nuffnang advert

Wednesday, September 28, 2011

soal jwb agama: nafi talak, jenazah perasuah perlu disolat & elak jenazah berbau

Nafi talak banyak kali

SAYA pernah bergaduh besar dengan suami hanya kerana masalah remeh. Disebabkan suami cetek agama kerana pernah melafazkan cerai berulang kali dalam satu masa.

Lafaznya berbunyi: “Aku ceraikan kau, aku lepaskan kau, aku lepaskan kau, aku ceraikan kau.” Selepas itu, suami memohon maaf dan menyatakan dia tidak berniat untuk menceraikan saya dan berulang kali menyatakan dia tak ada mengatakan perkara cerai itu.

Sehingga sampai tahap setiap kali kami berbincang, suami tidak mempedulikan saya dan saya yang menanggungnya. Alasannya, dia tidak berniat dan menafikan melafazkan cerai berulang kali.

Apa yang perlu saya lakukan kerana saya masih sayangkan suami. Pada masa sama saya mendengar lafaz cerai dengan jelas. Suami juga ingin meneruskan perkahwinan ini.

Saya berasa sangat tertekan sehingga tidak dapat menumpukan masa pada kerja harian seperti dulu. Sehingga sekarang, saya belum bersetuju untuk rujuk dengan suami.

Adakah talak yang dilafazkan suami itu jatuh talak tiga atau masih talak satu dan boleh dirujuk semula? Diharap Dr dapat membantu saya.

NOR,
Kuala Lumpur



LAFAZ talak yang jelas (sarih) seperti di atas menyebabkan jatuh talak walaupun ia main-main dan tanpa niat. Rasulullah pernah bersabda: “Tiga perkara sesungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh: nikah, talak dan rujuk.” (Tirmizi).

Oleh itu, setiap suami hendaklah berhati-hati dalam soal talak tanpa ada alasan yang benar. Rasulullah juga bersabda: “Sebenci-benci perkara halal di sisi Allah azza wa-jalla ialah talak.” (Abu Dawud).

Puan dan suami dinasihatkan supaya merujuk kepada Mahkamah Syariah di Kuala Lumpur dengan memfailkan perkara berkenaan. Perbicaraan akan dilakukan dalam menentukan kesahihan dan bilangan talak dan juga rujuk sekiranya berlaku dalam masa edah. Ini penting kerana negara kita mempunyai undang-undang yang perlu dipatuhi.

Ia juga untuk kebaikan anda berdua sebagai suami isteri kerana rasa sayang masih ada antara anda berdua. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan kehidupan anda berdua seterusnya.


Jenazah perasuah perlu disolat

ADAKAH benar jenazah orang yang mengambil rasuah tidak boleh disembahyangkan dan dosa mereka tidak akan diampunkan Allah?

FAHMI,
Johor



TIDAK benar pendapat yang mengatakan jenazah orang yang mengambil rasuah tidak boleh disembahyangkan dan dosa mereka tidak akan diampunkan Allah.

Ia adalah pendapat yang salah. Dengan kata lain, pengambil rasuah tetap seorang Islam tetapi ia melakukan dosa kerana menerima rasuah. Dosa itu tidak mengeluarkan daripada Islam.

Jenazah yang tidak boleh disembahyangkan ialah jenazah orang murtad kerana sudah terkeluar dari Islam. Perlu diingat dosa manusia dengan Allah akan diampun apabila hambanya benar-benar bertaubat, beriman dan beramal soleh dengan kembali kepada ajaran Islam.

Allah Maha Pengampun kepada apa saja dosa sama ada besar atau kecil kecuali dosa syirik atau menyekutukan Allah. Kita tidak boleh keterlaluan dalam menghukum orang yang mengambil rasuah sampai peringkat mengatakan tidak boleh disembahyangkan jenazahnya.

Bagaimanapun menerima dan memberi rasuah tetap berdosa besar. Ini kerana ia sebahagian daripada perbuatan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil (tidak halal) dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah ayat 188).

Rasulullah bersabda: “Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka.” Dengan itu setiap orang Islam terutama mereka yang mempunyai kedudukan dan jawatan perlu sentiasa menjaga diri supaya tidak terjebak dengan rasuah walaupun sekecil mana pun.


Elak jenazah berbau

SAYA inginkan kepastian berkenaan kedudukan jenazah (arah) di dalam rumah ketika orang ramai datang menziarah dan tempoh masa yang paling maksimum bagi jenazah berada dalam rumah hingga waktu disembahyangkan.

