nuffnang advert

Thursday, September 11, 2014

Edisi Junior: kronologi kelahiran Junior

Assalamualaikum semua...

Sepatutnya entry kronologi kelahiran Junior ni aku buat lama dah
Tapi apa kan daya, mencari ruang untuk menulis panjang lebar sangat terhad
Sebab tu lately ni aku lagi prefer masukkan gambar2
Biar gambar je yang bercerita, heheh

Tapi kronologi kelahiran Junior ni aku kena titipkan juga kat blog ni
Sebagai kenangan kami sekeluarga
Junior dah besar nanti pun boleh baca macam mana mama dia bersalinkan dia

Waktu entry ini ditaip Junior dah pun berumur 68 hari

Untuk pertama kali dalam kehamilan aku
Doktor bagi aku dua tarikh EDD
Satu tarikh ikut period (12/7/14)
Dan satu lagi ikut tarikh scan (4/7/14)
Tak pernah aku dapat dua tarikh EDD mcm ni, confuse mak jemah

Dan mengikut history aku sebelum ni
Kedua2 kelahiran aku adalah 'on time'
Doktor bagi tarikh sekian sekian, tarikh tu jugak la anak2 aku keluar
Tak cepat, tak lambat, punctual gitu...ekekek

Di hujung2 kehamilan aku masih bekerja
Alhamdulillah masih larat berulang Rawang - KL - Rawang dgn naik motor
Hubby tanya nak naik keta ke tak sebab dah sarat sangat dah ni
Nak naik keta tu mmg best la, tapi tak sanggup nak hadap jem pepagi..huhu...
Aku rela naik motor

4/7/14 - 4 PM - at office

Gi toilet, nak buang air
Sekali tengok eh, ada darah la!
Telan air liur jap, terkedu sebab aku sebenarnya tak ready nak bersalin hari tu...haha
Doc ckp ikut tarikh period 12/7 tu
So aku ingatkan lambat lagi lah nak bersalin
Tapi bila dah keluar darah macam tu, memang petanda la tu

Balik dari toilet, terus bgtau member sekerja yang ada kat situ
"Lynn, aku dah keluar darah la weiii"
Member pun cuak...hahaha

Terus wasap grup kat Geng Antu Jepun ckp dah keluar tanda
Aku kalau boleh semua orang aku nak bagitau yg aku dah keluar tanda, ekekek
Apa lagi, gelabah la geng2 aku tu
Cepat2 suruh aku gi sepital la, apa la
Pastu aku wasap kat hubby pulak
Hubby bukan main gelabah bila aku ckp aku dah kuar tanda
Terus dia nak ambil aku kat ofis
Aku cakap tak yah la rushing
Ada lagi sejam sebelum waktu keje abis
Better genapkan sampai pukul 5 baru balik
Tapi hubby tetap la nak datang amek aku dan dan tu jugak

Hubby dan kawan2 suruh aku pi sepital terus
Macam mana aku nak gi sepital sebab aku tak rasa sakit langsung
Aku malas la nak serah diri awal2 kat hospital selagi tak sakit
Tak kuasa nak masuk wad la heh

so balik tu sempat la temankan hubby dan anak2 berbuka puasa
aku mmg rilek je la, boleh buat kerja rumah lagi time tu
call adik ipar aku mintak datang rumah
mintak tolong jagakan anak2 aku while aku nak deliver at anytime
tq farini tolong jagakan anak2 along..
sambil2 tu aku call mak dan mak mertua aku
mintak maaf bagai dan cakap aku akan bersalin bila2 masa

5/7/14

dah masuk 5 hb tengah malam
tetap tak rasa sakit
mek jah call hampir pukul 1 pagi 
dia tanya, 'jah, ko dah bersalin ke?'
aku jawab la 'belum'
'habis tu ko kat mana ni?'
'aku kat rumah la, tgh main candy crush ni'
'hooiiii nak beranak pun sempat ko main game ye?!'
muahahaha
mmg la sempat je, dah aku tak rasa sakit apa pun

jam menunjukkan pukul 5 pagi
siapkan sahur utk hubby dan abang
masa tu aku dah start rasa sakit sikit2
dah mula rasa contraction selang 15 minit
ok, moh la kita gi sepital

sampai sepital lebih kurang 6.30 pagi
dah register, macam biasala
nurse tanya mcm2 soalan
ada penyakit yang bahaya tak, bla bla bla
soal siasat je makan berjam2...ekekek
 
