nuffnang advert

Thursday, November 20, 2014

Edisi Junior: rawatan sonotron untuk bayi batuk berkahak di Klinik Dr. Fauziah

Assalamualaikum semua..

aku ada post pasal rawatan sonotron di instagram aku
rupanya ramai yang tak tahu pasal rawatan ni
dan mintak aku review dalam blog
aku pernah dengar pasal rawatan ni tapi tak pernah cuba la

meh la aku cerita condition anak aku si junior tu
awalnya dia cuma demam biasa disusuli dengan batuk
lepas tu demam dia baik
tapi batuk dia makin teruk siap dengan kahak lagi
lepas tu dia demam balik, batuk kahak pun makin menjadi2
melarat hampir sebulan lamanya dia punya batuk kahak tu
sambil demam dia on off

awalnya dah pergi klinik biasa
ambik neb
tukar susu
makan ubat
tak jalan,
gi klinik Dr. Nadir
sedut kahak
tetap kahak dia banyak lagi
batuk makin teruk
aku bawak dia gi hospital
siap dah standby beg baju takut anak kena warded
tapi doc cuma bagi neb je lagi
tak bagi ubat pun
doc kat sepital suruh continue je dengan ubat yang Dr. Nadir bagi
balik rumah junior makin teruk
aku keje pun dah tak tentu arah dah masa tu
kejap2 ambik cuti
dah buat kaedah percussion jugak kat rumah
percussion dengan air panas wapkan kat muka junior
tetaplah keadaan junior macam tu jugak
makin teruk, dan kami laki bini sangat lah susah hati
serius aku cakap, jiwa aku tak tenang sepanjang junior sakit
pengasuh pulak sekejap2 whatsapp kat aku
cakap junior mengamuk dan meragam
makin lah aku tak senang nak buat keja
nak cuti selalu bukan boleh

sudahnya ada kawan2 hubby yang rekemen rawatan sonotron ni
mak aku pun dah bising suruh gi treatment sonotron
so, bergerak dengan pantasnya lah kami mencari rawatan sonotron ni

ha, mcam tu lah alat sonotron tu
dia cuma halakan alat tu kat tempat yang sakit
tanpa menyentuh badan pesakit la
dia buat ni dalam 15 ke 20 minit macam tu lah
dah buat kat dada, buat kat belakang badan pulak
rawatan ni tak menyakitkan pun
junior pun tak menangis langsung
siap gelak2 lagi dengan nurse tu, hahaha
cuma bunyi alat ni bising sikit la..
kiranya rawatan sonotron ni macam rawatan frekuensi rendah radio
aku tanya kat nurse tu
rawatan ni dari mana asalnya, dia cakap dari UK

lepas dah buat rawatan,
doc cakap kahak akan keluar melalui hingus atau najis
tapi si junior ni keluar hingus dia sikit sangat
tapi serius aku cakap lepas je buat rawatan ni
dia buang air besar banyakkkkkk kali
dan najis dia memang berlendir okeyyyy
masa tu aku rasa happy sikit sebab dah keluar lendir junior
dan kami buat rawatan sonotron ni 3 hari berturut2
dan sepanjang tu lah junior asyik berak2 cair
sekali dengan lendir
ya Allah, masa tu hanya Allah je yang tahu
betapa aku lega sangat tengok junior getting better
tidur malam pun dah tak meragam lagi
susu pun dah kembali selera minum

ni details kalau sesiapa nak buat rawatan sonotron tu
tak semua klinik ada buat rawatan sonotron ni
doktor dia pun baik sangat...i likeeee
aku kurang pasti berapa harga sonotron ni untuk sekali rawatan
tapi kalau tak silap rm30
boleh kol nombor tertera untuk tanya harga
sebab klinik termasuk dalam panel klinik hubby aku
so, aku tak tahu berapa harga dia sebenarnya

sekarang ni Alhamdulillah
junior sihat sangat
dan harap2 akan sihat selalu lah
eh, orang dewasa atau kanak2 yang dah besar pun boleh buat rawatan ni tau
dan dia bukan sekadar untuk batuk berkahak je
rasanya utk sakit2 sendi pun boleh

Alhamdulillah kami dipertemukan dengan rawatan ni
di saat kami semakin buntu dan hampir putus asa
Allah mempermudahkan jalan kami
Alhamdulillah
Tq so much sonotron!
Lepas ni kalau anak2 batuk je laju2 buat treatment ni. heh.

41 comments:

AnneRaini said...

good info...dah tau mana nak tuju kalau anak2 batuk teruk.

MizzTina said...

trm ksh share sbb anak sy pun kerap batuk, demam n selesema.. sedut kahak xbuat lg sbb org kata sakit.. xsampai hati..

e k i n ♥ y u s r i said...

good info
tq kak

NM03 said...

ok, aku nak buat kat lutut... moga2 lepas ni boleh larik tanpa henti kat atas treadmill


ohmaigudnesss

kam-on!

>_<

faraherda.razalan said...

Beb, 1000000000x tq. Boleh kejar ke sana utk anak-anak. Especially anak yg bsr ni. Bagus sgt ni!

rasp said...

thanks for sharing info yg bagus camni...

Alhamdulillah, rawatan ni sesuai dgn jr...
memang lega bila kita tengok anak kita makin sihat...

wahida said...

NM03: ko jangan nak keji sangat boleh tak??

haha.

wardah @ fie shah said...

