nuffnang advert

Friday, January 30, 2015

5 days to go

Assalamualaikum semua...

fuh, baru balik dari assembly bersama pak menteri,
tengok pulak slide2 mangsa banjir,
sedih sangat rasanya tengok mangsa banjir kat pantai timur tu,
insafffff...
tiada siapa boleh menidakkan ketentuanNYA.

ok lah, tak boleh nak update banyak,
ada banyak benda nak kena settle sebelum cuti panjang minggu depan.

aku tinggalkan korang dengan pic instagram aku yang laju dapat 'like' dari korang...hahaha..


ciku ni baru kuar dari peti sejuk,
dah la manis, makan sejuk2 pulak tu,
umak aiii, memang heaven lah...

minggu depan aku cuti panjang,
bermula dengan cuti Hari Wilayah yang jatuh pada Ahad ni,
bersambung dengan cuti gantian,
dan berterusan pulak dengan cuti Thaipusam,
lepas tu aku sambung lagi untuk cuti cuti honeymoon,
kiranya seminggu untuk minggu depan aku tak kerja,
wahhhh, bestnyaaaaa...

korang doakan perjalanan kami ke Koh Samui selamat ye,
kami pergi sempena meraikan hari bahagia kami yang ke 10 tahun,
nanti aku pergi sana siap pakai inai lagi tau,
maklumlah nak feeling pengantin baru,
hahaha..aku kan over...
inai pun dah sampai kat tangan aku,
sekarang misi nak cari baju tidur yang seksi gitu...auummmm..
kahkahkah...jangan meluat okeyyy...

ok ok melalut dah ni,
banyak benda nak kena buat ni,
nak pi print flight schedule,
print hotel booking,
nak apply cuti,
nak kemaskini itinerary,
nak amek ubat,
nak transfer pic dari henfon ke external,
(nak kosongkan memory card sebab nnt kat Koh Samui mesti banyak pic aku tembak)
eh, duit pun tak tukar lagi ni tau...huhu...

so, sepanjang minggu depan,
blog ni akan sunyi...tiada entry,
korang sila rindukan aku...ekekek...
InsyaAllah, tiada aral,
kita bertemu kembali pada 09/02/15 ok...
tapi aku akan aktif instagram macam biasa,
InsyaAllah aku akan kembali dengan entry2 meraikan 1 dekad.

Thailand, kami kembali.

17 comments:

Anum said...

perghhhhhhh ciku sedap

Lynda Che Lah said...

selamat terbang..selamat kembali..
share cerita koh samui kak..nak pegi!

mama eija said...

sedapnya ciku.. lama tak pekena... dulu kecik2 selalu pnjt pokok ciku.. hihi... walawehhh pi honey pulokk... bestnya... selamat pergi dan selamat pulang... bw balik ole2 utk ktorg yea... :D

suwara entertainment said...

semoga segalanya dipermudahkan..take care ye kak..update insta k..hehehe

Kakzakie Purvit said...

Selamat berhoneymoon Wahida. Pergi semua atau berdua aje ni?

Kalau nak tinggalkan junior pada kakak apa salahnya kakak jagakan:)

GREENJADE said...

happy honeymoon & enjoy yr vacation beb!

wahida said...

kakzakie: saya pergi berenam kak...pegi 3 couples...tanpa anak2...huhu...
akak duk jauh sgt...kalau dekat mmg saya hantar dah jr tu kat akak...hahaha...

norhidana said...

sama ngn lieya latif la ek, yg ke 10 jgk kan...
semoga selamat dlm perjalanan n selamat berHM kak

NEKCIK said...

hepi holiday and anivessary too...take care

Nieda Ramly said...

happy honeymoon...si kecik letak mana?

Papaglamz said...

Pos sket ke kuantan pleaseee.. Hahah

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga semua bjln lncr ya kak..aamiin..

LYAfrina said...

sedapnya...dh lama giler x mkn ciku..dh lama x jumpa..dulu kait kat pokok je..pokok tu pon dh x wujud.. mkn y baru kluar peti ais mmg sedap..sejuk2 aje

wowww..syoknya..selamat bercuti..

eima said...

Waaaahhhh bestnye selamat ber honey moon...

nur anis said...

sedapnya tengok ciku tu..kak...syoknyaaa honeymoon...

Cho Zila said...

selamat berhoneymoon.. syioknyer ... ramai dah ke sana.. tak sabar nak tunggu cerita di sana...

Cik Ecah said...

buah ciku!!!!
tgk pun dah dpt rasa sedapnyaa rasa!

amboiii ke koh sa mui ko kak...
sonoknyaaaa ;)