Nafi talak banyak kali
SAYA pernah bergaduh besar dengan suami hanya kerana masalah remeh. Disebabkan suami cetek agama kerana pernah melafazkan cerai berulang kali dalam satu masa.
Lafaznya berbunyi: “Aku ceraikan kau, aku lepaskan kau, aku lepaskan kau, aku ceraikan kau.” Selepas itu, suami memohon maaf dan menyatakan dia tidak berniat untuk menceraikan saya dan berulang kali menyatakan dia tak ada mengatakan perkara cerai itu.
Sehingga sampai tahap setiap kali kami berbincang, suami tidak mempedulikan saya dan saya yang menanggungnya. Alasannya, dia tidak berniat dan menafikan melafazkan cerai berulang kali.
Apa yang perlu saya lakukan kerana saya masih sayangkan suami. Pada masa sama saya mendengar lafaz cerai dengan jelas. Suami juga ingin meneruskan perkahwinan ini.
NOR,
Kuala Lumpur
LAFAZ talak yang jelas (sarih) seperti di atas menyebabkan jatuh talak walaupun ia main-main dan tanpa niat. Rasulullah pernah bersabda: “Tiga perkara sesungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh: nikah, talak dan rujuk.” (Tirmizi).
Oleh itu, setiap suami hendaklah berhati-hati dalam soal talak tanpa ada alasan yang benar. Rasulullah juga bersabda: “Sebenci-benci perkara halal di sisi Allah azza wa-jalla ialah talak.” (Abu Dawud).
Puan dan suami dinasihatkan supaya merujuk kepada Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur dengan memfailkan perkara berkenaan. Perbicaraan akan dilakukan dalam menentukan kesahihan dan bilangan talak dan juga rujuk sekiranya berlaku dalam masa edah. Ini penting kerana negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.
Ia juga untuk kebaikan anda berdua sebagai suami isteri kerana rasa sayang masih ada antara anda berdua. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kehidupan anda berdua seterusnya.
Jenazah perasuah perlu disolat
ADAKAH benar jenazah orang yang mengambil rasuah tidak boleh disembahyangkan dan dosa mereka tidak akan diampunkan Allah?
FAHMI,
Johor
Jenazah yang tidak boleh disembahyangkan ialah jenazah orang murtad kerana sudah terkeluar dari Islam. Perlu diingat dosa manusia dengan Allah akan diampun apabila hambanya benar-benar bertaubat, beriman dan beramal soleh dengan kembali kepada ajaran Islam.
Allah Maha Pengampun kepada apa saja dosa sama ada besar atau kecil kecuali dosa syirik atau menyekutukan Allah. Kita tidak boleh keterlaluan dalam menghukum orang yang mengambil rasuah sampai peringkat mengatakan tidak boleh disembahyangkan jenazahnya.
Bagaimanapun menerima dan memberi rasuah tetap berdosa besar. Ini kerana ia sebahagian daripada perbuatan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 188).
Rasulullah bersabda: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.” Dengan itu setiap orang Islam terutama mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan perlu sentiasa menjaga diri supaya tidak terjebak dengan rasuah walaupun sekecil mana pun.
Elak jenazah berbau
ASRAF
Kulim, Kedah
Seboleh-bolehnya jenazah diletakkan menghadap kiblat. Namun bagi rumah yang kecil, harus saja berbuat demikian. Jenazah hendaklah segera dikebumikan. Berapa lama tempoh segera tidak dinyatakan tetapi penangguhan sebentar dibenarkan dengan syarat tidak terjadi perubahan pada mayat.
Jika bimbang kelewatan menyebabkan sesuatu tidak diingini berlaku kepada jenazah, seperti berbau, berubah, pengebumian wajib disegerakan.
p/s: tengs pada uolls yg wish beday aku semlm....aku aminkan segala doa...
sumber: harian metro
31 comments:
good info, thanks for sharing..
p/s: lamanya aku tak lawat ko wida...huhuu
thanx sharing dik ..
sharing is caring..
tq Wahida..
menambahkan ilmu dan menginsafkan :)
terima kaseh usatazah wahida
thanks ustazah...
tthanks a lot dear
huhu~ kesian la kat si perasuah tu kalau tak disembahyangkan
aku baru dtg nook..apapun slamat panjung umur murah rezki koo...baru smpat melawat,aku bz dgnkapal haji la....tq gak sbb sudi jenguk aku hhuhu
bagus la..gud info sis..
sy pon nk ucapkan hepi belated besday gak..semoga panjang umur dan murah rezeki ye..aminn
kenapa lah talak jadi mainan bibir kan..
sekali terlajak tidak boleh berundur lagi
jenazah elok disegerakan seberapa yang boleh....
bahaya ar kes lafaz talak tuh.. x boleh di ringankan kes cam tuh.. haih~ sesuka ati jek nak lafaz talak ikut sedap tekak dia..
*eh! tetiba teremo plak..hekhekhek..
tq for the good info..
THANX SEMUA INFO EK!
Terima kasih kerana berkongsi ilmu, dik!
ermm..ada jgk ilmu yg dpt ptg ni..thanx
jgn main main dengan talak
apa la punya suami.....buat main2 je prkataan camtu...apa pn info yg bagus utk dikongsi.
happy besday again :)
mana boleh main2 dgn talak..
info menarik wahida..thanks
good info ustazah
bagus info ni.. thx for sharing.. mekasih folo blog fara.. :)
thank sharing..bab talak tu bukan boleh buat gurau atau main..bab hukum tu hmm
talak mane boleh main2..tp ade je org Islam pndg lekeh je.. haih..
anyway,tq for the info and hepi belated besday akak :)
trima kasih perkongsian...tp yg bab cerai tu,bnda mcm tu mmg sgt2 xleyh dibuat main...walau dlm nada gurau sekalipun...
bab lafaz cerai tu bahaya.serius! huhu
info yg sgt bagus.. thanks for sharing this.. :)
singgah lagi pagi ni
Boleh tahan jugak Kia ni .http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/kia-optima-with-scissors-door.html
bahya oooo marah2 terus lafaz gitu...
mmg tak leh amik mudah perkara ni kan....
thanks 4 sharing
Post a Comment