Entry yang ditunggu-tunggu. Tq noks. Terus aku save no klinik tu. Uhuhu. Umar pun senang gak kena batuk berkahak ni. Semoga Junior terus sihat dan comel selalu. Muahh ciked...

Nurulhuda Abdul Latip said...

Klinik panel kat tempat aku pun ada rawatan sonotron ni jugak biasa buat kalau sakit sendi je, first time tau boleh untuk batuk berkahak.

amirah said...

memang bagus pun sonotron ni..alternatif la kan,,..

wida said...

bagus kan rawatan ni..tak menyakitkan budak, alhamdulillah junior dh sembuh ye

Ainim Suju said...

kalau aku buat kat lutut aku yg sakit ni agak2 boleh ke?

Salina@IbuAqil said...

Alhamdulillah sis..
JR semakin sihat...
Inapun baru tau pasal rawatan ni..

lia ummiirfan said...

wahh! Ada ekk alat gini.. boleh try.. anak saya pun suka batuk berkahak.. tq for sharing the info dear..:))

wahida said...

ainim suju: boleh nok..aku tgk ari tu kat senarai, salah satu sakit yg boleh dirawat dlm rawatan sonotron ni sakit lutut..

idzwa kamaruddin said...

bagusss sebab masuk panel..boleh pegi...

idzwa kamaruddin said...

bagusss sebab masuk panel..boleh pegi...

eima said...

aku pun tak penah dgr ... good sharing dear

Makcik Anak 3 said...

good info..semoga jr. cepat sembuh yer..

Diana Rashid said...

kat sini tak tahu la ada ke klinik yang buat rawatan ni..harap2 ada..kena google nih..TQ ye..

ain.ya.nun. said...

Ok, first time tahu pasal sonotron ni. Dah mcam sinetron pun iye juga.

Mimy Hamid said...

yahoo,tq nok....br tau rawatan ni..klinik fauziah ni panel ...harus pegi nnt

GREENJADE said...

Alhamdulillah junior serasi kekdah ni..mmg x senang duduk bila anak batuk2 berkahak ni...aku pn pernah kena gini smpaia amik cuti 2 mggu pantau si hero tu...uhuhu

niway, gud info beb..pernah dengar sonotron ni..tp xtau camne kaedahnye..now i know oledi maa...tq tq

Liyana said...

wah terbaik lah kak. lepas ni g klinik mana2 kena tnya rawatan sonotron ni ada ke tak? mcm lg ok dari bagi ubat kannn :)

dalila said...

perkongsian yg bagus.. tq :)

norhidana miswan said...

xpnh dgr nih kak... tp skrg mcm2 rawatan dh kan, dulu sedut kahak tu je yg biasa dgr, even kt hospital lps aiyan kene op aritu pun kene sdt kahak...

Balqis said...

hai...wah!!new info...
sy slalu bawk ank ke pusrawi je..utk neb n doc bg ubt makan..alhamdulillah ok..
pnh gak xray nk tgk kahak..mmg byk..so doc decide utk masukkn ubt kt tgn tu...aoucchhhh...tp alhamdulillah :)

bby now mmg super sentive kan
btw, cpt sihat tau!!

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam kak wahida,
thanx for this info
nak kena cari kat penang ni

Ana Sofiey said...

Assalamualaikum...
Baby sy 20 hari jangkit ngn abgnye batuk... Saya dah search kat ipoh x jumpe pun rawatan ni... Sape tau kat ipoh ada kat mana...

Farah said...

Bismillah,

saya pun baru tahu tentang rawatan sonotron nie...
tq for the detail info

dalila said...

sy nk try..
baby dh lame sgt batuk..risau rase..

KHAIRIYYAH NAJWAN Salimin said...

Dulu sy staff situ. Wat sonotron utk pesakit. Heaven.

Anonymous said...

Bagus sonotron ni. Saya slalu pergi yg kt Bangi.. Selesa nk bwk ank2 Sbb cm rumah da.. Boleh buka kasut bgai. Nati de msa sy update info kt Sini.. Sharing is caring. Yg bestnya lagi die boleh buat 24jam..klu emergency.. Tpi pepun kene kol Dulu confirmkn. :)

Anonymous said...

Ni alamat n no phone kt Bangi

Pusat rawatan sonotron tawakal

Lot 1115 jalan sejahtera
Kg teras Jernang batu 21
43650 b.b.Bangi

019-4007258

Munauwarah Saamin said...

Tumpang kongsi info..pusat rawatan komplimentari pon ada wt sonotron ni..ada branch kt senawang..kluang..jb..rawang..rm35 utk knk2..rm50 dewasa

Munauwarah Saamin said...

Tumpang kongsi info..pusat rawatan komplimentari pon ada wt sonotron ni..ada branch kt senawang..kluang..jb..rawang..rm35 utk knk2..rm50 dewasa

jebat said...

Assalamualaikum puan.. boleh sy tahu nama penuh pusat rawatan komplimentari nie.. sebab sy di seremban..

jebat said...

Assalamualaikum puan.. boleh sy tahu nama penuh pusat rawatan komplimentari nie.. sebab sy di seremban..

Miss Ena said...

As salam puan munauwarah..bole kongsi x pusat rawatan komplimentari di jb?nama pusat atau alamat ke?no tel ke?..

22_new wOrld said...

Kat jb kat mane ye? Search xdpt2

ila comey said...

Penang ada x