nuffnang advert

Friday, April 29, 2016

tetapkanlah kepercayaanmu

Assalamualaikum semua...

sama2 kita hayati surah ini dan fahami tafsirannya...
semoga bermanfaat. salam Jumaat.



much love,
~Wahida~

Thursday, April 28, 2016

Anak Kambing Berwajah Bayi Akan 'Dikebumi' Cara Manusia


Kecoh apabila anak kambing yang dilahirkan baru-baru ini di Kota Tinggi yang dikatakan menyerupai seorang bayi.
Tempoh kira-kira dua minggu hingga sebulan diperlukan untuk memuktamadkan siasatan ke atas bangkai seekor anak kambing tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata, hanya selepas siasatan, mereka akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penemuan ganjil itu.



Beliau berkata arahan telah diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kota Tinggi untuk menyerahkan bangkai anak kambing itu ke makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk ujian dijalankan.

Beliau berkata, kajian akan dilakukan ke atas bangkai itu untuk mengetahui sebab di sebalik haiwan itu lahir dengan beberapa ciri manusia.

"Ini termasuk menyiasat kemungkinan bahawa ibu kambing itu telah ‘dicabuli’ oleh manusia,"katanya.

Anak kambing itu berbeza kerana tidak mempunyai tali pusat seperti kambing lain yang baharu dilahirkan.

Ibrahim berkata anak kambing itu sudah mati ketika ditemui dan dipercayai dipijak dan ditanduk oleh ibunya.

"Anak kambing tersebut akan diuruskan seperti manusia namun tidak disembahyangkan. Ibunya akan disembelih dan ditanam serta dagingnya tidak boleh dimakan," kata seorang Ustaz memberi pencerahan. - CARI Infonet 

nasi lemak ayam

Assalamualaikum semua...

sambil taip blog, sambil makan nasi lemak ayam, sambil pick up call in...
korang mampu buat 3 kerja sekali gus?
ni namanya acah acah bagus...haha

lambat sikit breakfast hari ni..
dan agak bertuah hari ni beli nasi lemak bungkus ni dapat ayam part peha..
yeeeehaaaa..i likeeee...
nasi lemak ni aku beli kat koop ofis...
selalu kalau beli mesti nasib tak berapa nak baik..
mesti dapat part ayam yang tebal2...
ooohhhoo i is tak suka isi ayam yang tebal...
paling suka part drumstick atau wing...

oklah, hari ni takde mood sangat nak berblogging...
mampu tayang nasi lemak je la..
sori lah kalau korang boring tengok...
aku pun boring sebenarnya...hahaha..

ok bai!

Wednesday, April 27, 2016

janda bukan, terlanjur jauh sekali!

Assalamualaikum semua...

hari ni nak bercerita agak panjang sikit...
kalau tak minat nak baca, abaikan je ok...

sebelah aku ni ofismate baru, Ika..
baru 6 bulan join organisasi tempat aku kerja ni...
walaupun staff baru, aku senang dengan dia...
sebab kami suka bersembang pasal makan tak sudah2...hahaha..
dan dia ni pemurah, rajin bagi macam2 makanan kat aku...
semalam baru dapat lasagna sedapppp dari Ika ni...
tq Ika sayang, anak2 aku kemain suka lasagna tu...
aku tahu ko tengah baca blog aku ni Ika...
meh sini aku nak tegur,
kalau nak bergambo tak payah nak buat muncung itik sangat la...hahaha...

ok, bukan itu sebenarnya main point aku nak citer...
nak bagitahu yang Ika ni baru je nikah dengan pasangan dia...
dia nikah pada 17/4 yang lepas...
tapi yang paling aku nak bagitau kat sini,
wedding dia serba simple...
atau istilah lain, takde wedding pun...
takde sanding2 ni..
hanya akad nikah...

aku siap tanya berkali2 kat Ika...
like serious? betul ke takde sanding?
atau ko buat nikah gantung, then sanding kemudian?

dia jawab memang takde lah kak...
Ika tak nak sanding2 ni, Ika segan...
Ika tak berapa suka jadi perhatian orang...
aku macam ooooo, ok...
untuk pengetahuan, mereka juga tidak bertunang, terus nikah...

dan ini yang paling best, dia dan pasangan tidak berbelanja besar untuk perkahwinan ni..

