nuffnang advert

Friday, November 20, 2015

Allahumma 'alaika bi fulaani wa fulaan

Assalamualaikum semua...


Abu Jahal adalah antara yang bersungguh sungguh membenci Rasulullah.
ada sahaja yang hendak didengkikan,
jenis orang tak usik aku pun, aku nak kacau.

Bukan bermula dari kenabian, sebenarnya.
tapi jauh sebelumnya,
di masa remaja, dia pernah dikalahkan baginda (dia kacau dulu, kira self defense)
dan tambah lagi sakit hati, dia pinang Khadijah - ditolak.
tapi beberapa minggu lepas itu Rasulullah diterima pulak.

haaa, faham kan jenis apa Abu Jahal tu?

selepas kenabian Rasulullah,
makin menjadi jadilah busuknya Abu Jahal,
dan di sini lah aku hendak ceritakan tentang pada suatu hari itu.
Bismillah.

pada suatu hari, sedang Rasulullah solat dan berada dalam sujudnya,
Abu Jahal bertanya,
"aku ada tahi unta, banyak dari ladang, siapa nak baling ke Muhammad?"

Celaka.
Benar celakalah kau Abu Jahal kerana bersengaja mengharami Rasul aku.

dalam konco2 Abu Jahal,
bersetujulah si Uqbah Abi Mu'aith,
"aku boleh"

tipikal, kan?
nak sangat geng kita nampak cool,
nak sangat rasa 'aku gempak' di kalangan kawan2,
kita sanggup melakukan benda2 menjahanamkan kita sendiri.
Astaghfirullah.

Uqbah lalu melontarkan najis unta kena ke punggung Rasulullah yang masih sujud.
Allahuakbar.
Betapa kering dia mencabar...
Rasulullah terus dalam sujudnya.
Datanglah Fatimah yang masih remaja membersihkan bapanya dengan penuh kecewa dan amarah.
tapi apalah daya dia selain berkeluh kesah?

Apabila bersih punggung baginda itu,
barulah Rasulullah bangkit dari sujud.
Ditadahkan tangan dan terus melafazkan:

Allahumma 'alaika bi fulaani wa fulaan
(sambil menyebut nama2 mereka: Abu Jahal, Uqbah, dan semua yang mengganggu baginda)

Ia bermaksud:
Ya Allah Ya Tuhan kami,
kepadamu lah aku serahkan fulan dan si fulan untuk Kau sendiri uruskan.

Nota:
'fulan dan si fulan' dalam bahasa kita faham adalah 'etc' atau 'sekian sekian' maksudnya letaklah nama yang dikehendaki.

Allahuakbar.

Tidaklah bersegera balasan Allah pada mereka2 yang celaka.
tapi keadilan Allah itu pasti.
dalam keadaan hina, dia ditawan musuh dan diseksa hingga mati.

Orang sakitkan kita? Biarkan.
Orang malukan kita? Biarkan.
Orang berniat buruk pada kita? Biarkan.

Mereka bukan hak kita untuk uruskan.
serah pada Allah.

Serahkan.


Kredit: Instagram Fynn Jamal


#muhasabahdiri

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

singgah jumaat

nuyui a.k.a miss YUI said...

pnuh pengertian dan mksdnya tu kan kak..

Azian Elias said...

nice sharing dear...

Kita ada ALLAH.. biarlah apa org nak buat..

Alin Marlini said...

penuh puitis