Pada suatu hari..
Jiran 1 : Wahh… baru pindah ke?
Jiran baru : Ah… ya. Saya baru pindah ke sini. Cantik ye kat sini.
Jiran 1 : Encik ni kerja apa?
Jiran baru : Oh… saya ni seorang professor di universiti. Saya mengajar pasal deduksi.
Jiran 1 : Deduksi? Apakebendenye tu?
Jiran baru : OK. Mcm ni. Saya bagi satu contoh. Saya nampak ada sangkar kucing kat belakang rumah encik. Dengan itu, saya dapat rumuskan yg encik ni bela kucing.
Jiran 1 : Ya, betul.
Jiran baru : Fakta tadi membawa saya merumuskan yg encik ini berkeluarga.
Jiran 1 : Huh… betul lagi.
Jiran baru : Dan fakta yg encik ni berkeluarga membolehkan saya merumuskan yg encik ini beristeri.
Jiran 1 : Tepat sekali.
Jiran baru : Itulah deduksi.
Petang itu…
Jiran 1 : Saya baru je bersembang dgn jiran sebelah… baru pindah.
Jiran 2 : Ooo… dia kerja apa?
Jiran 1 : Dia ni seorang professor, mengajar deduksi.
Jiran 2 : Apa tu??
Jiran 1 : OK, saya bagi contoh. Awak ada sangkar kucing?
Jiran 2 : Tak.
Jiran 1 : Aishehman…....
sumber: cari.com
nuffnang advert
Friday, December 30, 2011
Bukit Merah: Ecopark, Waterpark & Skycycle
selamat pagi semua....
aku sambung lagi pasal Bukit Merah...
lepas habis round kat Orang Utan Island, kami terus gerak masuk eco park, skycycle dan lepas tu harus la berendam kat waterpark dia..
kami masuk eco park dulu....
ada byk haiwan kat sini tau...aku amek beberapa keping gambar jer..
antara haiwan2 yg ada dlm eco park...anak2 mmg suka masuk eco park ni...sbb ada byk binatang kan kat dlm ni...
eh, terbanyak lak gambar ular..padahal aku geli tau tgk ular..semua ni hubby yg snap gambar...nak suruh aku amek gambar ular ni mmg mati hidup balik la aku tak mo...ni pun upload jugak la utk kenangan kami...ish, ular ni main tenung2 lak dia...scary...
oh, aku paling suka dgn merak ni...dia pandai tau...dia tau aku amek gambar dia, cepat2 dia kibarkan kepak dia tu..pas tu bila aku kata one more, one more, lagi dia posing tak hengat ko...bila aku kata ok, thank q!!, terus dia tutup balik kepak dia yg cantik tu...bijak betul!! suka giler tgk kepak dia tu...no wonder la ada citer pasal merak ni megah dan riak dgn kecantikan dia..
dah habis jenjalan kat eco park, kami naik skycycle...skycycle ni boleh muat 4 org sekali gus...benda ni ko kena kayuh sendiri bagi dia gerak...sepanjang naik ni, korang akan lihat pemandangan sekitar Bukit Merah...
kat belakang tu ada Acu, suami dia dan MIL...nampak mcm MIL aku gayat je...hehe...
skycycle ni haruslah hubby aku yg kayuh, aku try jugak kayuh, semput mak ok...penat...huhu...so, tugas mengayuh diserahkan pada hubby, kami enjoy the view...hehe...
masa mengayuh tu, salah satu pemandangan yg aku suka tgk adalah Kampung Air Chalet ni...nak sewa ni agak mahal tau....mampu tgk je la...huhu...
pas tu terus gerak gi waterpark...antara permainan yg ada dlm waterpark...waterpark dia best tau, besar dan ada mcm2 permainan, tapi sayangnya kami tak enjoy sgt sbb masa tu hujan lebat...kami sempat main beberapa permainan je, pas tu pulak adik dah gigil dan nampak mcm nak semput pulak masa kena hujan tu...kesian kat adik...
gambar kredit to en.google
gambar ni pun cilok en. google...
sbb hujan lebat, kamera kena simpan....tapi aku nak tunjuk la beberapa permainan yg aku sempat naik adalah benda alah ni..hehe...
rasa nak main sekali lagi semua permainan kat Bukit Merah ni, mmg kena repeat balik ni....hehe...
walaupun hujan, kami enjoy je kat Bukit Merah...best sgt!!
p/s: sedu sedan aku tgk Tentang Dhia semlm...sedihnya la hai bila dipaksa membuat pilihan sama ada bercerai atau dimadukan....huhu...
