nuffnang advert

Wednesday, January 22, 2014

The Wedding Breaker - Ariana Rose

Assalamualaikum semua...
dah lama nak up entry pasal drama Ariana Rose ni...citer yang menjadi kegilaan aku sekarang ni...

 aku ada novel The Wedding Breaker ni sebelum diadaptasikan lagi...aku beli novel ni masa anak aku si abang warded masuk hospital pasal denggi dia hujung bulan 10 hari tu...biasalah, bila dah jaga orang sakit kat sepital, kadang2 tu boring jugak kan, kena lah ada bahan bacaan, tu yang turun bawah carik kedai buku, belek2 novel, hati aku tertarik dengan sinopsis novel ni, apa lagi, tak fikir panjang, terus grab, bayar...naik atas balik, terus baca, jatuh cinta okeyyy dengan jalan citer novel ni...so, sepanjang abang warded tu, mmg aku ditemani dengan novel ni lah...dan penulis novel ni sangatttt knowledgeable tau..nak citer mcm mana knowledgeable dia ni, korang kena baca sendiri lah, koser sgtt aku nak citer kat sini...
dan novel ni pun aku dah lama khatam...aku sangat adore dengan watak heroin novel ni, si Ariana Rose ni...sampai pernah ckp kat hubby, kalau kita ada baby girl nnt, nak letak nama Ariana Rose....hahaha...see, mmg fanatik giler dengan watak heroin novel ni...sebelum2 ni ada jugak banyak baca novel, tapi tak de lah aku adore sampai tahap mcm ni sekali...

dan tup tup satu hari tu, baca paper online, kata ada drama baru bertajuk Ariana Rose bakal ke udara di TV3...aku mcm, eh, mcm familiar je nama ni, rupanya betul, dorang adaptasi kan novel kesayangan aku tu tapi ditukar tajuk dari The Wedding Breaker kepada Ariana Rose...
masa aku dapat tahu novel ni nak diadaptasikan, sumpah aku teruja tau...balik terus citer kat hubby...hehe...
dan setakat ni belum miss mana2 episod...nak2 lagi bila ada Nabila Huda pelakon feveret aku...
setakat ni jugak aku berpuas hati dengan jalan citer drama ni sbb tak banyak menyimpang...cuma dia kembangkan lebih lagi watak Liyana tu, which is dlm novel, watak Liyana tak banyak sangat...tapi takpe la, bagi penyedap citer kata org...

terima kasih buat Nur Fathia kerana membawakan watak Ariana Rose dengan baik sekali...mula2 aku ragu dengan kemampuan dia nak bawak watak berat mcm tu, tapi nampaknya dia bawak dengan berkesan sekali...thumbs up utk Nur Fathia!!

Keith Foo pulak, aku no komen la, pada aku biasa2 je lakonan dia, lagi pun aku x minat lelaki muka togel mcm dia...hahaha...aku suka ada misai sikit ke, janggut sikit ke...kehkeh...

selain drama ni, drama  Bukan Kerana Aku Tak Cinta aku masih follow tau, masih setia tengok...dua drama yang anak2 pun dah tahu lagu2 dalam drama ni...nampak sangat mama dorang ni kaki drama...kahkah...siap si adik tanya, mama mana lagi suka, citer Jebat ke, citer Ariana Rose? haha...dua2 mama suka sangat dikk...janji masa drama tgh tayang, sila jgn buat bising...muahahaha...



aku tau ending Ariana Rose ni, nak aku citer? kehkeh...

24 comments:

Ena said...

kita pun suka gak tp kdg tu terlepas juga.. sob sob.. byk gak episod yg kita tertanya2 sbb dah terlepas.. huhu.. kena download lah jawabnya tak pun tgk kat tonton.. cuma masa lom mengijinkan.. cehh

Anonymous said...

KF hemsemm oooo.

Aku pun tengok cerita ni. Best best best. Tapi kena bergado dgn anak dulu berebut tv baru dapat tengok. Haha.

Bangsa taknak beralah punye mak:p

-Dakpink-

Suria Amanda said...

dah baca novel ni awal tahun lepas..peh tu dah tau jalan citer..xde sgt tgok episode..banyak terlepas pun...best kan nok..rasa2 mcm kita plak dalam citer tu...

wahida said...

ena: citer ni mmg kena tgk dari awal, kalau tak, mmg tak kan faham...sbb jalan dia complicated sikit...

Izwa Kamaruddin said...

aku tak sempat nak tgkkkk....pfftt..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Akak dah lama tak follow drama-drama ni wahida... bz Sgt buat drama dgn anak2 ehe ;)
Rasa nak beli jer novel tu ...

nuyui a.k.a miss YUI said...

haha tak yah citer..

p/s: akk.. rm 5 ni... jgnla wat tak tau..ate teman pegang duit org..

Fiza Rahman said...

Dah terjebak ngan cite nih. Pukul 7.oo pm memang anak2 tak boleh kacau...hehehe..

Unknown said...

aku pon layan gak kadang2.. tapi banyak kali dh terlepas tengok. sebab aku balik keje pon dh dekat2 pukul 7. mana nak masak lg, nak handle anak gi ngaji lagi nak buat keje sekolah lagi. tak sempat masa. huhuhuhu

NM03 said...

ko tak nak pinjam novel BKATC tak??? hehehehe

wahida said...

NM03: nak je, tapi tak tau bila masanya aku nak baca jah...

norhidana said...

aku pun sama... nk cari novel utk dua2 cite tuh... dua2 best... tp aku nih jenis tak suke drama lama2 nih...sbb kang banyak sgt halangan hehehe...

adarnadzmie said...

akak pun dah bc novel ni... best sgt... x sangka ada drama pulak... hehe...

lizz said...

tak sempat nak nengok citer nih...hhuhu

AnneRaini said...

dua2 citer tu aku xfollow. aku cuma follow citer filipina be careful with my heart jek..siap rakam setiap hari..huhu

sudipVSsenduk said...

kan..
macam ada something missing je pd muka dia..

DandanDiri said...

hI Salam perkenalan

citer ni memang best tapi selalu terlepas sebab siaran time maghrib..nanti bila lapang2 boleh beli n baca novel dia..hihih

http://dandandiri.blogspot.com/

eima said...

jarang tgk .. ai is tak minat drama .. hehehe

Mummydearie said...

Adui, sana-sini orang bercerita pasal Ariana Rose ni dan juga novelnya tapi tak dapat tengoklah. Peak hour tu kat rumah :) Nantilah kalau boleh beli buku atau tengok online.

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

Has layan cite abg jebat je :D

Hanis Azla said...

As-salam wahida..

Akak pun suka tgk citer tu.. wp banyak kali juga termiss he..he..

Unknown said...

selalunya cita yg diadaptasi dari novel akan berbeza dari imiginasi pembaca novel. pembaca novel punya imiginasi sgt hebat. hehe. jika ada kesempatan silalah ke blog saya doknganga.blogspot.com

Fazleyatul Aini said...

tuan harith !!

Anonymous said...

best juga citer arianna rose ni !