1) tiada hantaran, hanya mas kawen
2) tiada kad jemputan, hanya jemput mulut untuk sedara mara terdekat
3) tiada khemah, tiada catering atau gotong royong masak2 sebab parents Ika bawak semua jemputan makan2 kat Restoran Arab lepas ijabkabul...
4) tiada hiasan bilik pengantin, sebab lepas je ijabkabul, kedua2 mempelai terus balik KL, esoknya terus keja macam takde apa yang berlaku...hahaha..
5) tiada pelamin waima tempat duduk pengantin untuk pernikahan kerana mereka bernikah di pejabat agama..
6) tiada persalinan pengantin waima baju pengantin lelaki dan perempuan pun beli asing2...Ika beli baju nikah pun last year, beli online gitu..tapi dia beli baju tu pun bukan niat untuk buat nikah pun...sebab dia pun tak expect nak kawen tahun ni...dia saja suka2 beli baju tu, shawl dan kasut pun pakai mana yang masih elok dipakai...cuma dorang perlu cari baju melayu si pengantin lelaki...tu je...
7) tiada mekap, tiada mak andam, Ika mekap sendiri je...
8) tiada buat ukiran inai di tangan seperti pasangan lain...hanya pakai inai di jari yang mana inai pun dapat dari kakaknya yang baru pulang dari mengerjakan umrah...
9) tiada photographer waima tiada langsung photoshoot sana sini atau orang lain buat pre wedding, dorang tak heran pun dengan semua tu ok..amek gambar pun pakai henfon je...
10) tiada potong kek sebab lepas ijabkabul terus 'makan besar' je...

unik kan? serba sederhana...apa je yang dorang keluar belanja?

1) mas kawen
2) sepasang baju melayu untuk pengantin lelaki
3) 3 bentuk cincin (risik, tunang, nikah)
4) sebentuk cincin untuk pengantin lelaki
5) makan2 di restoran arab

total semua ni TIDAK termasuk mas kawen hanya sekitar rm4K sahaja..
tidak perlu keluar modal sehingga puluhan ribu ringgit..
tidak perlu berhutang hanya semata2 untuk adat atau mengikut trend semasa...
yang penting tak perlu bergaduh sebab duit hantaran tak cukup...eh?

inilah kedua mempelai yang serba sempoi...
gambar ni Ika send kat dalam grup wasap kami...
ni selepas majlis akad nikah di pejabat agama...
ayah dia terus bawak semua jemputan makan kat Restoran Arab...

pada yang fikir bukan2 tentang mereka, sila buang jauh2 negativity itu...

Ika bukan janda,
mereka juga tidak terlanjur,
parents mereka juga sangat mampu untuk nak buat grand wedding,
tapi mereka memilih untuk bersederhana...
memilih menunaikan hanya yang WAJIB, (akad nikah dan mas kahwin)

ika ni ada 8 beradik..
ika cakap kakak sulung ngan abang no.2 dia pernah buat majlis sanding besar2an...
namun lepas tu mereka anak beranak merasakan terlalu banyak pembaziran...
dan dari situ mulanya kakak no.3 dan seterusnya hanya melakukan akad nikah saja...
dan trend itu terus dilakukan sehingga pada Ika yang kedua bongsu ni...

serius citer pernikahan Ika ni membuat aku buka mata...
sebenarnya tidak perlu berhabis atau bergolok gadai hanya untuk menguruskan sebuah perkahwinan..
kita sebenarnya terlalu takut dengan cakap2 orang
'eh dia ni dah terlanjur ke, buat kecil2an je?
'eh, anak ko ni bukan janda, anak dara lagi, buat la majlis sikit'
'kawin ni cuma sekali seumur hidup, apa salahnya kalau berhabis pun'
'eh, dorang ni kena kawen paksa ke, sampai takde majlis?'

