nuffnang advert

Thursday, April 28, 2016

Anak Kambing Berwajah Bayi Akan 'Dikebumi' Cara Manusia


Kecoh apabila anak kambing yang dilahirkan baru-baru ini di Kota Tinggi yang dikatakan menyerupai seorang bayi.
Tempoh kira-kira dua minggu hingga sebulan diperlukan untuk memuktamadkan siasatan ke atas bangkai seekor anak kambing tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Ismail Mohamed berkata, hanya selepas siasatan, mereka akan dapat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penemuan ganjil itu.



Beliau berkata arahan telah diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kota Tinggi untuk menyerahkan bangkai anak kambing itu ke makmal Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri untuk ujian dijalankan.

Beliau berkata, kajian akan dilakukan ke atas bangkai itu untuk mengetahui sebab di sebalik haiwan itu lahir dengan beberapa ciri manusia.

"Ini termasuk menyiasat kemungkinan bahawa ibu kambing itu telah ‘dicabuli’ oleh manusia,"katanya.

Anak kambing itu berbeza kerana tidak mempunyai tali pusat seperti kambing lain yang baharu dilahirkan.

Ibrahim berkata anak kambing itu sudah mati ketika ditemui dan dipercayai dipijak dan ditanduk oleh ibunya.

"Anak kambing tersebut akan diuruskan seperti manusia namun tidak disembahyangkan. Ibunya akan disembelih dan ditanam serta dagingnya tidak boleh dimakan," kata seorang Ustaz memberi pencerahan. - CARI Infonet 

16 comments:

babYpose said...

Baru juga dapat dari whatsapp grup, macam macam andauan diberi, ada pendapat dari doktor. Dah antar ke veterinari ye, biar kajian dijalankan..

Mummydearie said...

Terkejut tengok gambar bila mula-mula tau tentang hal ni. Memang nampak lebih kurang persamaannya dengan bayi manusia. Entah apalah yang sebenarnya terjadi ya.

Masa tengok tu pun terfikir juga kotnya ada manusia yang dajal melepaskan nafsu serakah pada ibu kambing ni.

Kasihan alahai ibu kambing. Dengan ibu sekali kena sembelih dan ditanam ya!

eima said...

BAGI AKU NORMAL LA KLU ANAK KAMBING KE APE2 HAIWAN DILAHIRKAN CACAT ... AKU KATEGORIKAN KES NI SEBAGAI CACAT ....
MANA MUNGKIN KAMBING DIROGOL MANUSIA BOLEH LAHIRKAN ANAK GENETIK CAMPURAN ??? LOGIK AKAL SUDAH LAIN2 DNA KAN ... MANA BOLEH ....
CIMPANZI MEMPUNYA HAMPIR 99% GENETIK MANUSIA PUN TAK LEH LAHIRKAN ANAK GENTIK CAMPURAN MANUSIA ... KAJIAN ADA DILAKUKAN .. AKU PERNAH BACA SURATKHABAR DULU ...

TAPI KUASA ALLAH SIAPA BOLEH MENIDAKKANNYA ... IKUT LOGIK AKAL TAK MUNGKIN TU ANAK MANUSIA.FULL STOP KEH KEH KEH

Norhayati Mohd Isa said...

Semakin dekat nak kiamat ni..
Macam2 kejadian luar biasa berlaku Wa..
Ikut ajerlah pencerahan ustaz tu..
Kita yg manusia ni kena perlu banyak lah beristigfar kan..

adarnadzmie said...

Allah saja Maha mengetahui atas setiap kejadian di alam semesta ini... semoga menjadi iktibar kepada kita manusia...

Istigfar banyak2...

Bunda_nora said...

Kalau tak salah bunda ada terdengar juga dalam berita tv...
MasyaAllah..dunia akhir zaman...macam2 perkara ganjil telah berlaku...biasanya kita dengar kejadian2 ganjil begini dari berita luar negeri..ini dari dalam negeri kita sendiri...

hainom OKje said...

Ngerilah pulak ye Wa....hish...dunia akhir zaman agaknya

Umie Adli said...

Dah akhir zaman.....

Diana Rashid said...

dulu benda2 gini kita baca mesti dari cina atau indon..sekarang malaysia pun dah ada terjadi benda2 pelik..

Ezan Idma said...

scary nya. tapi tiada apa yang mustahil Allah maha mengetahui. Salam singgah :)

Yana Libra said...

tak tahu lagi apa sebabnya jadi camtu kan..

Nurul Ain Zulkarnaind said...

terkejut tgk. baru tahu ttg berita ni

LYAfrina said...

sedihnya...
dunia akhir zaman...

Raihanah Ahmad said...

semua benda hidup ada kebarangkalian untuk cacat kan. wallahualam

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

hurrmmm......hanya Allah je yang tau apa yang dah berlaku dan kenapa boleh jadi macam tu

nila anggraini said...

macam-mcam ada kan, ada saja yang pelik-pelik..