Assalamualaikum semua....
sempena cuti sekolah ni, konon nak bwk anak2 jenjalan jauh sikit, tapi cuti kami laki bini kan dah habis, huhu...jadinya kami bwk anak2 jenjalan PD je la....balik hari je pun...melawat Muzium Tentera Darat n Ostrich Farm...
dulu laki aku punya lama duduk PD, ni lah baru festaim dia masuk Muzium Tentera Darat ni....takpe yang, better late than never...kehkeh....
laki aku pun dah mcm askar dah aku tgk...dgn seluar askar dia tu, dgn rambut botak dia tu...i love u la bebeh....tetiba
masuk je tersergam pelbagai meriam kat sini....
korang layan je la beberapa gambar yg ada ni....
nampak kereta kebal je anak2 aku dah menjerit....excited betul dorang...
bila masuk muzium ni, korang kena start dgn Pintu 1, jgn korang terus langgar masuk Pintu 10 pulak...kang korang tak faham sejarah dari awal....kalau tak tau mana Pintu 1, kena tanya org la ye...
aku rasa mcm nak rembat botol air askar ni...mcm stylo lak...kehkeh...
wah....merasa daddy naik IFOR.... :)
lepas tu moh la kita turun ke terowong komunis...
turun je terowong nampak patung ni...tanjat gegirl...
keadaan dlm terowong...sebenarnya terowong ni tak la terang gini, samar2 je dlm tu...ni mungkin effect flash kamera...tu yg jadik terang je tu...
dlm terowong ni ada mcm2 tau....tempat komunis tidur, tempat komunis meeting, tempat dorang simpan senjata api, simpan ubatan...
ni pulak tempat pembedahan/rawatan...
panas giler dlm terowong ni woo, berpeluh2 mak jemah...
ok, dah kuar tunnel, nampak helikoter...suka la anak2 aku nampak heli...
so, sesiapa nak melawat sini bawak anak2 moh la...FREE je masuk sini...tapi serius, kalau nak dtg better awal pagi....muzium ni besar, terlalu byk sejarah yg nak diceritakan...kami sampai agak lewat...dlm kul 3.30 ptg gitu...kul 5 dah nak tutup...mmg tak sempat belek sejarah satu persatu...kami ingat nak repeat balik muzium ni sbb byk sejarah yg kami tak sempat baca...huhu...
selain tutup hari Isnin dan Selasa, hari cuti perayaan Islam seperti Raya Haji, Raya Puasa, Awal Muharam, muzium ni tutup jugak tau....
p/s: boring la Masterchef tanpa Che' Lah... :(