tak dinafikan pun,
nak buat majlis simple macam ni pun kalau tak dapat 'restu' dari parents pun tak boleh jugak...
maksud aku sebab ada mak2 kita yang agak ortodok...
tak perlu tengok jauh, aku bagi contoh mak aku la...
disebabkan aku anak pompuan sorang, so pada mak, aku kena buat jugak sanding2 ni..
adik aku pun sama, kalau ikut adik aku, Dik Emy tu dia nak buat majlis simple mcm ni la...
tapi mak tak bagi...
mak cakap, mak ada dua orang je anak, sorang laki sorang pompuan,
so, mak nak biar la buat majlis besar sikit..
so, kami ni akur je la..padahal masing2 pening nak keluar duit...
takpe la, dah berlalu lama dah..aku dah anak tiga dah pun...hahaha...

pendek kata, nak buat majlis sederhana macam ni kena ada persetujuan dari kedua2 pengantin, family pengantin lelaki dan perempuan...
kadang tu parents dah ok, tapi pengantin pompuan lak yang beriya2 nak majlis besar2an...
takpe lah, terpulang hak masing2...
dan aku pun tak mintak korang setuju dengan pendapat aku yang pernikahan serba sederhana mcm ni lebih bahagia aku rasa...
sebab kewangan lebih banyak diperlukan selepas ijabkabul dilakukan...
lebih2 lagi bila sudah dikurniakan anak...

apa pun, tepuk dada tanya selera..
dan aku percaya 'mahal' nya Ika ni adalah pada MAS KAHWIN nya...


anyway, semoga Ika dan suami dirahmati Allah,
semoga perkenalan korang selama 9 tahun ini terus membawa sinar kebahagiaan buat kamu berdua..
semoga kekal bahagia sehingga ke Firdausi,
dan kami kawan2 ko doakan ko cepat2 dapat baby...
ameen...

Tuesday, April 26, 2016

tantrum si Junior

Assalamualaikum semua...

budak kecik ni malam tadi buat perangai...
meragam, menangis, meraung..
tak pernah buat peel mcm ni..
pujuk salah, tak pujuk lagilah salahhhh...
cakap bebaik salah, tertinggi suara sikit lagi lah salahhhh...
dah dukung, tak nak letak pulakkk...
selalu nak pujuk budak kecik ni senang je, bagi Vitamin C, dia akan diam la...
tapi malam tadi Vitamin C pun tak laku...huwaaaaaa...
bagi ini tak nak, bagi itu tak nak...
nasib baik bagi Captain Munch dia ok...
diam kejap, habis makan sambung nangis balik....grrrrr...

gigih daddy ko bawak naik moto pusing taman malam2..
habis ronda, sambung nangissssss...sambung buat perangai...
serba salah mak pak ko ni Junior oiiii...
sampai ke tengah malam buat perangai...
sudahnya tertido dalam sedu sedan...

pagi tadi bangun tido sambung nangis...
nasib baik tak teruk sangat mcm mlm tadi...
tapi tetap lah ko buat pagi mama dan daddy ko haru biru hari ni...adoiii..


bila sesekali Junior tantrum...huhu...


