nuffnang advert

Monday, September 22, 2014

dah gaduh, gaduh je la, apehal nak pinjam pen aku pulak?

Assalamualaikum semua...
Amek ko, tajuk sikit punya panjang
Mcm best pulak letak tajuk panjang cenggitu, kihkih

ya ampunnnn, bercinta pulak lately ni nak update blog, hadoiiii...
tapi minggu lepas minggu yang best buat aku
minggu hepi utk aku
hepi sebab dapat jumpa kawan2 lama
kawan2 lama aku masa sekolah menengah dulu
20 tahun punya citer weh
nanti bila ada masa free aku update pasal mini reunion sekolah aku

al kisah, satu whatsapp group ditubuhkan utk ex SAMTAJ 93-97
tapi korang tau je lah kan, whatsapp group cuma boleh muat 50 participants
dan oleh kerana ex SAMTAJ ni dah lebih 50 orang
kami decided beralih kepada app telegram
sebab telegram boleh memuatkan hingga 200 participants

dan dalam group Ex SAMTAJ ni ada sorang yang paling aku carik selama ni
kami memang lost contact habis
memang aku tercari2 Monalisa ni
Alhamdulillah, telegram group menemukan kami kembali
dia ni best friend aku masa Form 1 dulu
duduk sebelah aku
dan aku dengan dia mmg selalu bergaduh, ekekek
gaduh siap tarik2 tudung tau
ala, gaduh2 manja gituww

bila aku dapat tau je dia ada dalam group,
terus aku private telegram dengan dia
so, bersembang panjang lah dengan dia
mengimbau kembali memori silam kami
heheh



hadoiiii, part aku tak bagi dia pinjam pen tu memang sumpah aku tak ingat
kahkah
ye lah kan, dah ko tengah gaduh dengan aku kan
pegi lah pinjam pen dengan orang lain
yang ko nak pinjam pen dengan aku apahal
memang tak lah aku nak bagi kan
nama pun tengah perang, muahahahaha

sorilah mona, atas perbuatan aku yang terkutuk itu
ekekek
nama pun tengah Form 1 masa tu
tak matang langsung, hehe
memang banyak memori kami bersama
sangat manis untuk dikenang

dan selepas 20 tahun, kami dipertemukan kembali dalam sebuah mini reunion sekolah kami
seronok tak terkata bila kami dapat berjumpa
tak cukup mulut nak bersembang...
aku dengan Mona ni rapat masa Form 1 dan Form 3
Form 2 kami berpisah kelas,
but unfortunately, Mona tukar sekolah lepas abes je form 3..

Mona dulu dengan sekarang sama je, muka tak berubah pun
perangai pun sama je, masih happening dan sporting mcm dulu jugak

dulu dulu tak merasa mona suapkan aku, sekarang baru dapat...kahkah..


Mona ku sayang,
aku harapkan ko bertemu jodoh yang baik
kerja ko hebat, peribadi ko pun bagus
so, tak mustahil ko boleh dapat calon suami yang baik jugak
aku sentiasa doakan ko
check it out my lovely friend at her blog : http://pheewiitmonalisa.blogspot.com/


looking forward to see u again, my dear!!

12 comments:

Anum said...

seronoknya

eima said...

mmg sweet la korg ..siap bergaduh tarik tudung tu tatahan ,,, hahhaha

Eye_nee said...

hrmmmmmm..indahnya moment2 ini beb...saat ditemukan semula dengan geng..baik ex school...ex office...bestttt sgt kan....

suwara entertainment said...

seronok kan kak bila dpt bertemu kawan2 lama..kami pun ada buat reunion aritu..teringat segala zaman nakal, cintan cintun monyet segala bagai semuanya keluar..hehehe

Kakzakie Purvit said...

terharunya... 20 tahun bukan masa yg pendik. Boleh jumpa lagi seronoknya.

norhidana said...

indahnya saat dpt kenang semula kisah2 sekolah rendah n sekolah menengah dulu kan.... bile dpt jumpa mesti lg seronok... blh lupe laki n anak2 bile dh borak2 mengimbau kenangan lama

nuyui a.k.a miss YUI said...

sronok tringt zaman dlu..hihih

HeNRieTTa JoSe said...

sweet memori...

Mulan said...

mmg best kan memori masa sekolah..

lisa_sadry said...

yelah puan wahida, aku nak pinjam pen sbb nak bebaik la..nak pujuk konon tp x laku plak..ahaha..terharu dgn doamu..tq so much kawan..

AnneRaini said...

serius aku nak sgt jumpa kawan2 sekolah aku...

amirah said...

lamanya korang tak jumpa kan...uiyooo...moga mona cepat dpt jodoh ye..