Thursday, December 29, 2011
excuse me....
selamat petang semua...meh layan kucing tgh kissing2 ni...
ish..mamat oren ni dengki tau....
sumber: cari.com
Bukit Merah: Orang Utan Island
selamat pagi semua....
oh, tak habis lagi rupanya n3 Bukit merah aku ye...haha...korang layan kan je la...kehkeh...
weeehuuu...kami dah sampai kat theme park Bukit Merah...wajib la kan berposing bagai nak rak kat entrance ni....padahal keta lalu lalang je kat belakang kami tu...hehe...
dah masuk dlm, posing lagi....disebabkan Bukit Merah ni terkenal ngan Orang Utan Island, makanya acara bergambar dgn org utan adalah wajib jugak..kehkeh...
ok, kami decided amek waterpark combo tu...RM 68 sorang utk dewasa...bila amek combo tu, dapat pegi 4 tempat sekali gus iaitu waterpark, eco park, org utan island dan boleh pilih sama ada nak chairlift atau skycycle...disebabkan masa tu chairlift under maintenance masa tu, kami tak de pilihan lain selain amek je la skycycle...nak tau apa tu skycycle? nnt n3 seterusnya aku citer eh....eh, mcm byk lg lak n3 Bukit Merah ni...hahaha...gasak la korang...
budak dua org ni sgt notti...tapi mama sayang bangat sama kamu dan kamu!!
berjalan menuju perhentian bot...nak sampai ke Org Utan Island tu kena naik bot tau...sbb nun jauh di seberang sana...
sementara tunggu bot sampai, adik posing jap...pinjam spek mama dan hat Acu Ayie...
sementara tunggu bot sampai gak la dorang duk layan itik2 ni...comel2 belaka..boleh bg mkn tau kat itik2 ni..makanan itik boleh beli kat kaunter...
gigih Uncle Mazli layankan anak2 aku tgh bg mkn itik...
okeh, bot dah sampai....ala daddy ni nyampah tau, suka amek gambar i tgh tak ready...
antara pemandangan yg boleh dilihat masa naik bot...
dah sampai kat Org Utan Island....tempat ni dibina khas utk pemeliharaan dan pemuliharaan org2 utan...kat sini korang jugak boleh menderma...mereka jugak sdg mencari sponsor utk yayasan ni...
tak byk sgt gambar org utan yg kami dpt snap...sbb ramai sgt berebut masing2 nak amek gambar org utan ni...lagi pun jeriji besi ni halang nak tembak gambar...huhu...
kata penjaga kat sana, kalau org utan lapar, dia akan buat mcm2 aksi...tak sempat nak snap gambar org utan tgh cekak pinggang la, peluk tubuh la....klaka gak org utan ni...comel je...
ni pulak kawasan anak org utan...anak aku si adik sgt la suka masuk Org Utan Island ni nok...tarik ajak balik meraung ko...dia nak tatap puas2 org2 utan kat sana...bukan main suka lagi dia...aku rasa kalau bagi 3 jam pun dia boleh layan kot org2 utan ni..hehe...
p/s: rasa nak buat pengat duyan la weekend ni...cicah ngan roti...wallaweh....
Wednesday, December 28, 2011
soal jwb agama: tiada syarat tebus dosa, kategori bapa saudara bukan muhrim & hak jaga anak tak sah taraf
Tiada syarat tebus dosa
SAYA pernah melakukan banyak dosa seperti minum arak, menipu dan berzina. Namun kini saya mahu bertaubat dan meninggalkan dosa yang pernah saya lakukan, dan taubat saya adalah ikhlas kerana Allah SWT.
Saya pernah membaca, satu daripada syarat taubat ialah menebus dosa berkenaan.
Bagaimana saya mahu menebus dosa minum arak dan zina yang pernah saya lakukan, sedangkan kedua-dua dosa ini memerlukan saya melalui hukuman sebat 100 kali, dan di Malaysia prosedur untuk mendapatkan hukuman sebat agak sukar. Bagaimana pula prosedurnya untuk memohonnya? Jika sukar, apakah ada hukuman lain yang menyamai hukuman sebat ini? Saya betul-betul ingin bertaubat, menyucikan jiwa saya, dan memulakan hidup baru. Saya takut balasan Allah, dan kalau boleh biarlah saya menerima hukuman di dunia ini.
