nuffnang advert

Wednesday, December 6, 2017

bila result UPSR keluar

Assalamualaikum semua...

bulan November lepas adalah bulan yang agak bz bagi aku dan hubby...
sekejap2 kena time off nak kena pi sekolah anak...
hari anugerah kecemerlangan la, hari bertemu ibubapa la...
hahaha...takpe lah, bukan selalu pun kan...
setiap hujung tahun je benda tu akan berlaku...

adik sedang beratur dengan kawan2 nak naik pentas untuk hari anugerah kecemerlangan...
yang adik peluk tu kawan baik dia nama Hakimi...
best friend dari darjah satu lagi...
sama2 dapat naik pentas untuk subjek terbaik...
Hakimi dapat subjek terbaik untuk subjek Pendidikan Kesihatan,
adik pulak dapat subjek terbaik untuk Pendidikan Islam,
sebenarnya untuk subjek English (Pemahaman) pun adik score 100%,
tapi tak tahu lah adik tak dapat pulak anugerah untuk subjek English tu,
mungkin cikgu bagi peluang kat student lain jugak kot...

tahniah adik...
semua subjek untuk darjah 2 ni adik dapat A...
Alhamdulillah...so proud of u.

 Alhamdulillah, cikgu cakap adik ketua kelas yang rajin dan baik hati...gituuu...

kalau tadi anugerah kat sekolah kebangsaan,
ni anugerah kat sekolah agama pulak...
adik dapat nombor 1, dan Kimi nombor 2...
dulu Kimi nombor 1, adik nombor 2...
mmg bersaing sungguh la hai dia dua orang ni...
pastu tahun depan sama2 dilantik jadi pengawas...
hrmmmmm, mmg best friend betul kan...
Kimi siap cakap, 'kalau saya tak dapat satu kelas dengan Aqeem, saya nak nangis...'
hahahaha...

ni pulak masa 23/11/17...
masa ni result UPSR keluar...
kami laki bini tunggu kat sekolah sampai result released...
abang ni sebenarnya agak lemah dalam beberapa subjek..
especially English dan Math...
masa trial result abang sangat teruk...
aku sampai dah susah hati sebab abang ada D dan E...
takde A langsung okeyyy...
lepas trial aku nampak abang berusaha utk real UPSR...
dia banyak belajar dengan daddy dia utk subjek Math n English...
walau dah agak lambat sebenarnya, tapi at least aku nampak dia ada usaha...
dan Alhamdulillah, akhirnya result UPSR abang dia dapat 1A, 1B, 4C.
tolong jangan compare anak2 aku dengan anak orang lain...
aku sendiri tak nak compare pencapaian abang dan adik...
setiap anak pencapaiannya berbeza2...
dan aku sebagai mama, kena teruskan bagi sokongan untuk abang...
dan of coz doa tu jugak sangat penting...
yang penting bila aku nampak abang dah keluar dari kepompong D dan E,
aku dah rasa happy sangat...
aku nampak usaha abang yang berterusan utk UPSR...
aku nampak dia dah mula seronok belajar Math dengan daddy dia..
itu semua selepas result trial dia yang menghampakan...
itu maksudnya bukan abang tak boleh buat, cuma abang malas sikit je...hahaha...
sibuk nau dengan main bola sepak jer...grrrrr..

ni konvokesyen sekolah agama abang...
dah tamat pun darjah 6...
tahniah abang sebab dapat gred Jayyid Jiddan utk exam PSRA (Penilaian Sekolah Rendah Agama),
walaupun abang tak dapat Mumtaz, dapat Jayyid Jiddan pun dah sujud syukur sangat...
kalau mama yang belajar rasanya nak dapat Jayyid Jiddan pun tak mampu kot...huhu...

untuk yang nak tahu gred PSRA, ni details:

Mumtaz (cemerlang)
Jayyid Jiddan (sangat baik)
Jayyid (baik)
Maqbul (sederhana)
Muassa'adah (lemah)

group photo untuk convo sekolah agama...
gambar konvo abang sekolah kebangsaan takde dalam simpanan...
sbb konvo tu buat kat hotel dan parents tak dijemput...
tak pe lah...janji abang ada memori bersama kawan2 kan...

anyway tahniah abang dan adik...
tahniah utk abang sebab berjaya keluar dari gred D dan E...
abang kena berusaha lagi okeyyy...
perjalanan masih jauh...
semoga abang boleh tebus balik masa sekolah menengah nanti...

tahniah jugak untuk adik sebab berjaya kekalkan momentum dari darjah satu lagi...
cuma adik kadang2 jenis hilang fokus...
semoga adik boleh terus berjaya lagi ye sayang...

apapun, mama sentiasa doakan yang terbaik untuk anak2 mama...
semoga menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat...
pelajaran penting, tapi akhlak yang baik jugak sangat penting ok anak2!


Assalamualaikum.

13 comments:

dear anies said...

tahniah utk adik dan abg... semoga trs berjaya di masa akan dtg...

si abg tu bakal msk sekolah men agama ke? nmpk kecenderungan dia kat situ...

Kakcik Seroja said...

Tahniah Adik dan Tahniah Abang....masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuh, semoga kalian terus berjaya...

wahida said...

dear anies: ye betul tu anies...insyaAllah dia akan ke sekolah menengah agama tahun depan...dia mmg minat ke arah situ...

mama tisya said...

tahniah utk abg & adik...stiap ank2 lain die punya kecenderungan..smoga trus berjaya..dpt anugerah mcm2 pn dh membuatkan ibu bapa bangga kn

kontahadif said...

alhamdulillah. bijak semua anak2.
tahniah abang.
cemerlang dah tuuuuu.
nnti usaha lagi utk next2 exam okeh

Etuza said...

Wah hebat adik ni..tahnia ya

Norlaili A Wahab said...

Alhamdulillah. Tahniah abang & adik. Semoga berjaya ke sekolah menengah agama ye. Aaminn....

Nieda Ramly said...

tahniah anak mama.......setiap anak berbeza kan..ada yg bagus di A tapi B tak berapa bagus .manusia tak sempurna kan

aliza said...

Tahniah untuk anak2... dan tahniah juga untuk ibu bapa yang tidak membeza2kan anak2 dan menyokong pelajaran anak2... tahniah kerana menjadi ibu bapa yang hebat untuk anak2 yang pastinya hebat juga...

OKje said...

Tahniah ye abang....
Alhamdulillah, betul tu setiap orang punya kelebihan dan kekurangan. Kadang kadang kekurangan tulah yg jadi semangat utk dia terus cemerlang. Yang penting jangan jemu utk terus belajar

Anonymous said...

tahniah untuk kedua-duanya.

dah dapat membaca, mengira dan berfikir kreatif,

abg boleh jd bisnesman. don wory.

Jaja Pengedar Shaklee said...

Tahniah untuk pencapaian adik dan abang. Apapun pencapaian anak-anak, parents sebenarnya kena sentiasa support supaya anak2 tak hilang keyakinan..insyaAllah nanti diorang lagi kuat berusaha :)

Anonymous said...

Tahniah abg. Semoga success pd ms akan dtg. Buat yg terbaik utk sekolah menengah ye. Bgtu jg dgn anak sy. Hehehe. Lama x bc blog akk 😄