Assalamualaikum semua...
ampunkan saya, cerita basi lagi...hahaha...
meh citer kami Geng Antu Jepun celebrate beday mek jah..
orang yang diraikan hari lahirnya.
tapi beday dia dah lama basi sebenarnya...hahaha
birthday dia sebenarnya bulan Julai tahun lepas,
tapi disebabkan aku tgh cuti pantang bersalin 3 bulan masa Julai tu
celebrate beday mek jah jadinya ditunda sampai aku naik keja...hahaha
jadinya, hujung bulan November baru dapat meraikan beday mek jah
pilihan beday girl nak makan Chilli's
so, moh kita turutkan...
Chilli's Bangsar menjadi pilihan kami...
pilihan I dah tentu hot cappucino...
ah nyaman melayan kopi sambil bergosip. eh!
ni menu aku, nama dia Firecracker Fish Fillet, rm28.95
rasa dia sweet & spicy gitu, dihidangkan sekali dengan nasi.
kawan2 aku yang sengal tu cakap,
datang makan kat Chilli's, tapi order nasi goreng...
hahaha siot korang!!
Grilled Lamb, pilihan beday girl, rm36.95
pilihan Nor, Mushroom Swiss Burger, rm28.95
mashed potato Chilli's yang sedap nak mamp!!
menghayati makanan sangatttt...
kawan2 aku ni memang sengal...
mana nak dapat kawan giler macam ni woiii..
kat ofis aku je ada...hahaha...
dah nama pun nak celebrate birthday kan,
harus lah order kek walaupun kek kecik2 je...
moh kita order Molten Chocolate Cake, rm21.95
pastu makan rebut rebut.
makan berebut tu best oiii!
aku sayang ko dunia akhirat jah!!
tengkiu sudi kawan dengan aku yang kepala angin ni..hahaha
hampir 6 tahun kita bersama sebagai sahabat baik..
harap kita boleh kekal bersahabat hingga hujung nyawa...
semoga kau terus dilimpahi rezeki yang melimpah ruah,
diberikan kesihatan yang baik,
keselamatan yang terpelihara,
dijauhkan fitnah, musibah dan malapetaka,
dan dilimpahi taufik dan hidayah Allah sentiasa,
amin...