AMIRUL
Klang, Selangor
Mereka yang pernah melakukan dosa hendaklah bertaubat. Syarat taubat ialah menyesal, meninggalkan perbuatan salah itu, memohon halal jika ia hak manusia dan melakukan amalan baik.
Tidak ada dalam syarat itu penebusan sehingga perlu melalui hukuman, baru sah taubat. Allah Maha Pengampun dan Penyayang, taubat akan menghapuskan dosa dan kembali membuka lembaran baru. Itulah indahnya Islam.
Islam meletakkan beberapa tatacara bagi mereka yang pernah melakukan dosa besar untuk kembali ke pangkal jalan. Pertama melakukan taubat nasuha, kedua memperbanyakkan perbuatan kebaikan yang mana akan menghilangkan kejahatan.
Ketiga, banyakkan sedekah kerana sedekah boleh menghilangkan kesalahan seumpama air memadamkan api. Keempat, banyak bersabar menghadapi ujian Allah.
Semua ini ialah kafarah kepada dosa silam.
Kategori bapa saudara bukan muhrim
SAYA ingin bertanya adakah batal wuduk jika bersalam dengan bapa saudara kerana baru-baru ini ibu saudara melangsungkan perkahwinannya dan sewaktu ingin bersalam dengan bapa saudara, mak saudara menyuruh saya menggunakan alas kain kerana dikatakan kami bukan muhrim.
Sebelum ini saya bersalam dengan bapa saudara lain tak pernah ada yang menegur.
Saya tidak membantah kerana ibu saudara adalah bekas graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.
Jadi, saya ingin tahu adakah saya dengan bapa saudara batal wuduk jika kami bersentuhan?
MIEZA
Kemaman, Terengganu
Bapa saudara dari darah daging keluarga iaitu abang atau adik kepada ibu atau ayah kandung tidak akan terbatal wuduk.
Namun, bapa saudara hasil dari perkahwinan iaitu dia menjadi bapa saudara kerana dia berkahwin dengan ibu saudara adalah batal wuduk.
Hak jaga anak tak sah taraf
SAYA mempunyai anak luar nikah yang kini berusia 14 tahun. Saya tidak berbangga dengan dosa lalu tetapi amat tertekan kerana anak saya yang tidak berdosa menanggung kesukaran akibat dosa masa lampau saya.
Dia seorang yang tidak beragama walaupun bapanya seorang yang dilahirkan Islam tetapi berkahwin dengan wanita Cina. Perkenalan kami amat singkat dan pernah terlanjur disebabkan sering mengikuti pesta ulang tahun kawan kami.
Apabila mendapat tahu saya mengandung, A memberi kata putus supaya menggugurkan kandungan atau dia tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya itu.
Perasaan berdosa menyelubungi saya sehingga saya mengambil keputusan terus mengandungkan bayi itu. Kami terputus hubungan sehinggalah saya melahirkan anak itu.
Saya membesarkan anak saya tanpa sebarang bantuan daripada A. Dia entah hilang ke mana dan apabila anak berumur empat tahun, saya berkahwin dengan seorang lelaki yang dapat menerima status saya serta anak.
Saya berasa amat bertuah kepada keluarga suami yang tidak sedikit pun mempertikaikan atau membezakan status anak saya. Kami bersama-sama membesarkan anak sehingga kini. Segala urusan persekolahan, perbelanjaan semua ditanggung suami.
Kini suami diarahkan berpindah kerja ke Australia. Sebagai ketua keluarga, dia menguruskan segala-galanya untuk saya. Anak serta dua lagi anak perkongsian hidup kami turut bersama ke sana.
Segala urusan berjalan lancar sehinggalah pihak imigresen Australia meminta surat terakhir hak penjagaan anak sulung saya. Kami mengambil peguam untuk menguruskan hal itu.
Sejak itu, anak sulung saya berasa dirinya tidak berguna dan menyusahkan ayah tirinya dan adik-beradiknya. Semua visa kami diluluskan, hanya visa anak saya itu saja masih tertangguh dan hanya diluluskan jika kami memberi surat hak penjagaan.
Dr Salam, jika perkara dibawa ke Mahkamah Syariah, adakah saya akan mendapat hak penjagaan ke atas anak saya itu? Saya tidak meminta hak nafkah ataupun apa-apa daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu, cuma meminta hak penjagaan saja.
