nuffnang advert

Wednesday, April 27, 2016

janda bukan, terlanjur jauh sekali!

Assalamualaikum semua...

hari ni nak bercerita agak panjang sikit...
kalau tak minat nak baca, abaikan je ok...

sebelah aku ni ofismate baru, Ika..
baru 6 bulan join organisasi tempat aku kerja ni...
walaupun staff baru, aku senang dengan dia...
sebab kami suka bersembang pasal makan tak sudah2...hahaha..
dan dia ni pemurah, rajin bagi macam2 makanan kat aku...
semalam baru dapat lasagna sedapppp dari Ika ni...
tq Ika sayang, anak2 aku kemain suka lasagna tu...
aku tahu ko tengah baca blog aku ni Ika...
meh sini aku nak tegur,
kalau nak bergambo tak payah nak buat muncung itik sangat la...hahaha...

ok, bukan itu sebenarnya main point aku nak citer...
nak bagitahu yang Ika ni baru je nikah dengan pasangan dia...
dia nikah pada 17/4 yang lepas...
tapi yang paling aku nak bagitau kat sini,
wedding dia serba simple...
atau istilah lain, takde wedding pun...
takde sanding2 ni..
hanya akad nikah...

aku siap tanya berkali2 kat Ika...
like serious? betul ke takde sanding?
atau ko buat nikah gantung, then sanding kemudian?

dia jawab memang takde lah kak...
Ika tak nak sanding2 ni, Ika segan...
Ika tak berapa suka jadi perhatian orang...
aku macam ooooo, ok...
untuk pengetahuan, mereka juga tidak bertunang, terus nikah...

dan ini yang paling best, dia dan pasangan tidak berbelanja besar untuk perkahwinan ni..

1) tiada hantaran, hanya mas kawen
2) tiada kad jemputan, hanya jemput mulut untuk sedara mara terdekat
3) tiada khemah, tiada catering atau gotong royong masak2 sebab parents Ika bawak semua jemputan makan2 kat Restoran Arab lepas ijabkabul...
4) tiada hiasan bilik pengantin, sebab lepas je ijabkabul, kedua2 mempelai terus balik KL, esoknya terus keja macam takde apa yang berlaku...hahaha..
5) tiada pelamin waima tempat duduk pengantin untuk pernikahan kerana mereka bernikah di pejabat agama..
6) tiada persalinan pengantin waima baju pengantin lelaki dan perempuan pun beli asing2...Ika beli baju nikah pun last year, beli online gitu..tapi dia beli baju tu pun bukan niat untuk buat nikah pun...sebab dia pun tak expect nak kawen tahun ni...dia saja suka2 beli baju tu, shawl dan kasut pun pakai mana yang masih elok dipakai...cuma dorang perlu cari baju melayu si pengantin lelaki...tu je...
7) tiada mekap, tiada mak andam, Ika mekap sendiri je...
8) tiada buat ukiran inai di tangan seperti pasangan lain...hanya pakai inai di jari yang mana inai pun dapat dari kakaknya yang baru pulang dari mengerjakan umrah...
9) tiada photographer waima tiada langsung photoshoot sana sini atau orang lain buat pre wedding, dorang tak heran pun dengan semua tu ok..amek gambar pun pakai henfon je...
10) tiada potong kek sebab lepas ijabkabul terus 'makan besar' je...

unik kan? serba sederhana...apa je yang dorang keluar belanja?

1) mas kawen
2) sepasang baju melayu untuk pengantin lelaki
3) 3 bentuk cincin (risik, tunang, nikah)
4) sebentuk cincin untuk pengantin lelaki
5) makan2 di restoran arab

total semua ni TIDAK termasuk mas kawen hanya sekitar rm4K sahaja..
tidak perlu keluar modal sehingga puluhan ribu ringgit..
tidak perlu berhutang hanya semata2 untuk adat atau mengikut trend semasa...
yang penting tak perlu bergaduh sebab duit hantaran tak cukup...eh?

inilah kedua mempelai yang serba sempoi...
gambar ni Ika send kat dalam grup wasap kami...
ni selepas majlis akad nikah di pejabat agama...
ayah dia terus bawak semua jemputan makan kat Restoran Arab...

pada yang fikir bukan2 tentang mereka, sila buang jauh2 negativity itu...

