nuffnang advert

Wednesday, December 28, 2011

soal jwb agama: tiada syarat tebus dosa, kategori bapa saudara bukan muhrim & hak jaga anak tak sah taraf

Tiada syarat tebus dosa

SAYA pernah melakukan banyak dosa seperti minum arak, menipu dan berzina. Namun kini saya mahu bertaubat dan meninggalkan dosa yang pernah saya lakukan, dan taubat saya adalah ikhlas kerana Allah SWT.

Saya pernah membaca, satu daripada syarat taubat ialah menebus dosa berkenaan.

Bagaimana saya mahu menebus dosa minum arak dan zina yang pernah saya lakukan, sedangkan kedua-dua dosa ini memerlukan saya melalui hukuman sebat 100 kali, dan di Malaysia prosedur untuk mendapatkan hukuman sebat agak sukar. Bagaimana pula prosedurnya untuk memohonnya? Jika sukar, apakah ada hukuman lain yang menyamai hukuman sebat ini? Saya betul-betul ingin bertaubat, menyucikan jiwa saya, dan memulakan hidup baru. Saya takut balasan Allah, dan kalau boleh biarlah saya menerima hukuman di dunia ini.

AMIRUL
Klang, Selangor


Mereka yang pernah melakukan dosa hendaklah bertaubat. Syarat taubat ialah menyesal, meninggalkan perbuatan salah itu, memohon halal jika ia hak manusia dan melakukan amalan baik.

Tidak ada dalam syarat itu penebusan sehingga perlu melalui hukuman, baru sah taubat. Allah Maha Pengampun dan Penyayang, taubat akan menghapuskan dosa dan kembali membuka lembaran baru. Itulah indahnya Islam.

Islam meletakkan beberapa tatacara bagi mereka yang pernah melakukan dosa besar untuk kembali ke pangkal jalan. Pertama melakukan taubat nasuha, kedua memperbanyakkan perbuatan kebaikan yang mana akan menghilangkan kejahatan.

Ketiga, banyakkan sedekah kerana sedekah boleh menghilangkan kesalahan seumpama air memadamkan api. Keempat, banyak bersabar menghadapi ujian Allah.

Semua ini ialah kafarah kepada dosa silam.


Kategori bapa saudara bukan muhrim

SAYA ingin bertanya adakah batal wuduk jika bersalam dengan bapa saudara kerana baru-baru ini ibu saudara melangsungkan perkahwinannya dan sewaktu ingin bersalam dengan bapa saudara, mak saudara menyuruh saya menggunakan alas kain kerana dikatakan kami bukan muhrim.

Sebelum ini saya bersalam dengan bapa saudara lain tak pernah ada yang menegur.

Saya tidak membantah kerana ibu saudara adalah bekas graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Jadi, saya ingin tahu adakah saya dengan bapa saudara batal wuduk jika kami bersentuhan?

MIEZA
Kemaman, Terengganu


Bapa saudara dari darah daging keluarga iaitu abang atau adik kepada ibu atau ayah kandung tidak akan terbatal wuduk.

Namun, bapa saudara hasil dari perkahwinan iaitu dia menjadi bapa saudara kerana dia berkahwin dengan ibu saudara adalah batal wuduk.



Hak jaga anak tak sah taraf

SAYA mempunyai anak luar nikah yang kini berusia 14 tahun. Saya tidak berbangga dengan dosa lalu tetapi amat tertekan kerana anak saya yang tidak berdosa menanggung kesukaran akibat dosa masa lampau saya.
Sebelum ada anak ini, saya langsung tidak mementingkan perkara dosa atau pahala. Saya berkenalan dengan seorang lelaki bernama A dan kerap keluar bersamanya.

Dia seorang yang tidak beragama walaupun bapanya seorang yang dilahirkan Islam tetapi berkahwin dengan wanita Cina. Perkenalan kami amat singkat dan pernah terlanjur disebabkan sering mengikuti pesta ulang tahun kawan kami.

Apabila mendapat tahu saya mengandung, A memberi kata putus supaya menggugurkan kandungan atau dia tidak akan bertanggungjawab atas perbuatannya itu.

Perasaan berdosa menyelubungi saya sehingga saya mengambil keputusan terus mengandungkan bayi itu. Kami terputus hubungan sehinggalah saya melahirkan anak itu.

Saya membesarkan anak saya tanpa sebarang bantuan daripada A. Dia entah hilang ke mana dan apabila anak berumur empat tahun, saya berkahwin dengan seorang lelaki yang dapat menerima status saya serta anak.

Saya berasa amat bertuah kepada keluarga suami yang tidak sedikit pun mempertikaikan atau membezakan status anak saya. Kami bersama-sama membesarkan anak sehingga kini. Segala urusan persekolahan, perbelanjaan semua ditanggung suami.

Kini suami diarahkan berpindah kerja ke Australia. Sebagai ketua keluarga, dia menguruskan segala-galanya untuk saya. Anak serta dua lagi anak perkongsian hidup kami turut bersama ke sana.