ASRAF
Kulim, Kedah


Seboleh-bolehnya jenazah diletakkan menghadap kiblat. Namun bagi rumah yang kecil, harus saja berbuat demikian. Jenazah hendaklah segera dikebumikan. Berapa lama tempoh segera tidak dinyatakan tetapi penangguhan sebentar dibenarkan dengan syarat tidak terjadi perubahan pada mayat.

Penangguhan dibuat kerana menunggu waris atau jenazah terpaksa dibawa balik dari tempat jauh. Jika ditakuti terjadi perubahan kepada mayat, tidak boleh ditangguhkan proses pengebumiannya kerana tuntutan menghormati jenazah lebih penting daripada menunggu kedatangan waris. Ada hadis yang menggalakkan supaya dipercepatkan urusan jenazah tetapi boleh dilengahkan jika ada sebab syar’ie, seperti menunggu kepulangan keluarga atau mengumpulkan lebih ramai orang untuk solat jenazah.

Jika bimbang kelewatan menyebabkan sesuatu tidak diingini berlaku kepada jenazah, seperti berbau, berubah, pengebumian wajib disegerakan.


p/s: tengs pada uolls yg wish beday aku semlm....aku aminkan segala doa...


sumber: harian metro

31 comments:

My Little Diary said...

good info, thanks for sharing..

p/s: lamanya aku tak lawat ko wida...huhuu

ieda said...

thanx sharing dik ..

SuriHanna said...

sharing is caring..
tq Wahida..

mamaNoriz said...

menambahkan ilmu dan menginsafkan :)

khairul said...

terima kaseh usatazah wahida

MaMa AiNi said...

thanks ustazah...

MamaEma said...

tthanks a lot dear

h4ni3 said...

huhu~ kesian la kat si perasuah tu kalau tak disembahyangkan

wani said...

aku baru dtg nook..apapun slamat panjung umur murah rezki koo...baru smpat melawat,aku bz dgnkapal haji la....tq gak sbb sudi jenguk aku hhuhu

Nens Collection said...

bagus la..gud info sis..
sy pon nk ucapkan hepi belated besday gak..semoga panjang umur dan murah rezeki ye..aminn

Acik Erna said...

kenapa lah talak jadi mainan bibir kan..

ikatankasihku said...

sekali terlajak tidak boleh berundur lagi

eelobor said...

jenazah elok disegerakan seberapa yang boleh....

|| NaFiRaa || said...

bahaya ar kes lafaz talak tuh.. x boleh di ringankan kes cam tuh.. haih~ sesuka ati jek nak lafaz talak ikut sedap tekak dia..

*eh! tetiba teremo plak..hekhekhek..

tq for the good info..

Lelaki Ini said...

THANX SEMUA INFO EK!

Dinas Aldi said...

Terima kasih kerana berkongsi ilmu, dik!

exora said...

ermm..ada jgk ilmu yg dpt ptg ni..thanx

delarocha said...

jgn main main dengan talak

NzA said...

apa la punya suami.....buat main2 je prkataan camtu...apa pn info yg bagus utk dikongsi.

Ermayum said...

happy besday again :)

kasihredha said...

mana boleh main2 dgn talak..

info menarik wahida..thanks

stellaizz said...

good info ustazah

CikPuan Fara said...

bagus info ni.. thx for sharing.. mekasih folo blog fara.. :)

Bro ahmad said...

thank sharing..bab talak tu bukan boleh buat gurau atau main..bab hukum tu hmm

Amirah Adnan said...

talak mane boleh main2..tp ade je org Islam pndg lekeh je.. haih..

anyway,tq for the info and hepi belated besday akak :)

aiEz said...

trima kasih perkongsian...tp yg bab cerai tu,bnda mcm tu mmg sgt2 xleyh dibuat main...walau dlm nada gurau sekalipun...

cik sakdi said...

bab lafaz cerai tu bahaya.serius! huhu

Heidi Shafiq said...

info yg sgt bagus.. thanks for sharing this.. :)

khairul said...

singgah lagi pagi ni

Boleh tahan jugak Kia ni .http://gilamodified.blogspot.com/2011/09/kia-optima-with-scissors-door.html

rasp said...

bahya oooo marah2 terus lafaz gitu...
mmg tak leh amik mudah perkara ni kan....

[sutera kasih] said...

thanks 4 sharing