Ika bukan janda,
mereka juga tidak terlanjur,
parents mereka juga sangat mampu untuk nak buat grand wedding,
tapi mereka memilih untuk bersederhana...
memilih menunaikan hanya yang WAJIB, (akad nikah dan mas kahwin)

ika ni ada 8 beradik..
ika cakap kakak sulung ngan abang no.2 dia pernah buat majlis sanding besar2an...
namun lepas tu mereka anak beranak merasakan terlalu banyak pembaziran...
dan dari situ mulanya kakak no.3 dan seterusnya hanya melakukan akad nikah saja...
dan trend itu terus dilakukan sehingga pada Ika yang kedua bongsu ni...

serius citer pernikahan Ika ni membuat aku buka mata...
sebenarnya tidak perlu berhabis atau bergolok gadai hanya untuk menguruskan sebuah perkahwinan..
kita sebenarnya terlalu takut dengan cakap2 orang
'eh dia ni dah terlanjur ke, buat kecil2an je?
'eh, anak ko ni bukan janda, anak dara lagi, buat la majlis sikit'
'kawin ni cuma sekali seumur hidup, apa salahnya kalau berhabis pun'
'eh, dorang ni kena kawen paksa ke, sampai takde majlis?'

tak dinafikan pun,
nak buat majlis simple macam ni pun kalau tak dapat 'restu' dari parents pun tak boleh jugak...
maksud aku sebab ada mak2 kita yang agak ortodok...
tak perlu tengok jauh, aku bagi contoh mak aku la...
disebabkan aku anak pompuan sorang, so pada mak, aku kena buat jugak sanding2 ni..
adik aku pun sama, kalau ikut adik aku, Dik Emy tu dia nak buat majlis simple mcm ni la...
tapi mak tak bagi...
mak cakap, mak ada dua orang je anak, sorang laki sorang pompuan,
so, mak nak biar la buat majlis besar sikit..
so, kami ni akur je la..padahal masing2 pening nak keluar duit...
takpe la, dah berlalu lama dah..aku dah anak tiga dah pun...hahaha...

pendek kata, nak buat majlis sederhana macam ni kena ada persetujuan dari kedua2 pengantin, family pengantin lelaki dan perempuan...
kadang tu parents dah ok, tapi pengantin pompuan lak yang beriya2 nak majlis besar2an...
takpe lah, terpulang hak masing2...
dan aku pun tak mintak korang setuju dengan pendapat aku yang pernikahan serba sederhana mcm ni lebih bahagia aku rasa...
sebab kewangan lebih banyak diperlukan selepas ijabkabul dilakukan...
lebih2 lagi bila sudah dikurniakan anak...

apa pun, tepuk dada tanya selera..
dan aku percaya 'mahal' nya Ika ni adalah pada MAS KAHWIN nya...


anyway, semoga Ika dan suami dirahmati Allah,
semoga perkenalan korang selama 9 tahun ini terus membawa sinar kebahagiaan buat kamu berdua..
semoga kekal bahagia sehingga ke Firdausi,
dan kami kawan2 ko doakan ko cepat2 dapat baby...
ameen...

26 comments:

ietams said...

selamat pengantin baru utk ika!

idzwa kamaruddin said...

SELAMAT PENGANTIN BARU IKA.

Dulu aku nak macam ni la..tapi dibangkang teruk oleh ibu dgan abah tapi yang "sakit" nyer sapa? Kami..uhuks..tapi takpelah anak pun dah 3! Ehh sama...kekeke..

Rinna said...

Selamat Pengantin Baru buat Ika.. mmg sempoi..itu yg lebih baik..tak membazir..Moga berbahagia hingga ke Jannah Aaammiinn

blasahje said...

Btul la tu,tapi biasanya mak mak ni yg payah nk setuju.diorg mesti nk buat majlis,sekali seumur hidup katanya... Selamat pgantin baru utk ika n pasangan.

iduraz said...

kagum nyer...selamat pengantik baru adik ika.cantik orangnya..

Mommy Cici said...

selamat pengantin baru :D

hehe I pun lebih kurang sama dengan Ika, bezanya kami amek catering and dewan . total cost pun lebih kurang.

lepas kahwin tension betul sbb orang tanya +ngata tak habis habis -__- lagi lagi I anak tunggal plus baru habis study so dorang expect akan buat grand la. takde kene mengena langsung. kesian my parents sebab kena jawab macam macam soalan sedara mara jiran semua. haiyo

bila cakap takde sanding/doorgift semua macam terkejut and tanya "kenapa takde?" . i anggap soalan kurang berilmiah. I mean tu majlis I, sukati ler nak ada ke takde ke . takde kad pun orang dok cakap macam macam,

tapi kami lega sbb dah kawen, takyah pikir pasal issue kahwin, takde loan bank blablabla. >,< pikir anak anak anak. hehehe

Mummydearie said...

Tabik spring kat mereka berdua. Baguslah buat simple macam ni. Duit yang tak guna tu boleh digunakan untuk mengukuhkan mahligai yang dibina. Yalah, kita ni kalau selalu ikut cakap orang, dengar cakap orang macam nilah jadinya. Masa my anak saudara dulu pun macam tu juga. Dia kata tak payah buat majlis di sebelah pihak lelaki. Pihak perempuan nak buat biarlah tapi my sister kata tak eloklah nanti orang kata apa pulak lagi pun ini anak pertama yang kahwin! So, itu yang datangnya sawan mak sedara pengantin ^_^

eima said...

WOW .... TAPI KAN SEKURANGNYA AMIK GAMBAR BYK SIKIT SUPAYA ADA KENANGAN PERNIKAHAN TU ...

