Ini warkah kedua buat kau
Yang pertama dulu kau tak sempat baca
Warkah kali ni pun kau takkan sempat baca
Tanggal 24 Mac, jam 10 malam
Aku dah terpacak depan tv mengadap channel 501
Ada press conference terbaru katanya
Mengharap setinggi gunung agar ada perkhabaran yang baik
Tapi bila PM sebut
'Deep sadness and regret that i must inform you that....'
Aku mula menggeletar beb
Dalam hati berkata, 'Please PM, don't u dare to continue your speech!'
Dan iya, akhirnya ia terpacul jua dari mulut PM
News yang aku tak nak dengar
Satu dunia pun tak nak dengar
Tapi kami terpaksa terima hakikat
Kau sekarang berada di Selatan Lautan Hindi
Allahuakbar, aku tak tahu nak ckp macam mana
Sangat speechless ketika itu
Kuih buah melaka yang aku telan terasa tawar
Seperti tawarnya hati kami semua
Pedih, luluh, pilu menyelubungi kami
G-go, kau buat apa kat sana wei???
Kau tahu tak kat sana bahaya??
Kau tahu tak macam mana ombak dan gelombang kat sana??
Tak terjangkau akal aku bila terkenang saat2 kritikal kau di sana
Oh no! tak boleh tidur aku dibuatnya G-Go!!
G-Go, percayalah...
Perpisahan ini sangat menyakitkan
Your smile, your shy, your kindness
Akan kami kenang sepanjang hayat
Terima kasih kerana pernah menjadi sahabat yang sangat membahagiakan
Kami iringi kau dengan doa dan pengharapan yang terbaik
Dan kepada Indian Ocean
Tolong jaga sebentar G-Go utk kami
Kami akan bawa dia balik ke Malaysia satu hari nanti
Please....
Al Fatihah buat Mohd Hazrin Mohamed Hasnan/ Rain Hasnan/ G-Go
Sahabat saya yang terlibat dalam tragedi pesawat MH370
Dan salam takziah buat keluarganya
Semoga kita semua tabah hadapi dugaan yang berat ini
Al Fatihah juga buat semua penumpang dan anak kapal yang beragama Islam
Doakan mereka semua ditempatkan bersama orang2 yang beriman.
Amin.
'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali'
Tiada entry di blog ini sehingga jiwa saya kembali stabil.
31 comments:
AL FATIHAH
ko bt aku nngis pagi2 nih kak... al fatihah n takziah utk semua mangsa... moga dpt jumpa cpt mereka2 kt sana
al-fatihah...
nangis aku wahai wahida :(
al fatihah...
tp aku masih mengharap 'miracle' utk mh370 ni...insyaallah..amin2...
Al fatihah
tiada lagi bukti MH370 ianya terhempas ..insyALLAH ada keajaiban mungkin...
sedih...........al fatihah
aku pun xdpt nk tulis gak kat blog aku tu nk taip entry berklai pdm..last2 jd entry pendek tak bermakna ...
al-fatihah
nanges lagiiiii.. sedih,sebak,pilu..
Sedih... lagi hancur jiwa bila ada antara penumpang pesawat malang itu ada yang di kenali... Al-Fatihah... semoga sahabat anda dicucuri rahmat dan aman di sana... (jika benar pesawat itu telah terhempas di Indian Ocean... saya masih tidak dapat menerimanya selagi tidak jumpa serpihan badan pesawat yang tertera logo MAS tu...)
Rabbi Yasir Walatu`asir... semoga segala pencarian di permudahkan..
beb ... ko tgk tak buletin utama smlm... luahan hati isteri Rain ... sampai pembaca berita tu pon sebak.. aku ni baru je kering air mata.. dalam FB pon ramai yang share ..
anonymous: tengokkkk, tapi yang baca tu bukan bini dia, dia cuma sampaikan balik apa bini dia tulis, tapi sebaknya, hanya Allah yang tahu...aku nangis teresak2 beb...
ade kawan ko ke nok?? alahaiii... memang sedih sgt dengan kesah MH370 neh kan~
sabar yer..
semua merasai kesedihan itu nok..damailah mereka di sana...innalillah....salam takziah...
semoga mereka semua tenang disisi yang Maha Esa.
takziah buat semua penumpan MH 370.. n Al-Fatihah buat yg beragama islam...
salam kenal sis. hazrin yg steward tu ke? yg wife dia buat ucapan hiba kat TV3 semalam kan? ya ALLAH sedihnya ada kenalan yg terlibat sama dgn MG370 ni. ros yg xde kenal sapa2 pun emosi terganggu
rostina76: salam kenal, ye sis...hazrin tu kwn saya tapi saya lebih kenal dia dgn nama G-Go
salam takziah & alfatihah, even hati sebenarnya masih berharap ada sinar !
Sukar sgt terima keyataan..bagai ada tersembunyi disebalik tragedi..mengapa kenapa kesana..tiada landasan terdekat..tiada daratan dpt dilihat..lautan yg sgt kasar..sunyi..kenapa kenapa dan kenapa...Allah maha mengetahui..Buat mereka2 yg Telah difatwakan oleh majlis fatwa Keb. Sebagai Mati Syahid Akhirat..Semoga kamu semua yg berugama Islam didlam lindungan ALLAH S.W.T...
alfatihah.. semoga semua masalah yang terlibat dapat diselesaikan dengan segera....
Ada hikmah atas apa yang berlaku, sabar ye kak.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Al Fatihah untuk G jo.
*speechless*
dia sedang mnjalankn.tugas mncari rezeki untuk kluarga...semuga Allah melimpahkn rahmatNya dan ditempstkn di kalangan org org yg beriman..insyaallah
Al-Fatihah... sangat sedih, tak tahan sebak setiap kali dengar perkembangan MH370
Innalillahiwainnailaihirojiun..
Al Fatihah buat arwah & semua yg hilang..
Tlg sampaikan slm takziah buat keluarga arwah ye, Wahida..
Hanya Allah yg tau ape yg berlaku..
Moga Allah berikan kekuatan utk tabah menghadapi dugaan ni, amin
:'(
u take care too, makbuyong.. jaga emosi utk baby k? bighugs!
harap2 ada keajaiban. Selamatkan mereka semua Ya Allah. Kembalikan mereka kepada kami.
Al-Fatihah..moga arwah ditempakan di kalangan orang-orang beriman.
berharap sgt dengan keajaiban..
:(
Salam takziah
Post a Comment