Assalamualaikum semua...
amboiii kemain tajuk...
tak tau lah tajuk ada kena mengena dengan entry ke tak...hahaha...
dah lama nak buat entry ni sebenarnya...
dah lama sangat aku tertanya2 mana korang menghilang...
hari ni aku dah tak tahan lagi...
nak kena tanya jugak...
mana korang pegi??
kalau tengok side bar aku,
ada blog kawan2 yang dah lama giler tak update blog...
ada setahun, dua tahun, tiga tahun, 4 tahun pun ada!
dalam side bar aku ni mostly adalah kawan2 blog yang dulunya rajin drop komen kat blog aku...
yang kebanyakannya aku kenal rapat (walaupun hanya di alam maya),
maksud aku kenal rapat sebab aku boleh tahu blogger ni ada anak berapa,
anak dia berapa laki berapa pompuan,
apa panggilan manja dia pada anak2...
dia duduk mana...
dia kerja apa, walaupun aku cuma tahu general saja...
see, punyalah dulu ikatan ukhuwah blogger ni kemain rapat,
walaupun kami tak pernah berjumpa...
kalau korang tengok lagi, ada blog sampai dah takde tajuk entry,
aku try bukak blog2 tu semua, semua blog tu dah tak wujudddd...huwaaaaa...
sedihhhh...
ada antara mereka yang masih aktif instagram...
so, aku tahu lah dorang ni ok, sihat walafiat...
tapi yang terus hilang, tak tahu apa cerita,
aku harap korang sihat2 je, bahagia macam selalu...
entah2 ada pertambahan ahli keluarga,
nak sangat aku baca cerita korang ni...
kalau korang yang dah lama diam tu,
ada terbaca entry ni, drop la komen sebarang dua kat entry ni...
cukup sekadar bagi salam, dah buat aku lega...
rindu sangat aku kat korangggg...
tapi rasanya, side bar aku ni nak kena kemaskini balik...
banyak sangat blog yang dah tak wujud lagi...
so, aku kena remove blog2 ni dari side bar aku ni,
dan aku akan masukkan link2 blog yang masih aktif...
sori kengkawan, apapun, aku tetap sayang korang...
yang dulu rajin singgah blog aku, rajin komen...
harap korang ok2 je kat luar sana...
aku faham sekarang ni bukan zaman berblogging lagi...
ramai dah tak minat dengan blog...
ramai sekarang lebih suka dengan berinstagram,
mungkin sebab tak payah menulis panjang2...
letak gambar, letak caption sikit, settle...
tak macam blog, blog lebih kepada penulisan, idea, kreativiti, kesabaran.
dan yang lebih penting passion kepada blog tu sendiri...
kalau keghairan menulis tu dah takde, mmg tak boleh dipaksa...
sebab aku pernah lalui tu semua...
i feel u...
tapi kalau pun dah tak mahu menulis, tegur2 la saya di blog ni ye...
rindu sangat dah ni kat kawan2 lama yang dulunya rajin menulis...
much love.
Wahida
20 comments:
blog akak ada kat side bar tak. wheeeee
betul lah. kengkadang tu macam malas sgt nak menulis.. sebab nak masukkan gambar harus pilih2.. tapi akak mmg suka gak Insta.. lebih senang. cuma agak sayang kalau nak tinggalkan terus blog.. esp nak cerita pasal jenjalan ni kan..
*ps. rasa macam nak kemas koni gak lah side bar tu. heeeee
Kadang memang malas nak menulis
Bila mula malas dan lama itu yg akhirnya terkulai..
btl lah kak... kadang tertanya2... kadang tiba2 rindu nk tau kabar org tu....
walaupun cuma kawan di alam maya tp kita ttp rindu kan...
lia my wonderfull world tgh preggy anak ke-5 noks~ makin cantik ;)
idzwa: oh liya tu aku tahu...friend kat instagram...tahu dia tgh preggy skrg ni...tapi yang lain manaaaaa???
memang ramai yang tak aktif dah blognya. lea pun nak kemaskini balik bloglist tu
bz nie atai x de idea kot
Sekali sekala memang kena spring cleaning blog ni...
Kite masih setia b'blog walaupon bukan hari2 , hehe~~
tringat ad sorg akk tu..dulu rajin sggh..pastu diam lama dh.. kt pun taktau apa yg jd mndtg kan kak..
saya pun lama dah bercuti blogging. ttiba rindu tu dtg smula... hopefully kawan2 akak pn begitu juge la ye.. :)
ramai gak yang dah hilang masa mula2 blogging dulu..cik pah antaranya...dah x wujud dah...blogspot/ google akan delete mana2 akaun yang x aktif...kan?
lama nya...sampai 4 tahun tak update..itulah tetiba datang juga hari rindu dengan kawan alam maya kan.
Mcm akak dlm setahun 2 sepi gak tp kini dtg balik..masih nk berblog lagii
kalau dah mesra mmg rindu kan Ida waalaupun hanya teman alam maya, alhamdulillah kaknoor masih setia dgn blog, macam rasa kurang kalau tk update blog
Betul wahida bergantung kepada mood kan, untuk catatan bole kat instagram, blog lebih panjang,moga rajin berblog kan, inshaAllah.
Yang bunda tahu kita pun dah lama kenal dialam maya ni kan...walaupun jarang sapa menyapa, kunjung mengunjung...tapi still singgah BW sesekali jugak kan...
sekali berenti harammm terjun lombong karam di lautan terussss...huhuhu...maleh betoi la skrng ni nak menaip..dah nape taktau..krisis pertengahan umur barangkali..keh keh
saya aktif, meh la letak link saya..
tenggelam pun seminggu dua je insyaallah
Ya ke orang dah tak minat berblogging sekarang? Alahai, sedih pulak mendengarnya sebab akak masih lagi suka berblogging. By the way, masa mula-mula berblogging dulu, inilah antara blog yang pertama akak terjah!
Sekarang ni memanglah ramai sangat kawan-kawan yang tak dengar khabar apa beritanya bila mereka senyap aje di alam maya ni.
Post a Comment