Segala urusan berjalan lancar sehinggalah pihak imigresen Australia meminta surat terakhir hak penjagaan anak sulung saya. Kami mengambil peguam untuk menguruskan hal itu.

Sejak itu, anak sulung saya berasa dirinya tidak berguna dan menyusahkan ayah tirinya dan adik-beradiknya. Semua visa kami diluluskan, hanya visa anak saya itu saja masih tertangguh dan hanya diluluskan jika kami memberi surat hak penjagaan.

Dr Salam, jika perkara dibawa ke Mahkamah Syariah, adakah saya akan mendapat hak penjagaan ke atas anak saya itu? Saya tidak meminta hak nafkah ataupun apa-apa daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu, cuma meminta hak penjagaan saja.

Peguam juga menjelaskan, surat penjagaan itu perlu jika terjadi apa-apa ke atas dirinya, memudahkan saya menguruskan kemasukan sekolah di luar negara dan hospital.

Untuk pengetahuan Dr, dalam surat beranak anak saya tidak ada langsung keterangan bapa, hanya ada nama saya dan anak saya berbintikan Abdullah.

Saya harap Dr dapat membantu memberi jalan yang terbaik. Penghijrahan kami sekeluarga adalah untuk masa depan anak.


IBU BERDOSA,
Kuala Lumpur



MENURUT Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan (2001), penjagaan anak tidak sah taraf adalah semata-mata pada ibu dan saudara-mara ibu.

Dengan itu, puan boleh membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah untuk permohonan mendapatkan surat penjagaaan anak secara rasmi.

Inilah jalan terbaik yang boleh dilakukan. Bagaimanapun, puan dinasihatkan supaya menggunakan khidmat peguam kerana mereka mengetahui apa dokumen yang diperlukan dalam permohonan nanti.

Mengenai anak puan, dia perlu dibimbing sebaik mungkin dengan ajaran Islam termasuk soal akidah, syariah dan akhlak agar menjadi anak yang soleh.

Mungkin pengalaman puan diceritakan secara baik agar mendapat pengajaran berguna kepada anak puan memandangkan dia sudah memasuki alam remaja.

Sememangnya anak puan tidak bersalah dan tidak berdosa. Islam pula tidak membezakan kedudukan anak tidak sah taraf dengan anak yang lain.

Semua itu dilakukan bagi menjaga keturunan supaya tidak bercampur-aduk.



sumber: harian metro

30 comments:

Papa PUSS said...

Salam

Kak suka dgn entri ni..
Terima Kasih atas info
dan mengingati sesama kita..;)

Eye_nee said...

Memberikan pengetahuan N3 kamu ini....teruskan lagi sis...

Tihara said...

sharing is caring..bagus2 ..

Tina Othman said...

saya paling suka bab ni, keep it up ye

TiTi said...

terima kasih ^_^ info begini lebih membuka hati

atty's said...

thanks sharing..

::FAIZ FARISH:: said...

akak, sorry to say ek, lama tak singah sini. i sgt bz.... sila percayakan i....

wahida said...

faiz farish: aku percaya nok...haha...

Munnafendy said...

kesiannya yg kes no 3 tu...

amirah said...

tang yg pakcik tu memang selalu konpius..

fiza said...

Mekasih ustajah, suka baca soal jawab agama nih ☺☺

Tiramisu Fatiema said...

makaseh akak..kongsi.

YNA HERMOSA said...

byk pasal hukum yg kita tak tau wlupun nmpk sng.. mekasih akak sharing this info :)

Dilla Ady said...

thanks tuk perkongsian yg menarik ni dear..

Juliet_iRa~" said...

thanks kak share info ni..:)

byk y xtau jd tau..

adarnadzmie said...

tq wahida sbb kongsi kemuskilan ini ngan kami semua...hrp2 boleh membantu kita dlm kehidupan seharian...

CikPuanHaLia said...

Thanks for sharing beb!!

CikPuanHaLia said...

Thanks for sharing beb!!

Acik Erna said...

wahida..kesian pulak dengan yang ada anak tak sah taraf tu.kesian dengan anak yang tak berdosa.

cinnamon.com said...

salam kenal..byk info yg best2 kat sini..dtg follow kamu ye..

♥ manje ♥ said...

terima kasih untuk info ini wahida... (^__^) ~

Ena said...

thanks wahida..

:: Mrs.Eady :: said...

SOALAN YG BAGUS!

sobri yaacob said...

salam..

solan dan jwpan yg bgus..
tq 4 shring :)

khairul said...

TQ wahida

Softtouch [Hanim] said...

tq wahida..memberi ilmu tambahan pd sy...

ILA HonEyBuNNy said...

thanks sis...

dapat ilmu dulu sblm tido..;)

rasp said...

thx for sharing this useful info sis...

mama aini said...

thanks share !!..

wan nurul hezrina said...

oklaH EK.ingtkn anaktk sah tarafnie susah dr segala segi..kesian..mujur ada penerangan dr persoalan2.manalh taw kot2 terjumpa kes2 cmnie blehlah gtau..

tq sharing