Monday, April 25, 2016

hasil air tangan (part 10)

Assalamualaikum semua...

kembali lagi dengan entry masak masak yang tak seberapanya ini...
macam biasa, gambo semua cilok dari instagram i je..

ni namanya aiskrim oreo...buat sendiri tau!
anak2 kemain puji lagi mama dorang ni pandai buat eskem...hahaha...
padahal bukan susah pun...
cuma mama dorang ni je yang tak berapa nak rajin...huhu...
mula2 buat sebekas tak cukup...
pastu repeat lagi, terus buat dua bekas...baru puas hati...
resepi aiskrim oreo aku ada up kat sini...

woot woot...ini lauk kegemaran aku...forever n ever...
aku jenis kalau makan asam pedas tak reti ikan lain...
wajib ngan ikan pari saja...
letak ikan lain, aku tak lalu...huhu..
tapi kalau letak daging tetel, mmg aku layannnnn...

ini pun lauk feveret...
kalau balik kampung mak aku rajin masak menu mcm ni...
tapi mak suka letak ikan mayong...
aku ok je, ikan mayong boleyyy, ikan selar pun boleyyy...
tetap lah makan bertambah2...ekekek...

to be honest, ini adalah first time aku buat lala masak lemak...
selalunya lala bercili yang best kan...
tapi bila bersembang ngan ofismate, Ika..
dia cakap akak try la lala masak lemak...
sedap kak...
aku pun try la buat...mmg sedap!!
jatuh cinta dan terus masuk kategori lauk kegemaran i...hahaha..
kalau lala dah habis, goreng telur dadar je pun dah layan makan ngan kuah lemak tu...
layan beb sebab kuah lemak tu dah ada rasa manis2 pedas lala tu...

khas untuk anak2...
kek coklat kukus...ganache harus meleleh...hehe...
nak bagi anak2 teruja lebih sikit, kita hias dengan coklat m&m...
pastu tabur coklat rice...
aku ni bab deco mmg gagal, mampu hias rupa gitu je la...hahaha...

kalau ikut laki aku, dia lagi suka kalau ketam masak kari kering...
takpe, sesekali kita buat masak lemak pulak ye sayang...
sebelum masak, kena ketuk siap2 bahagian kaki ketam tu...
supaya senang nak makan...

masa buat menu ni, aku dah ready nak tengok Anugerah Meletop Era...
sap sap soi, siap!

spagetti ada lebih, moh la kita goreng pulak...
suka la anak2 nak pulak aku letak crabstik tu...
bertambah anak2 makan...

ikan merah aku reti buat dua menu je...
kalau tak kari, aku buat sup...
lain menu aku tak tahu...
apa lagi yang best dibuat dengan ikan merah ni selain kari dan sup ye?

oh hoiii...ni lauk sedap weiii...
first time try buat menu ni laki dah puji melambung...
aku dapat resepi dari cari.com...
tq pada pemberi resepi...mintak halal ye...
resepi ni lebih kurang je macam nak buat sambal tumis cili padi,,
cuma dia lagi simple takde bawang merah bagai...
bahan penyedap dia adalah daun ketumbar tu...
i like daun ketumbarrr,
pada yang tak suka daun ketumbar, mungkin tak 'in' la dengan menu ni...
resepi aku ada share kat blog, boleh tengok sini...



ok, sampai sini je entry masak2....sehingga kita berjumpa lagi...daaa..

Friday, April 22, 2016

serba ringkas tentang Nabi Nuh A.S

Assalamualaikum semua...


- dakwah Baginda tidak diterima oleh isteri dan anak Baginda sendiri.

- umur Baginda yang melebihi 900 tahun, kebanyakannya digunakan untuk mengajar umat Baginda.

- Baginda tabah menjalankan usaha dakwah sehinggakan waktu banjir besar melanda kaumnya, Baginda masih tetap mengajak isteri dan anak Baginda untuk bertaubat dan mentaati perintah Allah.

- mereka akhirnya tenggelam dalam banjir manakala Baginda bersama pengikut setia dan haiwan2 selamat belayar dalam bahtera.