Peguam juga menjelaskan, surat penjagaan itu perlu jika terjadi apa-apa ke atas dirinya, memudahkan saya menguruskan kemasukan sekolah di luar negara dan hospital.
Untuk pengetahuan Dr, dalam surat beranak anak saya tidak ada langsung keterangan bapa, hanya ada nama saya dan anak saya berbintikan Abdullah.
Saya harap Dr dapat membantu memberi jalan yang terbaik. Penghijrahan kami sekeluarga adalah untuk masa depan anak.
IBU BERDOSA,
Kuala Lumpur
MENURUT Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2001), penjagaan anak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara-mara ibu.
Dengan itu, puan boleh membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah untuk permohonan mendapatkan surat penjagaaan anak secara rasmi.
Inilah jalan terbaik yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, puan dinasihatkan supaya menggunakan khidmat peguam kerana mereka mengetahui apa dokumen yang diperlukan dalam permohonan nanti.
Mengenai anak puan, dia perlu dibimbing sebaik mungkin dengan ajaran Islam termasuk soal akidah, syariah dan akhlak agar menjadi anak yang soleh.
Mungkin pengalaman puan diceritakan secara baik agar mendapat pengajaran berguna kepada anak puan memandangkan dia sudah memasuki alam remaja.
Sememangnya anak puan tidak bersalah dan tidak berdosa. Islam pula tidak membezakan kedudukan anak tidak sah taraf dengan anak yang lain.
Semua itu dilakukan bagi menjaga keturunan supaya tidak bercampur-aduk.
sumber: harian metro
pemenang GA FM Bukit Merah dan crochet bookmark...
selamat pagi semua...
yahuuuu!! keputusan GA dah keluar....korang ingat kan nombor masing2...apa lagi, mari kita tgk siapa yg kena....
no 31...sapa ek...cadlynn rupanya....tahniah dear!!
ni pulak qema menang....tahniah tahniah!!
oh, follower aku yg setia komen dari dulu sampai skang...sekali lagi dia bertuah ngan blog aku ni...izwa...tahniah nok...kang aku mintak laki aku je pas kat hang...hehe...
ni pulak pemenang crochet bookmark...hezrina....tahniah dear...tak sia2 ko komen panjang lebar kat blog aku ni..hehe...aku suka aku suka...teruskan mengomen yer...
pada yang tak berjaya, jgn putus asa yer...akan ada lagi GA akan dtg..kalau aku pi berjalan la...haha...anyway tengs again pada yg sudi memeriahkan GA yg tak seberapanya ini...sayang korang!!
korang yang menang tu email nama, alamat dan no fon kat sini yer:
arel_121205@yahoo.com
p/s: ish, makin dekat lak abang nak masuk darjah satu...berdebar weh....rasa sebak pun ada neh...adoi la...
Tuesday, December 27, 2011
untungnya org nama Jamaliah....
selamat petang semua...
untung weh org nama Jamaliah ni...cer tgk...
sweet habis boyfriend Jamaliah ni kan...ahaks...
kalau mak aku baca ni, konfom dia tersedak...nasib binti dia tu lain...kehkeh...
sumber: cari.com
senarai peserta GA Bukit Merah & crochet bookmark...
selamat pagi semua....
korang yang join GA aku tu harap dpt check nama korang yer....takut ada yg tertinggal lak...tapi rasanya takde yg tertinggal...dah dabel check dah neh...
