Hukum sentuh serigala
SAYA ada kemusykilan mengenai perbuatan memelihara serigala. Adakah serigala dikategorikan sama dengan anjing dalam Islam?
Jika benar, adakah saya perlu bersamak setiap hari jika terpegang serigala itu dalam keadaan basah?
ACIK
Rembau
Oleh itu, hukum-hakam berkaitan anjing dalam masalah jilatan dan pembelaannya adalah sama.
Lewat bertahnik
SAYA dan suami mempunyai tiga anak. Kami melakukan upacara bertahnik (belah mulut dengan makanan manis seperti kurma) serta cukur rambut setiap anak kami seawal tujuh hari selepas lahir.Kami kumpulkan rambut anak pertama dan timbang sebelum dinilaikan dengan harga emas semasa, lalu jumlahnya kami sedekahkan kepada orang tidak berkemampuan.
Adakah menjadi kesalahan jika saya dan suami melengahkan (sebenarnya sibuk dan kerap terlupa) urusan sama untuk anak kedua (dua tahun enam bulan) dan anak ketiga (lapan bulan). Niat kami tetap mahu melaksanakan urusan ini, cuma belum ada masa.
AZLIANA
Kuala Lumpur
Bertahnik dan bercukur hanya amalan sunat, namun ibu bapa sangat digalakkan supaya melakukannya. Tidak salah jika terlupa atau tidak melakukannya kerana hukumnya sunat.
Anak yang sampai umur lebih dua tahun sudah tidak sesuai untuk bertahnik dan bercukur, sebaliknya boleh lakukan ibadat lain seperti korban untuknya.
sumber: harian metro
14 comments:
Thanks for sharing. Especially soalan yg no 2 tu ☺☺
orait!
thanks for the share....
Kadang memang ada yang belum tahu wahida. bagus jadikan N3 begini.
aku suke sesi perkongsian ilmu ko ni nok....mmg menambah ilmu pengetahuan aku....
soalan pertama tu ada ke yg bela serigala...aisey..mcm2 la..
as salam
thanks 4 sharing sebab topiknya menarik :)
thanks for sharing kak :)
aku igt serigala boleh pegang..tak boleh rupanya
syukur..sekurang2nya kami ank beranak dah wat akikah dan jg korban..thanx 4 info wahida
tq for sharing akak.. )
gd sharing
thanks share info ni.. :)
Org melayu sibukkan kemushkilan perkara sunat..sedang benda wajib tak buat tak pulak dikesahkan nya. Melayu melayu
Post a Comment