- Baginda kuat beribadah, tidak mudah putus asa dalam usaha dakwah dan menyayangi semua makhluk Allah.



semoga bermanfaat. salam Jumaat.



much love,
-Wahida-

Thursday, April 21, 2016

join trip ofis ke Pusat Kraftangan Negara

Assalamualaikum semua...

baru2 ni ofis aku ada buat short trip ke Pusat Kraftangan Negara, Jalan Conlay..
so, apa lagi lelaju bagi nama nak join trip ni..
best weiiii dapat join trip ni...
salah satu sebab nak lari sekejap dari keje...hahaha...
satu lagi nak cuci mata...
kami window shopping gitu je la...
takde makna nak membeli,
kain/baju batik dan songket yang dijual mmg cantik2 belaka,
tapi kemain mahal lagi...
tak mampu makcikkk...yang cecah seribu pun ada..huhu...

gi sana naik bas ofis,
pastu ada member dalam bas jerit, woii, sapa punya spek itam ni?
dia jumpa kat poket belakang seat...
aku apa lagi, pinjam sat la, melaram spek tu...ekekek...

bila dah kami semua tak shopping apa pun,
kami duk serbu tempat yang jual makanan la...apa lagiiii...
memang itu yang aku suka pun...
ada macam2 jual makanan weiiii, rambang mata nak makan apa...
tapi mata kami tertumpu kat satu gerai yang jual meehun sup utara..
kami amek yang special punya..
sedap gilerrrrrrr, sedap gilerrrrrr, sedap gilerrrrrrr..
bila amek special ada daging, perut dan paru...
penuh satu mangkuk besar ni...
tapi paru aku tak makan bila dalam sup mcm ni...mcm pelik pulak...
jadinya pas kat member sebelah...
member2 sebelah pulak main passing daging pulak...
sebab kemain banyak daging dalam mangkuk ni weiii...
serius tak kedekut tokei ni...
sedap pulak tu...semangkuk besar gini rm7...

ni dia geng makan...
pastu sebelum balik kami beli jugak apam balik, kopok lekor, pais patin eh macam2 lagi la...
buat kudapan kat ofis katanya.....
orang lain sibuk beli barang2 kraf, kami kiri kanan tangan penuh ngan makanan...hahaha...


ok lah laju2 update ni, nak pi dengar ceramah Ustazah Don jap lagi...
semoga ada ilmu yang bermanfaat hari ni...
bai!

Wednesday, April 20, 2016

kisah si coklat Patchi

Assalamualaikum semua...

abaikan entry ni kalau korang rasa malas nak baca...
sebab entry ni panjang lebar...huhu...

korang pernah dengar coklat jenama Patchi?
aku ni orang kampung, tak tau pasal coklat oversea ni...
habis kuat aku ni makan coklat Kinder Bueno je..
tu je yang feveret pun...lagi satu Kit Kat Green Tea...ermmm dapnyaaa...
tapi aku mula amek tahu pasal coklat Patchi ni masa bulan puasa tahun lepas...
kebetulan masa tu aku duty di floor Dato' CEO...
tahu je lah kan, kalau dah hujung2 puasa, nak dekat raya,
Dato' akan terima banyakkkk hamper...
bukan setakat kuih raya je,
coklat Patchi ni boleh dikatakan setiap hari ada je bungkusannya untuk Dato'...
dan aku orang pertama yang akan receive segala mak nenek hamper tu...

aku dengan kakak security guard tertanya2 apa yang bestnya coklat jenama Patchi ni,
dah takde brand lain ke nak bagi?
Patchi Patchi Patchi...
dalam pada kami duk bersembang tu ada satu lagi hamper masuk...
Patchi lagikkkkk...
sekali mamat despatch tu tanya kat aku..
'akak pernah makan coklat ni?'
errrrrr, tak pernah..
akak try la sebijik, sedapppp ni...coklat mahal ni kak! takde jual kat kedai2 biasa...
ooo ye ke?

dari situ timbul keinginan nak rasa coklat ni...
mana boleh jadikkk, adik despatch dah rasa, aku pun nak rasa jugekkk...ekekek...
nak tahu jugak sedap sangat ke coklat mahal ni...
tunggu jugak la kot2 Dato nak bagi seketul dua...hahaha...
tapi lain yang ditunggu, lain yang datang...
dia cuma bagi kat aku biskut2 raya yang banyak dia dapat tu...
takpelah, tetap syukur...dah jimat duit kuih raya aku masa tu...hahaha...