pastu doc nak check bukaan
first time check dah buka 5 cm
selang setengah jam dah buka 7 cm
terus tolak ke labour room
masa ni masyaAllah,
Allah je yang tahu betapa aku dah sakit sangat

ok, dah tiba masa utk beranak dah ni
nurse pulak dah mula panggil hubby yg duduk kat luar utk masuk labour room
hubby masuk bagi support, usap2 kepala aku
masa tu aku dah berpeluh2, aku pegang tangan dia
ok, time utk meneran
aku teran sekuatnya, hubby cakap kepala baby dah nampak
doctor dan nurse cakap "bagus puan, kuat lagi puan"
"sikit lagi puan", ha gitu, terngiang2 kata2 dorang sampai sekarang
dan Alhamdulillah, 4 kali teran, Junior comel pun keluar

so, sampai situ je la hubby temankan aku
sebab lepas tu aku kena jahit pulak
oh, jahitan kali ni sangat sakit ok...
nyammmpahhhh...

gitulah serba sikit perihal aku bersalinkan Junior
bersalin kali ni mudah sama jugak masa aku lahirkan adik
Alhamdulillah...

 tepat 10.30 pagi bersamaan 5/7/14 Junior dilahirkan
terima kasih Junior kerana bagi kerjasama yang baik masa mama melahirkan kamu
terima kasih jugak sebab kehadiran awak buatkan mama dan daddy bertambah happy
we love u so much sayang


24 comments:

Anum said...

alhamdullilah
bertambah lagi ahli keluarga

wida said...

serius kak naik motor time dah sarat pon? wahh...hehe

Ena said...

Alhamdulillah..
Allah permudahkan semuanya
syahdu pulak kita baca
sob sob

cheqna said...

4/7/2012???
Ekekekek
ko kan kak..hahaha
apepun..tahniah kak dengan kelahiran junior..

Bitt (double IS) said...

alhamdulilah...

wahida said...

Cheqna: haha typo la tu..tq cheqna sayang, nnt I edit. .hehe

eima said...

wahh alhamdulillah cukup mudah ....

emarieys said...

Alhamdulillah, kenangan ketika bersalin tu....apapun tahniah diucapkan atas kelahiran baby junior.

norhidana said...

tersentuh hati baca kak.... betapa mudahnya ko bersalin kak... alhamdulillah syukur sgt2 y ek....

ko punya selamba badak siap boleh main game lg lps dh kuar darah, kalu org lain mau dh msk ward dah merelakan diri disoal siasat dek nurse2 kt sepital

ko bersalin kt sepital mana kak?

wahida said...

Norhidana: aku bersalin kt sepital sg buloh nok..

Ena's Stories said...

aduh..bila baca ni terkenang semasa bersalin dulu

apapun tahniah wahida

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

tahniah..

AnneRaini said...

bestkan kalo beranak senang ni...husband aku siap suh beranak lg taun dpn sbb senang katanya..banyak cantik.

Kakzakie Purvit said...

Walau dah keluar tapi bila baca kakak tetap suspen. Ngilu rasa bila kata jahit. Selamat dah pun kan:)

Eye_nee said...

tetap terasa takutkan beb..tp inilah kita kan..Seorang Wanita yg Allah berikan kekuatan menahan kesakitan saat melahirkan..ALhamdulillah...

Ann Ishak said...

bunyi macam mudah tapi tetap ada sakitnya kan...alhamdulillah dipermudahkan semuanya :)

ain.ya.nun. said...

Haha. Seeloknya gitu, tak sakit lagi toksah serah diri kat sepital.

=)

akubiomed said...

Apa yang penting bayi selamat dilahirkan dan sehat. Tidak ada komplikasi.

wahida said...

Diana: nama dia raeed, ye tu pic jr beberapa jam slps dia lahir..

amirah said...

rasa sebak baca entri ni..adoiii...takut nk rasa nk brsalin lagi ni...berdebarrr

wahida said...

Amirah: weh beb, ko preggy ke?

Tie HT said...

cute nya si junior wahida ni :)

Mulan said...

Alhamdulillah dipermudahkan semua nay.. Mmg comeeell junior mcm mummy nya...

Fiza Rahman said...

Alhamdulillah. Proses bersalin dipermudahkan olehNYA.