nuffnang advert

Friday, December 4, 2015

Dengki.

Assalamualaikum semua...


Benda bertahun ada dalam almari,
tak pernah sekali pun kita nak pakai.
tak pernah kena gaya.
tak pernah rasa sesuai.
kita nak buang, adik nampak - dia nak.
adik pakai nampak cantik.
kita mintak balik.

Dengki.
selalu kan, macam ni?

Kita cuma nak benda yang kita dah lama tak nak bila orang nak dia.
selama hak kita, haram kita peduli.
bila ada yang sudi,
tiba tiba pulak kita nak kembali.

Kan?

kita tak suka tengok orang lebih,
kita tak seronok bila orang bahagia.
kita selalu rasa kita lebih tahu layak-tak layak- seseorang itu hanya kerana kita fikir kita baca karektor dia makanya kita tau.

kita selalu lupa,
hati manusia, kejahatan dan kebaikan manusia,
dosa dan pahala - semuanya Tuhan punya kerja.

kita dengki tengok senyuman orang,
kita pertikai kenapa.
kita dengki tengok amannya orang,
kita isukan bagaimana.

sebab hakikatnya kita nampak yang kurang adalah kita.

orang yang mempunyai lebih takkan berdengki.
persoalannya: apa yang lebih dan apa yang tak cukup lagi?
itu saja.

dan kita biasanya buta dengan apa yang kita ada.
selalunya berkehendak benda yang bukan hak kita.

kerana itu ada orang lebih kaya berdengki dengan orang papa.
didengkikan bukan jumlah wang,
tapi kebahagiaan si papa miliki walau hidupnya di dalam kurang.

kita cuma nak bila kita tak ada.
itu biasa.

nampak orang pakai i phone, kita pun nak.
bila dah dapat, selamba dicampak2.
kita cuma sayang perkara yang kita tak pernah ada.

biasa.

ada banyak jenis dosa dalam dunia.
dosa dengan Allah itu mudah lunasnya.
sesama manusia itu lain ceritanya.

haih.

apakah ubat dengki?
mendoakan kebaikan sesama kita.
mengikhlaskan bahagia untuk semua.

sayang sesama manusia.
lihatkan kita semua adalah satu.
jadikan kebahagiaan orang kebahagiaan kita.
lupakan kita ini sekadar individu.

sentiasa beringat, Allah itu Maha Adil.
dan merasakan orang lebih dari kita dan kita kurang dari semua itu dosa.
adalah mustahil untuk Allah tidak sama rata.

kita sentiasa ada lebih di mana2 orang kurang.
sama jugak orang sentiasa ada lebih di mana2 kita kurang.

try to be happy for others.
InsyaAllah, bila semua lakukannya,
bila others be happy for us jua,
dunia jadi lebih bahagia.



Kredit: instagram Fynn Jamal


#muhasabahdiri
#astaghfirullahalazim
#semogaistiqamah

16 comments:

idzwa kamaruddin said...

kannn hidup tak berdengki lagi aman kan ;)

Kakzakie Purvit said...

Utk menjadi jiran baginda rasulullah di syurga kelak satu darinya jauhi dari sifat dengki. Mampukan diri kita? Kalau Ye jawapannya Insya-Allah kita dpt jadi jiran Baginda. Kakak terkedu memikirkan diri kakak yg tak sempurna ini.

norhidana miswan said...

huhuhu kadang tanpa sedar kita terlalu ikutkan perasaan dengki tuh....

moga kita sama2 beringat

ain.ya.nun. said...

Don't worry, be happy, nobody rugi.
=)

NM03 said...

perenggan pertama aku baca, mesti aku scroll ke bawah






soheh... fyn jamal



scroll ke atas balik dan teruskan membaza

shida said...

:-)

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Semoga kita semua dijauhkan diri sifat dengki tersebut.

Jobdirumah Buat Duit said...

Kena banyak berdoa pada Allah. Agar dijauhkan diri sifat dengki ini.

OhPanduan said...

Susah juga nak hilangkan sifat macam ni. Kena doa agar Allah jauhkan diri dari sifat sebegini.

tiga lalat said...

insaf mak kanns., ;p

Azian Elias said...

Happy always.. buang segala perkara negative.

NEKCIK said...

Redha dengan apa yang ada..tumpang gembira dengan apa yang orang ada..
insyaallah hati akan lapang

Bunda_nora said...

Lumrah manusia yang tak boleh tengok orang senang...

Inani Hazwani said...

Setujuu sangat :)

LYAfrina said...

deep....

Nafira usof said...

sesuai sgt utk muhasabah diri kan~