tapi kan tapi kan...
ada satu hari tu, mulut aku lancar je bertanya kat Dato'
waaaa Dato'...dapat banyak coklat Patchi nampak?
apa kata bagi kat I seketul dua?

vavavava...
kakak guard sebelah aku tercengang tengok aku selamba tanya macam tu kat Dato'...hahaha...
ala, saja je try nasib...kalau dapat, bonus lah kan...
tak dapat aku kira takde rezeki...
tak try tanya sampai bila pun aku tak merasa coklat ni...huhu..

pastu nak tahu Dato' jawab apa?
'laaaaa, apesal tak cakap awal2,
i dah bawak balik semua Patchi bagi kat anak2 buah, sedara mara bla bla...'
aku dengar gitu, terus hampaaaaaa...
balik terus citer kat laki pasal hampanya aku pada Patchi ni...hahaha...
nak suh aku beli sendiri mmg tak la...
tak kuasa aku nak masuk butik coklat ni kat KLCC tu wei...
mak datin je masuk butik tu...huhu...

Allah itu Maha Mendengar rintihan hambaNya...
selang 3 hari macam tu,
tetiba encik laki bawak balik coklat Patchi...
tak banyak, ada dalam 3 ketul je...
aku tengok terus menjerit...aku tanya mana dapat ni?
dia jawab ada ofismate dia bagi...
Ya Rabbi, walaupun cuma ada 3 ketul je,
aku rasa nak sujud syukur...hehe..
dapat rasa satu, the rest bagi kat anak2 rasa...
no wonder la coklat ni mahal...
memang sedap!
dapat rasa seketul pun aku dah cukup puas hati..
so, aku dah tak berharap Patchi dari Dato' lagi...
aku anggap citer Patchi dah settle...

now kita dah nak jumpa puasa sekali lagi...
maksudnya citer Patchi ni dah nak hampir setahun...
tetiba semalam petang, aku dapat call dari PA Dato'..
dia cakap 'wahida, Dato' CEO nak jumpa awak...
what? nak jumpa I? nak buat apa?
tak tahu, tapi naik jumpa dia sekarang tau!
hah? sekarang? boleh tak kalau I gi berak dulu?
eiii awak ni macam2 la...ha cepat sikit...

aku dengar Dato' nak jumpa aku, terus rasa nak buang air besar...hahaha...
gigil semacam..dah kenapa tetiba dia panggil mengadap ni?
laju2 masuk toilet, padahal bukan nak buang air besar pun..
gelabah je lebih...kat dalam toilet kepala aku ligat fikir pasal apa...
tak lain tak bukan mesti pasal kes pagi semalam..
kalau korang ingat semalam kan aku ada buat entry spoil mood,
ada sikit masalah keje...
so, aku ingat Dato' panggil aku pasal isu yang tengah 'hangat' tu la..
tapi aku silapppp...

sekali Dato' cakap..
haaaaa wahida...saya tengok Patchi ingat awak...
ha, ni untuk awak...
sambil bagi paper bag kuning Patchi ni...
aku rasa berpinar bijik mata masa tu...
terus cakap 'holloh holloh so sweet la Dato' ni'...
hahaha..ko mampu nak kata kat CEO dia sweet?
lancar je mulut aku masa tu...
mungkin sebab dah biasa orang bagi something je, aku terus cakap orang tu sweet...
so, dengan Dato' pun laju je mulut aku kata gitu...
jangan salah faham dengan entry ni ok...
orang berbudi kita berbahasa...
dan lepas tu aku cakap jugak kat dia...
'tq so much Dato'..
i ingat u lupa dah pasal Patchi ni...
semoga u terus murah rezeki...'

laju2 amek gambar...pastu terus kol encik laki..
citer kat dia pasal Dato' masih ingat lagi kes Patchi ni...
mula2 hubby pun teruja dengar pasal bini dia ni dapat coklat ni...
pastu citer jugak yang Dato' siap bagi pakej anak patung 'bee'..
dia dengar aku dapat anak patung, terus dia terdiam...
pastu dia tanya, motif Dato' bagi anak patung?
hahahaha, jeles la tu...
u ni lagi sweet dari Dato' tau sayang...don't worry ok...

