nuffnang advert

Thursday, January 14, 2016

Muzium Kapal Selam, Klebang

Assalamualaikum semua...

korang pernah tengok real depan mata kapal selam?
tak pernah?
moh la datang Melaka, moh kita visit Muzium Kapal Selam kat Klebang ni...
korang jangan la dengar muzium je rasa macam bosan...hahaha...
ni muzium best punyaaaaa...

weehuuu...dah sampaiii..
paling teruja nak sampai sini adalah anak aku si abang tu la...
dari rumah lagi asyik duk tanya...
mama, kita jadi tak tengok kapal selam?
grrrrr...tak sampai Melaka pun lagi...dah asyik tanya kapal selam...
dah sampai, mmg teruja habis la dia...

harga terkini tiket masuk...
hari tu aku google masuk blog mana ntah..
masa tu dia pergi tiket masuk baru rm1 sorang...huhu...

uiiiii...besarnyaaaaa....panjangnyaaaa...
ish ish...macam tak caya dapat tengok depan mata...
aku rasa siapa sampai Melaka tak singgah sini mmg rugi la...
sebab bukan senang nak tengok kapal selam ni...
selalu tengok dalam movie omputeh je kan...

masa ni panas berdenting weiii kat Melaka...
dapat cendol sodap neh...hahaha...

tangkap si Junior...eiii geram tau dengan dia tu...
kemain susah ajak bergambor...
tengok la muka tak ikhlas dia bergambo tu...grrrrr...

ok, anak2 dan hubby semua masuk dalam kapal selam ni...
aku tak masuk la...sebab baca dalam blog2 kata ruang dalam ni sempit...
aku ni ada spesis takut pada ruang sempit...
jenis tetiba rasa macam tak bernafas...huhu...
dan bila rasa macam tu, tetiba aku punya athma pun akan attack..
ntah apa2 kan...macam ada fobia gitu lah...
padahal aku teringin sangat nak tengok keadaan dalam kapal selam ni...
tapi takpe lah...mintak hubby ngan anak2 citer je la kat aku...
dan mintak tolong hubby snap kan gambar kat dalam ni...

 ok tak faham menatang apa ni...

macam ni lah ruang nya...sempit dan muat untuk sorang punya laluan...
takde makna nak jalan pimpin tangan ke apa ke ye..hahaha...
dan lepas tu hubby cakap tak boleh nak belek lama2 sangat sebab orang belakang pun nak jalan jugak...
jadinya tengok sekali jalan gitu lah, terussss sampai habis lorong dan terus keluar...gitulah..



 atas ruang tidur, bawah ruang makan...


 ok, tak faham apa pun pasal ni...hahaha...

ko tengok sempit kan...
aku tengok pic ni pun aku dah sesak nafas...huhu...

 takpe lah, dapat tengok luaran kapal selam pun jadik lah...

yang penting berjaya buat abang happy...
dia yang nak tengok sangat...
melopong2 dia tengok kapal selam ni...

kapal selam ni adalah kapal selam latihan krew2 Kelas Perdana Menteri tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebenarnya...dan asalnya ianya milik bekas Tentera Laut Perancis dan Malaysia beli dengan nilai 3.4 bilion...
kerja2 membawa pulang kapal selam ni dari 7/10/2011 hingga 12/11/2015 oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan akhirnya diserahkan kepada kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium...



 korang kalau nak visit sini, ni details:


Dataran 1 Malaysia, Klebang, Melaka.
dibuka dari 9 pagi hingga 5.30 petang

20 comments:

Anum said...

hebatnya kat dalam kapal nie

AnneRaini said...

mmg sempit weh...nasib ada econ. kalo x akupun lemas.

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpnh p lg..heee lama x ke melaka

norhidana said...

waaaaaaaaaaaaaa mau melopong nengok kebesarannya... terjakun kejap kalu dpt nengok dpn mata

kalu suh masuk mmg aku pun takmo, compom panas n sesak... compom kene asma aku dlm tuh...
tp yelah... camne lah nk duk dlm tuh lama2 kan... mmg kene kuat mental anggota2 marin nih kn

lisa_sadry said...

beli mahei utk d jdkan muzium rupanya..blm lg beli utk kegunaan pertahanan sebenar..lg mahei la kot ye

amirah said...

iyelah kan...rasa cam leh sesak nafas aje...

wahida said...

lisa sadry: kapal selam ni mmg digunakanlah nok...bukan beli mahal sebab semata2 dijadikan muzium...mmg dah digunakan lama kapal selam ni oleh TLDM, dan bila penggunaannya dah terlalu lama, Malaysia decide utk bwk balik jadikan muzium...

Liyana Anuar said...

ok..br nk ckp beli mhl2 buat muzium je td..nasib baca komen atas..hehe..

sy kg melaka tp xpenah sampai lg..sbbnye kalau blk mesti time cuti je..kalau cuti jemmm terukkkk..huhu..tak sanggup tempuh

satu lg, melaka mmg panas..husband slalu komplen kalau blk mlk, nasib bek ada aircond dlm bilik..hehe

akubiomed said...

3 kali ke Muzium kapal Selam ini. Pertama semasa belum buka pada orang ramai, intai dari luar jer. Kedua tidak boleh masuk didalam kapal selam. Kali ke 3 barulah dibuka kepada orang awam untuk masuk ke dalam kapal selam.

Tidak jauh dari tapak muzium kapal Selam ada kawasan tambakan pasir laut dipanggil Dune. Ia menghala ke Selat Melaka.

Fazleyatul Aini said...

weh saya tak pernah pergi muzium tu kak hahahaha malu ai

monalea said...

kalau dpt adli ke sini, semua dimasuknya ni..

adarnadzmie said...

sure anak2 akak pun teruja nak pi muzium gini...

bestkan... dpt tgk sambil tu belajar pasal fungsi kapal selam...:)

miss eimanhikmah said...

dulu dh nmpk dr pantai klebang tp xde rezeki nak masuk time tu,,

Salina@IbuAqil said...

Teringin pulak nak p sis..
Ni kalo bwk aqil ni suka sgt dia..
Dia suka kapal2 nih...
Huh!! Cuba dok bygkan kalo kena tggl lama dlm kapal ni..
Sesak nafas komeeeeeee..

Inani Hazwani said...

Tak pernah sampai lagi sini. Bestnyaa!

Unknown said...

beso nya kapal selam tu
orang tua pun tinginlah nak masuk kesini Ida..

Qhaifa Nur said...

Pergi dah...time pergi tuh org rmai...tahu ajalah kapal selam.bkn besar mana dlmnya...mmg x puas tgk..

Raihanah Ahmad said...

salah satu destinasi mesti pergi jika ke melaka

Raihanahahmad said...

belum pernah lagi ke sini, menarik juga tempatnya

ain.ya.nun. said...

Sempitnya lahai ruang dalam kapal tu. Ruang tulah yang dihadap oleh anggota TLDM selama di laut.