelak berdekah itu biasa buat kami...
macam tempat tu kami yang punya...hahaha
eiii, tak padan dengan mak budak semua ni...

okey okey, semenggah sikit...
comeyy dok? ekekek...



sumpah mengantuk!!

Tuesday, July 1, 2014

Edisi Geng Antu Jepun: Plan B

Assalamualaikum semua...

Dua minggu lepas, kami Geng Antu Jepun ke Paradigm Mall lagi
nak celebrate birthday salah sorang kawan baik kami
sebelum tu aku nak mintak ampun sbb tayang food di bulan puasa ni...kehkeh
kena setel semua entry sebelum mak jemah nak pergi beranak
dah setel semua entry, baru mak jemah boleh beranak dengan tenang...muahahaha

ni ha beday girlnya, yang cium dahi aku semalam tu...hahaha...
nama dia Nor, atau kami panggil dia Nonok, korang jangan nak terkejut sangat, memang kami panggil dia nama cenggitu, mesra kata ko...ekekek...

 masa kami pergi ni, waktu lunch hour, ya ampun, full seat okey kat Plan B ni, kena duduk kat seat waiting list dulu...

 ni nak tayang menu ke nak tayang gelang ngan cincin neh? :)

 watak utama pada hari itu..
ya Allah, aku pulak terliur tgk kek ko ni nok...

 alahai, nnt aku cuti bersalin, mesti aku rindu dengan kawan2 baik aku ni...huhu...

 Nor punya beday, kami sibuk join sekaki...

 kek beday girl..
classic chocolate cake, satu slice gini rm14
tapi sodapppppp...
aku tanya kat waiter amek order tu, boleh bagi lilin tak, pastu ada tak staff dorang boleh tolong nyanyikan hepi beday utk beday girl, mamat tu beriya jawab takde, tak boleh buat....grrrrr...

 tapi alih alih datang beberapa staf dia nyanyi lagu hepi beday utk Nor, terkejut gila la si Nor, kami pun terkejut jugak, sbb tadi mamat waiter tu ckp dorang tak boleh nyanyi...sabo je la...
gara2 terkejut, gambar pun tak sempat nak snap...ni je lah hasilnya, dah habis nyanyi pun...huhu...
tapi bagus jugak, surprise sgt utk Nor...
yang bestnya, yang datang makan kat situ pun sporting, nyanyi sama2...

 jom lah layan menu...
ni menu beday girl, spagetthi carbonara, rm26
sedapnyaaaaaaa...

ni pulak menu aku, softshell crab spagetthi, rm28
ni pun sedap...aku sukaaaaa

 tapi yang ni paling best lah, ni menu mek jah..
nama dia teriyaki salmon soba..
mcm korang tau lah, ikan salmon memang mahal, so, jgn terkejut dgn harga rm53
tapi serius sedap ko, wa cakap lu..

cappucino si beday girl, siap ada tulis HB Baby, means happy beday baby
rm10

 tembikai laici yang sedap ini aku yang punya....
rm11

 moment indah...

 nganga jangan tak nganga

nyanyi sudah, potong kek sudah
apa lagi, serbu!!


selamat ulangtahun kelahiran ke 34, Nor ku sayang...
semoga terus diberikan kesihatan yang baik..
bahagia selalu...
dan semoga ikatan persahabatan kita takkan terputus, InsyaAllah...


kesimpulannya, makan kat sini sangat sedap...aku suka
memang a bit pricey, tapi sekali sekala camni boleh la...
demi sahabat tersayang, janji Nor hepi...


so, kalau korang nak makan kat sini, ni details dia:

Paradigm Mall
Lot CF 09 Concourse Floor
1, Jalan SS7/26A
Kelana  Jaya
03-7886 4623
website: Plan B
dibuka dari pukul 10 pagi hingga 10 malam


ada beberapa branch lain jugak kat KL ni, so, check it out...