nuffnang advert

Monday, June 20, 2016

mencari pengganti

Assalamualaikum semua...

rasanya ramai dah sedia maklum,
baru2 ni pada 18hb adalah tarikh pilihanraya kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar...
so, moh la kita balik Sungai Besar menunaikan tangungjawab mengundi...
ready untuk memilih pengganti YB arwah Datuk Noriah Kasnon yang terlibat dalam nahas helikopter di Sarawak 5 Mei lepas...
apapun, arwah Datuk Noriah Kasnon tetap di hati kami selamanya...
Al Fatihah buat arwah.

ok, aku ngan adik aku, Dik Emy ready nak buang undi...
bawak IC, then dorang check dalam sistem, kami kena beratur di Saluran 4...

kami gi mengundi dalam pukul 12.30 tengahari gitu la...
mmg tengah panas terik...
tapi sebab nak elak beratur panjang, so kami decided mengundi waktu tengahari...
see, mmg tak ramai orang pun masa ni...
q sekejap je, settled! kalau pi pagi, mmg mereput la ko kat situ...haha...

beratur sekali dengan Dik Emy dan sorang lagi sedara kami, apa ntah nama dia...
terjumpa masa nak buang undi ni la...
tapi aku x ingat nama dia...matikla, lupa nama sedara...muahahaha...

Parlimen Sungai Besar menyaksikan perlawanan 3 penjuru...BN, PAS dan PAN...
dan keadaan sepanjang masa mengundi aku tengok terkawal...
elok je aku tengok orang BN, PAN dan PAS bersembang bergelak ketawa...
elok la macam tu, kita sesama Islam tak elok la bergaduh hanya sebab perbezaan fahaman politik...
tak gitu?

di sini tempat aku buang undi, SK Seri Utama...
dulu masa aku sekolah rendah, aku bersekolah di SK Seri Makmur...
kalau nak tahu, SK Seri Utama dan SK Seri Makmur dulu 'musuh ketat' weiii...
dua2 sekolah ni masing2 nak tunjuk siapa lagi hebat dalam pelajaran dan sukan.. :)
aku yang tak hebat dalam pelajaran dan sukan pun terpengaruh utk 'bermusuh' dengan sekolah ni...
senang citer semua student Seri Makmur mesti boikot Seri Utama lebih kurang gitu la...
sampaikan kalau ada student dan cikgu dari Seri Utama datang SK Seri Makmur,
kami akan bagi jelingan maut punya...
siap bagi sindiran dan kata2 perli lagi....ekekekek...
entah apa2 je la kan...
aduhai...lawak pulak ingat zaman sekolah dedulu...hahaha...

done! Alhamdulillah...proses mengundi dipermudahkan..
up pic ni kat instagram, ada pulak yang ingat aku pakai inai...
muahahaha...

 perang bendera...

gigih adik aku cari port nak amek gambar jari yang dicelup ink berlatarbelakangkan perkataan Sungai Besar...
so, dia berentikan keta kat Petronas dan turun amek gambar kat sini..
aku pulak amek gambar dia dari dalam keta... :)

dan hasil dia ohsem weiiii...
sori Dik Emy aku cilok ni dari IG ko... :)
laju2 aku pun turun keta nak amek gambo angel mcm ni,
aku pun nak jugak berlatarbelakangkan Sungai Besar...kehkeh...
tapi bila aku tengah amek gambo, keta belakang duk main hon...
aku tak tahu la dia hon aku ke hon siapa, tapi banyak kali dia hon...
dan bila dia hon, ramai pulak yang pandang aku...
terus aku tersipu malu takmo dah amek gambo kat situ...hahaha...
lelaju masuk keta balik...
tapi sebenarnya aku sakit hati dengan keta belakang tu...eiii dengki tau!!
mesti dia cakap kitaorg ni jakun...kahkah...
Dik Emy cakap amek je la gambo, pedulik la dia nak main hon ke apa ke..
tapi i is maluuuuuuu...muahahahaha...
jadiknya tak dapat la capture jari aku dengan view Sungai Besar mcm ni...
mencik tau.

gambar pagi ni..
dakwat dah makin hilang...
tapi serius aku geli tengok...
sebab aku tengok kulit aku dah macam bersisik...huhu...



sekian la citer orang Sungai Besar gi keluar mengundi...kehkeh...

25 comments:

idzwa kamaruddin said...

Hahahaha kan selalu kann jari di coppp ! Dengki letuwww

nuyui a.k.a miss YUI said...

hahah aduh.tak memasal kena hon.. sje la kete tu..huhu

dear anies said...

hmpr lupa hang ni ank sg besar hehehe...

sama laa kite...dedulu ms sekolah mmg anti sgt sekolah jiran. kalu sm2 hebat x pe jg hehehehe..

Nurzakiah Hanum said...

selamat mengundi ek

eima said...

KEPTUSAN PUN DAH ADE ... TAHNIAH SBB DAH JLNKAN TANGGUNGJAWAB

Kakzakie Purvit said...

Betullah kata adik biar aje hon sebab dia bukan kenal pun..
Tapi kalau kakak pun malu:)

Qhaifa Nur said...

lega dh mengundi...
Sapa menang pun kita dah tau

Norhayati Mohd Isa said...

Jalan kan amanat ye Wa..

Hihihi tergelak pulak akak..
Teringin nak buat tapi malu..
Tu lah dah rugi..
Tak ada jari berlatar belakang sungai besar tu..
Kalau tidak boleh masuk Insta jugak :D

Yana Libra said...

sajelah tu dengki~ hehe

Inani Hazwani said...

Hahahah gigih oo bergambar latar belakang sungaai besar.

akubiomed said...

Jauh balik mengundi untuk melaksanakan kewajipan sebagai pengundi.

norhidana miswan said...

harapnya pengganti baru tuh dpt jalankan tanggungjwb ngn ikhlas bkn masa nk pilihanraya je heheheh...

mmg matik2 ko pakai inai kak... hahah

Diana Rashid said...

awat tak lawan hon je..saja la tu nak mengusik..hehehe

Kakcik Nur said...

Mak pergi jalan-jalan kat sana pada hari kejadian...saja je dah kebetulan cuti... :)

Nooriah Abdullah said...

selamat mengundi Ida ya
wah tempat mengundi pun leh posing jugak heee

NzA said...

Tahniah pada yang menang. Kota apa yg dikata.....InsyaAllah.

Afif Rayyan said...

Harap sg besar lebih maju lepas nie.. Aminnn

babYpose said...

Teringat pula bapa sekolah kolej melayu kk. Duk hon pulak ye derang..

raihanah said...

tahniah tunaikan kewajipan

AnneRaini said...

jom kita pergi mengundi... teringat lagu undi yg tomok dgn black nyanyi tu..

eh ko undi sapa? hehe

YattAkasah said...

ritu mmg jem pi sana. kuar dgan kakak. btw tahniah hehe

Siqah Hussin said...

Siqah tak pernah mengundi lagi. Hehe. Next time if ada pilihanraya, siqah nak pergi mengundi 💪

Nabila Syifa said...

wah dah selamat mengundi

LYAfrina said...

al-fatihah buat arwah..
smoga pgnti beliau blh mjlnkan t/jwb dgn baik n amanah..

Mummydearie said...

Oh, balik juga menunaikan tanggungjawab ya! Undi siapa? Hahaha!

Tak kisahlahkan sebab dah tahu siapa yang menang.

Dah teruja nak ambil gambar jari tu awat peduli sangat hon kereta? Rugi dah tak dapat ambil gambar macam adik!