Alhamdulillah...dapat beberapa jenis Patchi...
orang cakap coklat ni 100 gram je pun dah hampir rm30...
100 gram tu pulak cuma dapat 2-3 ketul bergantung pada size la...
nak beli pulak mmg tak dapat kat kedai biasa...
kena pegi butik dia kat KLCC tu...
tu sebab aku panggil coklat ni 'coklat mak datin'..
orang ada ada je mampu beli...huhu...
kali ni dapat la makan banyak sikit...terharuuu...

patung bee ni dah jadi kesayangan si Junior...
terus malam tadi dia tidur ngan bee ni..
lupa terus patung katak Pororo dia tu...huhu...


begitulah cerita saya dengan coklat Patchi...
jakunnya saya...hahaha...

Tuesday, April 19, 2016

maafkan saja

Assalamualaikum semua..

sebenarnya pagi ni nak update benda lain,
tapi pepagi dah 'spoil mood'...
terus malassssss...

tak tahu lah pic ni pernah tayang kat blog ke x...
korang pasrah je la kalau ini gambar ulangan...haha...

serius pening kepala, dan meluat di atas beberapa perkara..
perasaan ini normal, sekejap lagi ok la tu..
berharap lunch hour ni dapat tidur dengan tenang...
dan lepaskan segala benda yang menyesakkan fikiran...

ish ish..kalau dapat cicah roti ngan sambal sardin, alahaiiii sedapnyaaa...
ok, takde kena mengena ngan entry...bai!

Monday, April 18, 2016

dari Flat Seri Rampai ke Tasik Titiwangsa

 Assalamualaikum semua..

hari Ahad 10/4/16, kami anak beranak ada dua jemputan event...
satu dari salah sorang Geng Pelangi, Amy Sweetdarling...
dan satu lagi birthday party anak buah aku si Chinta n Zayyan..

kiri tu, Amy dan kanan aku tu, Ayu...
family Amy buat majlis tahlil dan kesyukuran...
yang berkesempatan hadir pada hari tu cuma aku ngan Ayu...
yang lain semua ada hal...
aku ni pun bukan selalu dapat join dorang,
biasalah, aku kan bini timbalan menteri, haruslah bz memanjang...ekekek..

anak aku si Junior ni kemain melekat lagi ngan si Amy...
dia ni mmg tak takut dengan orang...
padahal bukan selalu dia jumpa ngan Amy ni tapi dia punya manjaaaa...
sabar je la...sampai aku confuse, ni anak aku ke anak Amy ni? hahaha...

ko tengokkkk ko tengokkkk...
sampai time makan pun nak Amy yang pegang dia...
tapi bagus jugak la, boleh la mama n daddy makan dengan tenang...muahaha...

but anyway tq so much Amy n family jemput kami makan2...
makanan semua sedap sedap...
giler ko tak sedap?
ada sup tulang n gearbox weiii...
haruslahhhh makan tak pandang kiri kanan...hahaha...
tq jugak Amy sudi layan kerenah si Junior...
kami pun tak lama sangat kat rumah Amy ni,
sebab nak gi attend birthday party si Chinta pulak...
dari Flat Seri Rampai terus rush ke Taman Tasik Titiwangsa pulak...

