nuffnang advert

Tuesday, January 8, 2019

junior dah sekolah

Assalamualaikum semua...

rasa tak terlambat i nak wish selamat tahun baru kat korang...
amacam new year? ok2 ke semua...
i ok je, cuma tahun ni ada berubah sikit rutin,
maklum lah si bujang kecik i tu dah masuk tadika 5 tahun...

junior dah sekolah..yeayyyy!!
abang2 dia 4 tahun dah masuk sekolah,
tapi si junior ni lewat sikit la, bajet tak berapa nak ada...huhu...
maklumlah kalau nak masuk tadika zaman sekarang ni,
kalau takde 1K, mmg tak boleh nak join la..huwaaaa...
sorry ok junior, takpe la terlewat setahun je pun....huhu..
harap junior faham keadaan mama n daddy...

junior bersekolah di sekolah yang sama mcm si Aqeem anak i yang no 2 tu dulu...
cikgu2 sekolah PASTI ni masih kenal Aqeem walaupun dia dah 4 tahun tinggalkan PASTI...
cikgu duk ulang2 puji si Aqeem tu...hahaha...
siap cakap harap2 si junior ni boleh ikut jejak si Aqeem...
aku ameen kan je la...

ok pakai name card sementara,
kat name card tu siap ada tertera balik naik van, parents amek atau transit PASTI...
penting tu supaya cikgu2 tak confuse..

 beratur jap sementara nak tunggu proses pendaftaran pelajar dilakukan...

 cikgu2 PASTI...

si junior ni sebenarnya tak dapat lagi uniform sekolah dia...
sebab stok dah abes...mungkin minggu ni baru dapat kot...
tu kopiah pun pakai kopiah yang mana ada je..
cuma baju sukan PASTI je yang ada setakat ni...
tu yang masa first day sekolah kena pakai baju sukan memasing...

comel la anak mama ni,
kemain excited dia nak sekolah...

kami perasan si junior ni cepat bosan,
dia tak suka tunggu lelama,
mula la dia buat muka boring dia..

 bosan menunggu terus mintak daddy dukung...adoi la...

ok dah beratur dalam perhimpunan,
junior oiii...muka mengantuk tu control sikit plissss...
hahaha...
dia cakap dia mengantuk sebab malam sebelum tu dia tak boleh tido...
haih la...macam orang tua susah tido bagai...

beratur nak masuk dalam kelas...

bila part masuk dalam kelas ni mcm2 drama menangis ada...
sana sini budak menangis, sampai junior jadi blur..
i takut jugak takut2 dia pun nak join menangis...
Alhamdulillah dia ok2 je..
yang i tengok budak laki lagi ramai menangis dari budak pompuan...
siap pegang grill kuat2 punya la tak nak masuk dalam kelas...haha...
ada tu siap ada yang terlepas keluar pagar okehhh...
punya laju budak2 ni berlari...
jenuh cikgu nak pujuk masing2...hahaha...

ok, nak balik dah...
bila tanya dia best ke sekolah junior?
dia kata bestttttt, esok nak sekolah lagi tau...
hahaha...

tunggu van sekolah sampai...
ni kami tunggu van depan rumah pengasuh junior...

driver van ni kak didi nama dia
atau femes dgn panggilan Bonda...
Bonda ni masyuk wehhh, dia bukan ada van buruk ni je,
dia ada van sekolah besar dan bas sekolah okehhh...

eh malu2 pulak turun van...
haha...

ekceli hari kedua kami skodeng dia,
nak tengok mcm mana dia naik van tanpa kami bantu...
laki i menyorok di sebalik kereta jiran,
i pulak tutup muka dengan tudung sambil menyorok...
sekali masa dia dalam van,
dia boleh nampak pulak kami tgh menyorok..
muahahaha...adoi laaaa...

nasib baik dia ok je...
cuma masa balik sekolah tu dia tanya kat i,
'mama, kenapa mama tak kerja hari ni, kata mama kerja...'
'junior nampak la daddy tengah menyorok, mama pulak tutup muka...'
ha kooooo, kantoi gila2 masa tu...
i dengan laki i gelak terbahak2 dah masa tu...adoi la....
memori sungguh la...

anyway, junior belajar elok2 okehhh...
mama dengan daddy doakan junior baik2 saja sepanjang sesi persekolahan..
jangan notti2 sangat tau...
sikit2 je boleh notti tu...haha...

15 comments:

mama tisya said...

happy new year 2019..good lak utk ank bongsu ke sekolah tu..semoga berjaya mcm abg2 nya

Yaya Azura said...

selamat bersekolah junior.

norhidana said...

rasanya baru lg nampak junior ni lahir, dh 5 tahun yek... rilex je dia... bagus lah junior nih... tak takut langsung

apa la mama papa kantoi menyekodeng hehehe

Siti Yang Menaip said...

hihi belajar rajin2..
salam tahun baru 2018 =)

Shalimar Yusof said...

seronok tengok anak-anak pergi sekolah kan..good luck junior..

dear anies said...

hahahahah...best nyer laa kalau dpt rakan time wahida berdua kantoi dgn anak sbb menyorok hehehehe

Homestay GP (Gombak Permai) & King Transporter said...
This comment has been removed by the author.
NM03 said...

sekolah rajin2 k jr. maklong doakan jr berjaya mcm abg2 kamu. aamiin

AzianKhalil said...

seronok tgk anak tak takut pergi sekolah

Puan Eka said...

selamat tahun baru kak. selamat bersekolah junior. Anak saye si adra tu kak heboh nak ke tadika. Kita nak anto dia tadika tahun depan 5y

Aez G'van said...

comelnya dah besar. lama tak tengok. hu2

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Cepatnya besar rasa macam baru je tgk Junior baby now dah sekolah ...belajar rajin-rajin syg semoga membesar dengan cemerlang ..

akubiomed said...

Cepat masa berlalu. Saya ada seorang yang masuk pra-sekolah.

Ann Ishak said...

mesti comel mama dengan daddy main nyorok nyorok :D

susan said...

It was a very good post indeed. I thoroughly enjoyed reading it in my lunch time. Will surely come and visit this blog more often. Thanks for sharing. View stories of any user anonymously. Pictame2 pictame. The more Instagram followers a person has the more popular they will be on this site.