nuffnang advert

Wednesday, December 31, 2014

Goodbye, 2014.

Assalamualaikum semua...

Pejam celik pejam celik dah penghujung 2014.
Betapa cepat masa berlalu.
Terasa tak mahu melepaskan 2014 pergi.
Kerana terlalu banyak kenangan manis menerpa dalam hidup aku sepanjang tahun ini.

Ujian hidup itu tetap ada.
Tipulah kalau aku cakap tiada langsung benda pahit berlaku.
Awalnya mungkin aku marah, sedih, kecewa atas beberapa kejadian.
Tapi perlahan2 aku ambil positif setiap apa yang terjadi.
Aku percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.
Sudah puas menangis,
Dan aku enggan lagi menangis untuk perkara yang sama.

Jadinya, bila kita positif,
Benda yang pahit itu aku buang jauh2.
Aku tinggalkan memori yang indah2 saja dalam hati aku ini.

Antara yang indah untuk 2014 ini adalah:

1) Kelahiran my my baby boo, Junior
2) Kemenangan spelling bee
3) Dianugerahkan APC

Eh, ada banyakkkkk lagi kenangan manis.
Tapi biarlah aku seorang yang rasa.
Tidak perlu dikongsi di sini.

Ada kenangan yang terlalu ingin aku ulang.
Ada kenangan yang tidak mampu aku ulang.
Ada kenangan yang aku tidak mahu ia berulang.
Ada kenangan yang tidak boleh aku ulang.

Pada orang yang pernah membuatkan aku gembira dan bahagia,
Terima kasih banyak banyak..
You know who you are.
Ianya terlalu manis untuk dikenang.

Walau berat untuk melepaskan 2014 pergi,
Dengan terpaksa rela, melepaskan jua...


2014, THANK YOU FOR ALL THE LESSONS.
2015, I AM READY.

17 comments:

Anum said...

happy new year

Emy Tak Kecik said...

yap...me too...i'm ready 2015
hehehhe

salam tahun baru wahid!

Unknown said...

Selamat tabun baru..
2014 banyak juga saya kumpul kenangan manis.ada yang sangt pahit tapi saya tak mau coret kan kat mana2 yang sangat pahit tu..biar hilang di bawa angin lalu..;)

Inani Hazwani said...

moga 2015 l3bih baik untuk kita :)

wahida said...

diana rashid: kan, saya pun ada kenangan pahit...tapi tak nak kenang dah...buang jauh2...kalau kenang, buat sakit hati...hahaha...

all: hepi new year jugak utk korang..

fatin said...

goodbye 2014!!
welcome 2015~

eima said...

happy new year kak wahida

rasp said...

setiap saat merupakan satu kenangan....

semoga 2015 menjadi tahun yang lebih indah dan barokah utk u sekeluarga sis :)

norhidana said...

selamat tinggal 2014.... tp 2014 terlalu banyak ujian bt kita rakyat malaysia...

wahida said...

rasp: insyaAllah kak..tq so much!!

norhidana: tu lah...banyak sangat ujian buat malaysia...paling terkesan kat aku part mh370 sbb sampai skrg aku tak tahu apa nasib kawan aku si rain tu...huwaaaaaaa...

Puan Awin said...

slmt menyambut tahun baru kak )

Rinie Borhan said...

Semoga 2015 lebih indah untuk kita semua kan..

amirah said...

selamat tahun baru wida...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Assalamualaikum

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

Dkna Abza said...

Selamat tahun baru :p

Nieda Ramly said...

happy new year

Nieda Ramly said...

happy new year