birthday party si Chinta n Zayyan...
Zayyan adik si Chinta...
dah berumur setahun dah dia..
Chinta pulak dah masuk 4 tahun...
birthday dua beradik ni dekat2,
so mama n papa dorang (Nurul n Ayie) buat sekali je..
kek kuning tu mango cheese cake..
Nurul yang buat sendiri kek ni...
sedappppp...tak puas makan...
laju je kek ni yang habis dulu....huhu...

ni dia birthday girl...
mood tak ok sangat dia petang tu...
menangis pulak dia...adoiii...

tema birthday kali ni adalah 'on the grass'...
tu yang buat kat Tasik Titiwangsa tu..
konsep pun simple je..

anak2 buah maklong tgh tiup lilin...
hepi birthday Chinta n Zayyan!

konsep dari 'rusticpicnic' ni siap ada kelambu bagai...
korang boleh layari ig 'rusticpicnic' kalau berminat nak buat konsep open air macam ni...

haaaa...ginilah konsep on the grass...
nak duduk bersila, nak baring, silakannn...

si Junior berkawan ngan Zayyan duduk dalam khemah pink...hehe...
pastu tali belon takmo lepas...adoi la Junior...

antara menu petang tu...
kami tak berapa nak makan sangat sebab dah kekenyangan makan kat rumah Amy sebelum tu..

rendang ayam si Nurul ni pun dah habis...
tu lah, sapa suruh sampai lambat...
dapat rasa serdak2 je...haha...

pulut kuning..
aku makan jugak la sikit pulut ngan rendang...
sedap rendang ayam si Nurul..
patutlah cepat habis...

sebelah aku tu adik ipar aku, Ain...
dia duk Melaka...
yang hujung sekali tu pulak laki dia, Zack...
dorang datang dari Melaka then singgah Senawang amek mak pak mertua aku,.
then dorang direct datang birthday party ni...
eh, mana Mimie, adik ipar aku lagi sorang tu...
sorry Mie, pic ko takde pulak dalam sd card akak...huhu...

dah alang2 sampai Tasik Titiwangsa, haruslah main basikal ye tak...
lagipun si abang ngan si adik dah berzikir tak sabar ronda taman naik basikal...
anak2 aku mmg suka sangat xvtv berbasikal...
kat rumah pun selagi tak maghrib,
tak nak balik duk sibuk merayau naik basikal...grrr...

bawak Junior ronda2...
elok je dia duk diam dalam seat tu...
suka lah tu....

 satu basikal ni rm10 untuk sejam...

bai Junior...

daddy mengah pusing taman banyak kali...hahaha...
kat belakang daddy, abang ngan adik duk follow..

ok, turn mama pulak bawak Junior jenjalan ok...

lama tak bawak basikal...
dulu2 gi sekolah siap ada 'Awie' teman naik basikal balik sekolah...kahkah...

 ala Junior ni pandang belakang pulakkk...

sonok ko ye dik...
mama tak dan nak amek gambar awak...
kemain laju awak ngan abang berlumba naik beskal..huhu...

si abang ni patut naik basikal yang lagi besar sikit..

yang tengah tu mak mertua aku...
bapak mertua aku pulak beransur sihat, Alhamdulillah...
tapi badan makin susut lepas operation batu karang baru2 ni...
tak lalu sangat nak makan...
banyak kena pantang...
yang baju hitam putih tu pulak Ateh, adik abah...
dia mmg duk KL sini je...so, dia mmg boleh datang la..

ni dia budak yang suka dapat ronda taman naik basikal..
tapi sayangggg, dapat main basikal sekejap, sebab lepas tu hujan lebatttt..
kami semua terus menyorok dalam kereta...huhu...
hujan dalam 10 minit gitu, pastu anak2 sambung lagi naik basikal..
ye lah rugi lah kan bayar rm10 untuk sejam, kalau dapat main sekejap je..
sebab tu hujan reda je, anak2 terus main balik basikal...


anyway, hepi birthday Chinta n Zayyan!
maklong sekeluarga doakan uolsss sihat selalu ye...
dan jadi anak kebanggaan keluarga hendaknya...Ameen...