nuffnang advert

Wednesday, October 31, 2012

soal jwb agama: hukum sentuh serigala & lewat bertahnik

Hukum sentuh serigala


SAYA ada kemusykilan mengenai perbuatan memelihara serigala. Adakah serigala dikategorikan sama dengan anjing dalam Islam?

Jika benar, adakah saya perlu bersamak setiap hari jika terpegang serigala itu dalam keadaan basah?

ACIK
Rembau


Serigala ialah sejenis binatang liar yang termasuk dalam kelompok keluarga anjing. Disebabkan mereka berkongsi spesies sama, hukumnya sama seperti anjing menurut mazhab Syafie.

Oleh itu, hukum-hakam berkaitan anjing dalam masalah jilatan dan pembelaannya adalah sama.


Lewat bertahnik

SAYA dan suami mempunyai tiga anak. Kami melakukan upacara bertahnik (belah mulut dengan makanan manis seperti kurma) serta cukur rambut setiap anak kami seawal tujuh hari selepas lahir.

Kami kumpulkan rambut anak pertama dan timbang sebelum dinilaikan dengan harga emas semasa, lalu jumlahnya kami sedekahkan kepada orang tidak berkemampuan.


Adakah menjadi kesalahan jika saya dan suami melengahkan (sebenarnya sibuk dan kerap terlupa) urusan sama untuk anak kedua (dua tahun enam bulan) dan anak ketiga (lapan bulan). Niat kami tetap mahu melaksanakan urusan ini, cuma belum ada masa.


AZLIANA 
Kuala Lumpur


Bertahnik dan bercukur hanya amalan sunat, namun ibu bapa sangat digalakkan supaya melakukannya. Tidak salah jika terlupa atau tidak melakukannya kerana hukumnya sunat.

Anak yang sampai umur lebih dua tahun sudah tidak sesuai untuk bertahnik dan bercukur, sebaliknya boleh lakukan ibadat lain seperti korban untuknya.




sumber: harian metro

14 comments:

Fiza Rahman said...

Thanks for sharing. Especially soalan yg no 2 tu ☺☺

Izwa Kamaruddin said...

orait!

HeNRieTTa JoSe said...

thanks for the share....

Kakzakie Purvit said...

Kadang memang ada yang belum tahu wahida. bagus jadikan N3 begini.

lieyalatif said...

aku suke sesi perkongsian ilmu ko ni nok....mmg menambah ilmu pengetahuan aku....

SURIA AMANDA said...

soalan pertama tu ada ke yg bela serigala...aisey..mcm2 la..

Tie HT said...

as salam

thanks 4 sharing sebab topiknya menarik :)

suwara entertainment said...

thanks for sharing kak :)

AnneRaini said...

aku igt serigala boleh pegang..tak boleh rupanya

ieja amieja said...

syukur..sekurang2nya kami ank beranak dah wat akikah dan jg korban..thanx 4 info wahida

Lia said...

tq for sharing akak.. )

Anonymous said...

gd sharing

mama aini said...

thanks share info ni.. :)

Anonymous said...

Org melayu sibukkan kemushkilan perkara sunat..sedang benda wajib tak buat tak pulak dikesahkan nya. Melayu melayu