KO TAK CERITA PUN MAS KAWEN BERAOPA FOR SURE MAHAL NI KAN

wahida said...

eima: ada je gambar2 yang lain..tapi ika post kat kami yang ni je...

Kakcik Nur said...

Barakallah...

buat Ika dan suami, semoga rumahtangga yang kalian bina dengan serba sederhana itu mendapat keberkatan dari Ilahi dan dilimpahkannya dengan siraman kasih sayang. Berbahagialah anakanda berdua dengan cahayamata yang bakal dikurniakan hingga ke syurga...

Fazleyatul Aini said...

sangat bagus boleh buat rujukan
eh ! hahaa
tapi bagus la saya suka cara dia. yang penting kita tak nak menyusahkan untuk mendirikan sesuatu masjid tu

Norhayati Mohd Isa said...

Barakallahu Lakuma Fii Khair buat Ika dan Pasangan..

Yang penting persetujuan semua pihak tu yg betul Wa..
Tak ada nanti yg bermasam muka..
Tak ada muka masuk surat khabar bergaduh hantaran tak cukup..
Tak ada yg sakit selepas majlis perkahwinan hutang keliling pinggang.

Yang penting buat yg WAJIB kan..

Kakzakie Purvit said...

Masya-Allah... ada sedikit rasa terharu dlm hati kakak
Dlm manusia sana-sini sibuk dgn dunia materialistik masih ada insan seperti Ika and family sebagai contoh utk kita sama-sama membuka mata.

Salute betullah kakak dgn mereka. Barokallah - selamat pengantin baru Ika:)

CikLily Putih said...

alhamdulilah, simple dan menyenangkan semua pihak

anyss said...

Assalamualaikum,
semoga mereka berbahagia hingga syurga

bestnya ada keluarga mak ayah yang sporting gini kan kan kan

Kesuma Angsana said...

Assalam, maaf lama x singgah.. baguslah dari berhabis utk kahwin dn tanggung hutang selepas tu yg penting nikah tu kan !

Suriaamanda said...

Wow..speechless...aku yg janda ni pun nak kawen kali ke dua punya banyak dugaan..aku pun rancang macam Ika ni jugak..hanya majlis akad nikah je...tengah tunggu mak aku sihat..insyaallah akad nikah terakhir aku lepas raya..doakan ye nok...

Nooriah Abdullah said...

Kirimsalam kaknoor pada Ika ya Ida
Salute lah dizaman skrg yg masing2 nk grand2 dlm mjlis kawin tetiba Ika memilih ygsimple mcm ni, sebenarnya kalau ada persetujuan dri family mmg mudah sbb kekadang anak2 nk simple tpi fMily nk grand tpi kalau keduanya setuju mmg tkde masaalah kan

nadiah izzaty said...

congratulation to Ika dan suami .

Dan sebenarnya nia pun setuju jugak . Dalam islam yang penting akad nikah . restu parents yang paling penting jugak dalam sesebuah perkahwinan .

majlis simple lagi best sebenarnya , tak ada lah pening kepala bnyk ...hihihi...

nice entry , =) . tq sharing

Umie Adli said...

Kita org melayu ni sebenarnya dok fikir sgt ckp2 org

babYpose said...

.susah nak ambik yang wajib saja ni kan..alhamdulillah ada kawan membuka mata kita semua yang penting kebahagia bersama berdua untuk selamanya..syukur bila ada yang mulakan dan war warkan.

adarnadzmie said...

walaupun tiada majlis besar-besaran meraikan perkahwinan mereke tetapi wajah2 mereka kelihatan sgt gembira... jelas kelihatan kegembiraan psangan pengantin baru itu....
semoga menjadi contoh kpd pasangan yg ingin berkahwin tapi tiada budjet yg banyak...

Selamat Pengantin baru Ika dan Pasangannya...;)

hainom OKje said...

Bagus ! Mak bapak tak payah nak keluar modal banyak sangat hihi....Yelah, betul jugak tu, kena ada persetujuan 2 pihak jugak kang salah sorang tak setuju tak jadi jugak....

Tahniah Ika....Selamat Pengantin Baru moga kekal bahagia hingga ke syurga. Sekarang bukan susah ramai jer photographer, panggil jer suh depa buat pjotoshooy utk kenangan...

amirah said...

selamat pengantin baru ika...alhamdulillah moga kekal ke akhir hayat..!!

LYAfrina said...

setuju sgt kak.. y ni ptt bkl pgntin n generasi muda baca...
ada y nk gah di hari perkahwinan smpai bergolok gadai..berhutang... akhirnya slps kahwin terbeban dgn hutang...

alhamdulillah.. kebertan itu lbh pnting..walau pon simple y pnting dh mghalalkan hubungan... n paling bagus..slps kahwin x perlu fikir nk byr katering, photoG dll... blh fokus utk bina khidupan rumahtangga bersama..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Bagusnya.....buatlah yang wajib je..tak perlu nak membazir2