nuffnang advert

Wednesday, October 26, 2016

bengkel dan ujibakat pengacara majlis MITI DAY 2016

Assalamualaikum semua...

dua minggu lepas,
aku attend sesi pencarian pengacara majlis untuk program 'MITI DAY 2016'
sebenarnya, aku hadir ni pun sebab nak dengar tips2 dari otai2 emcee..
aku tahu, lepas je habis sesi bengkel, ada sesi ujibakat..
dan demi Allah, aku tak terfikir langsung untuk berjaya dlm ujibakat tu...
aku pergi dengan niat nak belajar..
berjaya terpilih atau pun tidak, tu aku tolak tepi...
yang penting ilmu yang bakal aku dapat...

program MITI DAY ni adalah anjuran kementerian MITI, bukan ofis aku tau...
dan event ini adalah event terbesar yang MITI anjurkan...
memandangkan dalam event ni, ada banyak program,
so, ramai emcee diperlukan untuk event ni...
dan ramai agensi hantar wakil masing2...
ofis aku hantar 10 orang wakil untuk sesi bengkel ni...
dan Alhamdulillah,
8 orang daripada kami berjaya dalam sesi ujibakat tu termasuk lah aku..
hahaha...masa diumumkan aku berjaya terpilih, rasa nak tumbang...
serius, yang datang ni semuanya otai2 dalam mengacarakan majlis,
ada yang dah menang peringkat kebangsaan,
ada yang dah biasa mengacarakan majlis dalam istana,
eh, macam2 la...aku rasa kerdil bila berada dengan dorang...

ni je la pic yang ada masa sesi bengkel tu..
tak sempat nak bergambar okeyyy...
sebabnya, masuk2 je bengkel, trainer bagi tips serba sikit,
terus dia bagi satu event dan mintak kami buat teks masing2 dalam masa 3 minit...
perghhhh...ternganga aku...
apa lagi, gelabah la wei buat teks...
nasib baik berjaya jugak aku siapkan,
tak kisah la ada silap pun, kata nak belajar kan...
lepas tu dia panggil pulak nama secara random,
siapa yang kena panggil tu kena buat pantun pembukaan...
Allah!! aku part pantun ni mmg lemahhhh ok..
nasib baik dia tak panggil nama aku...
aku dah cuak dah...hahaha...
ko tengok la, muka aku pun dah pucat tu...
orang tak banyak pengalaman, gitu la...ekekek...
kalau korang nampak kat belakang aku tu,
ada sorang lelaki dan sorang pompuan, mereka tu lah juri...
dorang tengah kira markah selepas kami dah buat presentation..
kami masing2 diberi tugas mengacarakan majlis secara formal dan informal..
teks semua kena ikut kreativiti sendiri,
dah siap teks, kena pergi depan dan berdiri di hadapan ramai seolah2 sedang mengacarakan majlis..
masa ni kami dinilai oleh juri dan kawan2 lain...
sebelah kaki aku dah melangkah ke dewan ni,
so, aku kena bagi sehabis baik..
dan Alhamdulillah, aku terpilih dalam ujibakat ni...

seramai 30 orang yang sertai ujibakat dari pelbagai agensi,
hanya 15 yang terpilih...huhu...
dan emcee2 yang terpilih ni, juri belanja makan..
dia cakap order je nak makan apa, nak minum apa..
terus ada yang order carrot susu la, nasi ayam kukus la...
amboiii, kemain korangg...hahaha..

yang depan aku tu la juri nya..
nama dia En Ali, dia ni sebenarnya pegawai khas menteri...
dan dia ni punya lah petah bercakap,
maklum lah bekas juara pemidato dan debat ok...
dia juga adalah emcee yang hebat...
sebenarnya, masa mula2 aku masuk dewan,
hati aku terdetik 'eh, macam kenal la mamat ni, kat mana ye?'
jenuh aku fikir, rupanya2 dia ni pernah 'gaduh' ngan aku kat kaunter...
hahaha...what a small world!
nasib baik dia tak ingat muka aku,
kalau tak mesti dia tak nak pilih aku dalam ujibakat ni...ekekek...
eh, tapi sebenarnya dia ni ok sangattttt...
sangat membantu dalam segala hal,
tak kedekut ilmu itu yang penting..

sesi rehearsal adalah pada petang Ahad 16/10 di Menara MITI...
rehearsal ni wajib datang sebab event tu keesokan harinya...
masing2 sebenarnya dah stress nak siapkan teks dan soalan untuk sesi temuramah...
aku diberi tugas untuk mengacarakan slot pocket talk yang bertajuk 'opportunities for food truckers'..
dan satu lagi task aku adalah mewawancara Dato' CEO dari MPC...
semua emcee ada slot masing2..gitu lah kekdahnya...

dan kebetulan sangatttt,
Dato' yang aku nak wawancara tu 'turun padang' masa rehearsal...
apa lagi, aku gi jumpa dia dan bgtau serba sikit soalan yg bakal aku ajukan pada dia supaya dia tak gabra masa sesi live esoknya..hahaha...
wah...dato' ni so humble dan sangat menyenangkan...
jadinya aku ni kurang sikit la gelabah bila dah tahu karakter dia mcm ni...
aku cuba cari chemistry dengan dato' ni supaya kami nampak serasi depan kamera nanti...
wah gituuu..

beg owl yang sentiasa menemani di sepanjang sesi ujibakat dan rehearsal...
hew hew hew...

ha ni lah dia, barisan team emcee yang mewakili ofis aku untuk event MITI DAY 2016 ni...
kami cuba buat yang terbaik demi nama baik agensi kami...



esok aku sambung lagi ye..
ni baru part ujibakat dan rehearsal...
kita tengok apa jadi bila tiba hari kejadian sebenar...

16 comments:

Cici said...

Wahh tahniah terpilih..

selalu bila kita tak mengharap tu lah yang dapat kan. benda yang tak disangka

nanti update lah kejadian sebenar. nervous tak? hehehe

wahida said...

mommy cici: hehe..tq dear..
mahunya tak nervous? masa rehearsal pun dah neves tau! ni kan pula bila tiba hari kejadian..

- dieyana - said...

wah tahniahhh.....

Kakzakie Purvit said...

Hebat! tahniah dari kakak
Tak semua org dikurniakan bakat emcee tau.

norhidana said...

ko tu mmg dh ada bakat jd emcee kak...

cube kalau aku lah, mau mengigil2 sore sekali ngn badan2...

AnneRaini said...

wah kelas ko nok.. tahniah.

Inani Hazwani said...

Wahh tahniahh ! Seronok lah boleh dapat pengalaman baru :)

Qhaifa Nur said...

Tahniah tau...
Klau akak konpom gigil huhu
Tp x cuba...x tahu rupanya kita berbakat jd emcee

Hudalatip said...

Wah hebat kau, kalau aku confirm gigil dah, seram weh nak cakap depan2 orang ramai..

Rinna said...

Wow caya laa.. tahniah kerana terpilih.. Moga berjaya menjadi MC..

Fiza Rahman said...

Tahniah babe. Bley buat part time mengacara lah las nih ☺

Liyana said...

hebat la kak. terbaik :)

HeNRieTTa JoSe said...

Kalu bab EMMCEE mmg rietta jauh ke belakang la...hehehe...

ain.ya.nun. said...

Hi achik wahida ;) Dah nampak macam reporter dah gambar last tu

ewanthology said...

beg owl tu...rare

Adam said...

tahniah
tahniah.

from
http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

Salam blogging.