- http://nurul-izwa.blogspot.com
- http://mamatisya.blogspot.com
- http://prettywrite.blogspot.com
- http://mamaemacyg.blogspot.com
- http://aniesandyou.blogspot.com
- http://lyacolours.blogspot.com
- http://satanicsoap.blogspot.com
- http://coratcoretsoshylady.blogspot.com
- http://nurkaloi.blogspot.com
- http://normj1001.blogspot.com
- http://nusha1706.blogspot.com
- http://nadzarahal-habsyi.blogspot.com
- http://tinaothman.blogspot.com
- http://msieda.blogspot.com
- http://segalapet.blogspot.com
- http://suriaqistina.blogspot.com
- http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
- http://queen-of-colors.blogspot.com
- http://lovenafira.blogspot.com
- http://lilo80.blogspot.com
- http://teratakhami.blogspot.com
- http://ajumohit.blogspot.com
- http://mamyharraz.blogspot.com
- http://ellywithlove.blogspot.com
- http://nurmimy.blogspot.com
- http://hitammanispunyablog.blogspot.com
- http://qemaishak.blogspot.com
- http://nazayiena76.blogspot.com
- http://rinnamanja.blogspot.com
- http://misshamakeupstore.blogspot.com
- http://cadlynn.blogspot.com
- http://luvisus.blogspot.com
- http://mummymyza.blogspot.com
- http://mamaaerish.blogspot.com
- http://lieynanilaz.blogspot.com
- http://anneraini.blogsot.com
- http://maziati.blogspot.com
- http://dvillahati.blogspot.com
- http://pohpalehburger.blogspot.com
- http://hezrina83.blogspot.com
- http://kasihredha.blogspot.com
- http://dillady-adylla.blogspot.com
- http://qhaifanurin.blogspot.com
- http://miloaiskurangmanis.blogspot.com
- http://deekuntum.blogspot.com
- http://softtouch82.blogspot.com
- http://izyanalzaim.blogspot.com
- http://februaricinta.blogspot.com
- http://www.munnafendy.com
- http://palamaldini.blogspot.com
- http://iedaimmi.blogspot.com
- http://o-mulan.blogspot.com
- http://mylovely-cats.blogspot.com
- http://b1tt.blogspot.com
- http://mummychacha.blogspot.com
- http://aanie.blogspot.com
- http://cinta-matahariku.blogspot.com
- http://aduhaianak.blogspot.com
- http://www.puankutu.com
- http://nureenasir.blogspot.com
- http://myspaceofthoughts.blogspot.com
- http://amirahabukassim.blogspot.com
- http://mygreenjade.blogspot.com
- http://wanati.blogspot.com
- http://whitecappuccinol.blogspot.com
- http://cempakabiru-nieda.blogspot.com
tengs pada korang yg sudi memeriahkan GA aku yg tak seberapa ni...terharu weh....ye lah kan, hadiah yg aku nak bagi ni pun FM je....nasib baik la ada kak Tihara yg nak sponsor hadiah dia utk blog aku ni...Alhamdulillah...
pada kak Tihara, mintak maaf kalau ada kekurangan pada GA kali ni...saya budak baru dpt sponsor, byk benda kena belajar lagi ni...huhu...anyway, tengs kak Tihara!! jgn serik sponsor lagi...hehe...
dan terharu jugak pada korang yg komen panjang lebar pasal blog aku ni...aku mintak komen sikit je, tapi korang sgt rajin taip panjang2...oh, terharu sungguh...sunggguh aku terharu weh....
aku tak kisah pun kalau korang nak kutuk ke, bg pendapat ke, mak ok je nok...
kalau tak de aral, esok aku umum pemenang ye...saja je nak umum lambat2...nak bagi korang gelabah...haha...
p/s: akan renovate blog ni sedikit masa lagi...dulu pun kata nak renovate blog, tak terbuat2...harap kali ni betul2 dah sampai seru utk cat umah baru...
Monday, December 26, 2011
nak FM Bukit Merah tak?
~N3 MELEKAT, SCROLL KE BWH UTK CITER BARU~
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
aku ada 3 ketul FM Bukit Merah....korang nak tak? jom join GA aku neh...
disebabkan kat Bukit Merah tu terkenal dgn Org Utan Island, dan org2 utan kat sana mmg sporting abes, aku nak bg FM Bukit Merah gambar org utan kat korang...ngeh ngeh...3 pemenang bertuah akan dapat salah satu FM ni...
dan sorang lagi pemenang akan dpt crochet bookmark ni...hadiah ni sponsored by kak kak Tihara...tengs kak!!
tapi bukan 3 tau, cuma satu je yg kak Tihara sponsore..jadinya akan ada sorang pemenang layak dpt crochet bookmark panjangnya 18 cm ni...
ni cara2 pakai bookmark ni...comel kan? kak Tihara ni mmg kreatif dlm buat crochet ni...kagum!!
so, aku sedang mencari 4 pemenang GA kedua aku ni...
syarat2nya tetap mudah:
1) terbuka hanya utk FOLLOWERS aku shj...mana yg bukan followers, kalau nak join GA ni, sila follow dulu...
2) sila follow sekali blog sponsore aku yg comel ni....klik sini
2) sila follow sekali blog sponsore aku yg comel ni....klik sini
3) hanya letak url korang kat komen box n3 ni...
