sebulan tak update blog..
ramai jugak yang tanya bila aku nak update blog?
hrmmm...aku cuma mampu senyum je la...
siap yang bertanya tu cakap balik kat aku..
'ye lah kak, saya faham kenapa akak tak update blog...
sebab zaman blog macam dah nak habis trend dia kan...
sekarang zaman instagram...'
itu dia cakap la...
tak tahu lah nak setuju ke tak...
sebab ada betul ada tak betulnya...
betul, mmg sekarang aku tgk ramai dah tak aktif berblogging...
kawan2 yang aku kenal kat blog semua aktif kat IG je...
mungkin sebab mudah, cepat dan ringkas dengan IG berbanding blog...
tak setuju pulak sebab aku tak rasa pun trend berblogging ni dah habis...
aku masih nak berkongsi cerita makan2 aku, cerita jalan2 aku, cerita anak2 aku dlm blog ni...
sebab dalam blog kita boleh mengomel panjang lebar sikit...
kat IG tak best nak taip panjang2...
kalau orang up caption panjang lebar kat IG,
aku sendiri pun malas nak baca...hahaha...
ok lah melalut dah ni...
sebenarnya nak cerita pasal makan2 kat Swensen's...
dah lama dah makan2 ni sebenarnya...
baru skrg ada rasa nak up kat blog..
Swensen's ni kat Sunway Putra Mall...
kami suka pi Sunway Putra tu, sebab macam2 makanan ada kat sana...huhu..
adik2 comel yang join makan kat Swensen's...
tudung hitam tu Tehah, tudung pepel tu Eqa...
kami bertiga mmg kuat makan...
kalau boleh macam2 jenis food nak try...
tu yang badan aku n Eqa makin naik dah macam tong gas...
Tehah je maintain, makan banyak pun tak naik berat badan, jeles!
lama dah tak minum ais, tu yang order lemon tea suam je tu...
chowder soup...sedap!
calamari ring, dimakan bersama tartar sauce, rm17.90
ni main course aku pada hari tu, hot n spicy fish baked rice, rm21.90
dalam dia ada fish fillet, telur, bendi, cheese...
dan ada rasa kuah asam pedas kat nasi tu...
ok lah, not bad la rasa dia...
ni pulak Tehah order...
salmon n mushroom baked rice, rm28.90
Tehah punya ni lagi sedap dari aku punya menu tadi...huhu...
ni pulak Eqa punya, spicy seafood pasta with grilled scallops, rm27.90
ha, yang ni sangat la scrumptious!
menu paling best! rodeo wings, rm18.90
chicken wings dengan bbq sauce dan ada blackpepper sekali...
huiiiiii tersangat lazat okeyyyyy...
geng kuat makan...hahahaha...
pastu masa makan masing2 nak jadi juri...
ada je nak komen food itu ini...kehkeh...
oklah, kalau agak2 datang Sunway Putra Mall,
tapi tak tahu nak makan kat mana, boleh try Swensen's ni...
sedap dan service pun cepat. i like...
4th floor,
Sunway Putra Mall,
KL.
12 comments:
pricey tapi sedap berbaloiiii tauuu
instagram laju update sbb tkyh mengarang..hehe...sama la kita ..entry draft byk cuma masa nk mengarang tu la...bercinta hehe...menarik nmpk menu2 nya
emmm.. semua nampak sedap
Sedapnyaa! Boleh lah try nanti :)
Sejak dah jadi Sunway Mall dengan wajah baru ni, mak belum pernah masuk lagi...
Makanan tu semua nampak sedap walaupun agak mahal bagi mak. :)
prt aku bt hal lak arini gara2 mkn sup peds td... akibatnya msh sakit prt lg
tp bila nengok segala menu yg sedap2 trs sakit prt aku nih wei...
lagi2 nengok spageti tuh wei... menggoda gila
omnomnom.. lama tak lepak swensen. penah makan aglio oglio nya dulu tapi tak kena dengan tekak
btw nak update blog ni memerlukan kekuatan mental dan fizikal hahahha
Kecur air liur melihat menu-menunya. :)
Terliur akak tengok mlm hari ni wa..
Harga pun boleh tahan ye..
Tapi berbaloi lah kan..
Sebab sedapppp👍👍👍
pergh.. terliur tgk gmbr ni
Baru ni pi SPMall, anak makchaq ajak makan kat kedai korea Dubuyo, rasa nak pengsan.. tak kena langsung dengan selera.... langsung cancel plan nak pi korea...
rodeo wings tu tgk je dah tau sedap sbb lain drpd lain
Post a Comment