nuffnang advert

Wednesday, March 23, 2016

Resepi Ayam Goreng Siam, sedapnyaaaaa

Assalamualaikum semua...

baru2 ni aku try resepi baru...
nama dia Ayam Goreng Siam....
mudah je resepi dia...dan paling best sebab dia sedap...
aku dapat resepi ni dari cari...
aku alter sikit menu ni ikut citarasa aku...
dan aku ada post pic ni kat instagram aku,
ramai pulak mintak resepi kekdahnya...
so, aku mintak izin share resepi ni kat blog aku jugak ye...

ni dia ayam goreng siam...
first time cuba buat, satu family suka weiii...
laki aku cakap sedap menu ni...
anak aku si abang mula2 takut nak makan,
sebab nampak pedas...tapi aku paksa jugak anak2 aku makan...
kalau tak try makan, mana nak tahu sedap ke tak kan?
dah kena paksa baru dia makan...
sudahnya dia yang perabis ayam2 ni, siap ratah...
aku tanya abang, sedap ke bang?
sedap!!
aku jawab balik...ha tu lah...tadi takmo cuba, dah cuba tahu pun sedap kannnn...
huhu...
lagi pun aku buat tak pedas mana,
sebab tahu anak2 nak makan...

meh aku share resepi...
senang giler weiiii...
pejam mata boleh buat...kehkeh...


Bahan2:

1/2 ekor ayam (potong kecik2)
7 ulas bawang putih
1 inci halia
11 biji cili api ( boleh kurang atau lebih ikut selera)
2 sudu besar sos ikan
1/2 cawan air
seikat daun ketumbar

Cara2:

1) Perap ayam dengan kunyit dan garam. Goreng.
2) Tumbuk halus bawang putih, halia, cili padi. Tumis.
3) Letak sos ikan dan ajinomoto.
4) Masukkan 1/2 cawan air. Kalau suka berkuah, letak lebih air.
5) Masukkan ayam yang digoreng tadi. Gaul rata.
6) Masukkan daun ketumbar yang dicincang halus. Gaul rata.

mula2 goreng ayam yang dah diperap dengan kunyit dan garam..
goreng tak yah lama sangat...agak2 dah masak terus angkat...
kang kalau lama sangat ayam keras...

 tumbuk halus bawang putih, halia dan cili padi..

minyak yang goreng ayam tadi korang amek sikit untuk menumis bahan2 tumbuk tadi..
tumis lah sampai naik bau yang best tu...

dah naik bau best, letak sos ikan 2 sudu, letak sikit ajinomoto kalau suka...
menu ni tak yah letak garam sebab sos ikan tu dah masin...
letak sos ikan mmg sedap kan...
pastu letak air...kacau lagi...
then letak lah ayam yang dah digoreng tadi...
pastu campakkan daun ketumbar...
gambar daun ketumbar aku mana ntah...
dah terdelete kot...grrrr...
ni lah konon2 nak letak resepi bergambar...
tapi gelabahhhh...hahaha...

ha...dah siap!
korang kalau rasa malas nak masak tu,
try la menu simple ni...
confirm makan bertambah! ekekek...
ermmm dap dap...

tq pada tuan empunya resepi ni...
mintak halal ye...

24 comments:

NM03 said...

aku masak ayam kicap ke daging kicap ke mesti letak sos ikan

ain.ya.nun. said...

Yeyyy, boleh cuba

Kak Nieyl said...

ala...ini yg rasa teringin jugak nie nak buat...

CikLily Putih said...

nampak sedap dan senang nak buat.. ok balik leh cuba

JunAina said...

Akak tak berapa suka daun ketumbar yg dimasukkan ke dalam masakan mungkin boleh skip daun ketumbar kot...

idzwa kamaruddin said...

kejam nyerrrr....telan air liur aku okehhh...lain kali bagi bekal skit!

Yati said...

Nampak sedap. Lauk 1 jenis pun dah cukup kalau masak camni.

dear anies said...

sos ikan tu brand apa ek?

Nafira usof said...

wahhhh.. boleh cuba nih.
makan lawan ngan kicap pon menjadik gak nih.

Ena said...

Wida,
kita kan klu lauk yg simple tu la yg sedap
dan makan bertambah pulak kan.. hehe

Lea Ismail said...

dah ambik gambar resepi ni. memang nak kena buat ni....

Masitah Samsudin said...

Amboii...sedapnya...terliur tengok...

Siqah Hussin said...

Sedap nampak nie. Boleh cuba nanti :)

Fazleyatul Aini said...

alamak i hate daun ketumbar -_-

Nooriah Abdullah said...

adussss tertelan air liur kaknoor lah Ida
esuk nak buat jugak ni macam niiii

HeNRieTTa JoSe said...

yummy....bleh la cuba hjg mggu ni...hjg mggu nie blom ada menu...hehehe....

norhidana miswan said...

ada daun ketumbar msti semerbak harum bau nya

eima said...

sama resepi aku cuma tak letak ketumbar je ... aku tukar kpd cili hijau besar tu supaya tak pedas sgt anak2 nk mkn

Qhaifa Nur said...

Ada copy resepi tuh..x buat lg
Sedap ke wahida..kena try nii

Zee Suhaini said...

nak try lah..suka resepi simple camni..

adarnadzmie said...

nampak sedap... nnt leh try...:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

nak try..nak try...nampak sedap suke pedas-pedas gini

Suriaamanda said...

OK nak cari sos ikan plak la...

LYAfrina said...

blh cuba ni