4) pas tu komen sikit pasal blog aku ni...sikit je, tak yah byk....nak bg pendapat ke, kutuk ke, aku tak kisah...komen ni hanya utk aku nak baca shj...pemenang kali ni akan dibuat pakai random...
5) tarikh tutup adalah hari Isnin 26/12/11 jam 5 ptg
5) tarikh tutup adalah hari Isnin 26/12/11 jam 5 ptg
6) buat mcm ni, contohnya:
http://wahidayatulaswa.blogspot.com
blog ko ni boring la wahida pas tu ko ni asyik mkn je...tak takut kolesterol ke?
ha, tu contoh aku, jgn tiru pulak..haha....
dah, pegi komen skang....tak sabar aku nk bg hadiah kat korang ni...
Friday, December 23, 2011
911!! help me!!
selamat petang semua...
layanz....
errrr....emergency la sgt....bajet hensem tau mamat neh...nyampah....
sumber: cari.com
Night Safari, Taiping
selamat pagi semua...
dah alang2 sampai Bukit Merah, harus lah kami terjah Night Safari, Taiping kan...kalau tak pergi rugi je...anak2 aku ni pun mmg suka tgk binatang...
dari Bukit Merah ke Taiping amek masa setengah jam...tak jauh sgt...nak ke sana pun ada byk sign board...tak yah risau sesat ke apa ke..
here we are...
utk night safari, bayaran dewasa adalah RM16, kanak2 lak sepuluh hengget, warga emas rm 13...eh, kenapa aku tulis balik ni? mcm la korang tak leh baca kan...hahaha...
kat entrance tu ada satu kedai jual mcm2 fridge magnet..aku sambar satu je yg ada tulis Night Safari...tinggal satu je weh...yg lain FM ntah apa2 je...huhu...
salah satu pasangan yg ikut kami rombongan ke Perak...pompuan tu adik ipar aku...sebelah dia tu pakwe dia...bila korang mau kawen ha???
pompuan tu pun adik ipar aku, yg bongsu...aku pernah buat n3 wedding dia kat sini...ala, yg baju nikah ala2 Arab tu..sekarang dah preknen 4 bulan...Alhamdulillah...
ni pulak mak mertua aku...ikut kami ke Perak semata2 nak celebrate birthday cucu tersayang...
yg ni pulak dah tentulah family aku...ko tgk la si abang tu sekarang bergambar...mcm2 gaya...
bila masuk dalam, kami decide naik tram...tak kuasa nak jalan kaki, dah la hujan renyai time tu..kesian lak kat mak mertua kalau berjalan satu zoo tu kan...padehal aku yg berat bontot nak berjalan..kahkah...nak naik tram tu kena beratur la...ramai giler org time tu...ater, cuti sekolah kan....
satu2nya gambar binatang yg aku amek masa naik tram...malas nak amek gambar binatang sbb dah la tak berapa nak ada cahaya, pas tu kalau aku capture gambar kang, aku lak yg terlepas momen tgk binatang2 tu semua...so korang layan je la gambar gajah dgn baby gajah tu...sayangnya, gambar blur pulak...huhu...comel nya la hai baby gajah tu...
pas tu kat luar ada byk replika binatang, abang sgt teruja...
ngan semua binatang dia nak amek gambar....tapi apesal ntah, gambar byk blur la...adoi la...
paling kitaorg suka sgt masuk night safari tu bila kiteorg nampak singa real depan mata siap mengaum depan kitaorg...pandang kiteorg mcm nak mkn je...scary okeh...kalau lah ada gambar singa tgh mengaum tu kan best...huhu...festaim dlm hidup tgk singa mengaum depan mata...kuat ko...kiteorg dah lalu tempat lain pun, ngauman dia tetap kedengaran...so, bila dpt amek gambar singa replika kat luar pun jadik la...
aku rasa aku lagi suka masuk night safari dari masuk waktu biasa kot...sbb kita boleh nampak byk binatang yg aktif waktu mlm yg tido waktu siang...so, night safari ni mmg best utk anak2 korang yg suka tgk binatang tu...
p/s: Taiping ada byk tempat best utk dilawati, tapi sayang tak sempat nak terjah semua...ingat nak repeat one day nnt...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















































