nuffnang advert

Wednesday, August 1, 2012

soal jwb agama: Islam larang pembaziran & tempoh sebenar qada puasa

Islam larang pembaziran

BOLEHKAH kita makan makanan yang diberi orang bukan Islam seperti buah, biskut, air kotak serta makanan ringan yang digunakan selepas selesai upacara sembahyang menurut kepercayaan mereka?

Makanan itu pula mempunyai tanda halal.


HUSNUL,
Kelantan


UMUMNYA makanan halal diberi oleh bukan Islam boleh diterima dan dimakan.

Makanan yang digunakan untuk sembahyang seperti yang dinyatakan di atas yang mempunyai tanda halal, ada pendapat yang masih membenarkannya.

Ia termasuk dalam harta yang boleh dimanfaatkan dan jika dibiarkan membawa pembaziran. Rasulullah diriwayatkan pernah menggunakan harta simpanan pada berhala al-Laata untuk membayar hutang sahabat Baginda.

Ini berlainan dengan daging sembelihan orang Musyrik yang dikira sebagai bangkai. Ia pula disembelih bukan atas nama Allah. Bagaimanapun, binatang yang masih hidup boleh diambil dan disembelih kerana ia seperti harta tinggalan.

Anda dinasihat berdakwah kepada bukan Islam supaya tidak melakukan perbuatan memberi makan kepada berhala yang tidak memberi sebarang faedah sama sekali.

Dengan akal yang sihat tentu mereka dapat berfikir perbuatan itu hanya sia-sia dan bertaklid kepada tradisi. Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat tidak jelas halal haramnya) yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia.

“Siapa yang menjaga hal musyabbihat, maka ia membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan barang siapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti pengembala di sekitar tanah larangan, hampir ia terjerumus ke dalamnya.

“Ketahuilah bahawa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal yang diharamkan-Nya.” (Bukhari).
 
 
 

Tempoh sebenar qada puasa

SAYA inginkan kepastian tempoh sebenar bagi qada puasa kerana ada pendapat menyatakan wajib diganti sebelum masuk tahun baru hijrah (bulan Muharam).

Jika dilakukan selepas Muharam wajib membayar fidyah puasa. Ada pula pendapat menyatakan wajib diganti sebelum tiba Ramadan seterusnya jika tidak, wajib membayar fidyah.

Saya berpegang kepada pendapat kedua sebagaimana yang pernah dipelajari dan difahami. Bagaimana dengan puasa ganti yang saya lakukan selama ini?


NOOR,
Selangor


DENDA membayar fidyah hanya dikenakan kepada orang yang melengah-lengahkan qada puasa wajib tanpa ada keuzuran sehingga masuk bulan Ramadan pada tahun berikutnya.

Tidak benar pendapat menyatakan wajib digantikan sebelum masuk tahun baru hijrah (bulan Muharam) dan jika dilakukan selepas Muharam wajib membayar fidyah puasa.

Islam menyediakan asas agama yang mudah dan jangan menyusahkan amalan dengan pendapat sedemikian.
 
 
 

sumber: harian metro

21 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

good info!

ieja amieja said...

sharing is caring!! thanx

Sue-Rya Qistina said...

thanks for sharing kak. apa yg kita xtau, bole amik pelajaran pasni :D

Aishah Jahirah said...

perkongsiaan yg menambah ilmu.....;)

Munnafendy said...

sbnrnya bab byr fidyah ni pun sy still blur lg -.-*

atty's said...

bagus entry nie..tq wahida. :)

Kazman / Sue said...

bab ganti pose ni yg kena alert sikit ni....

Salina@IbuAqil said...

TQ kak 4 the info.. ;D

amirah said...

aritu si ahmad nak amik limau sembahyang..beria2 dia menangis nakkan limau tu.tu yg maleh tu kalo ada yg letak benda2 yg menggiurkan bebudak.huhu

Lia said...

info bagus ni.. tq for sharing :)

zue said...

ilmu yg baik dan brguna patut di sebar2kan.

tq atas perkongsian.

KhaiRin : anies said...

sy pasti yg no 1 tu mesti ramai yg kompius

Kesuma Angsana said...

tq berkongsi ye...

miss Fyqa said...

tq sudi share kak.. :)

ahsfantasy24 said...

huhu..
masa kecik2 suka curi limau cina
yg diletak tempat sembah dia tu..

HeNRieTTa JoSe said...

Thanks for the share....

Tina Othman said...

tak penah tau pulak ada persoalan no,2 tu

en_me said...

insaff kannns.. uhhhuu

Eye_nee said...

Tq sis..sgt berguna ni...

Rai said...

ada india kat ofis aku bagi aku limau semayang dia..masa tu aku tawakal makan je..hihi..takkan nak buang..membazir pulak..

mama aini said...

Thanks.. :)