nuffnang advert

Tuesday, September 23, 2014

Wondermama @ Bangsar Village

Assalamualaikum semua..
nak update JJCM pulak..
kali ni kami makan kat Wondermama, Bangsar Village
makan kat sini dah lama
aku habis pantang je, terus terjah sini, heheh

 bergambo depan entrance Wondermama,
pic ni ulang tayang, aku tunggu cik anonymous ada masuk komen lagi tak kat gambo ni, 
cik anon tu dengki la tu tengok aku dapat sarung balik jeans aku lepas habis pantang, kahkah

 masuk je Wondermama ni, nampak benda alah ni
hubby cakap ni main tikam waktu kecik2 dulu, pilih satu kertas dari board tu, dan tengok hadiah apa korang dapat...legend weh...
board tikam ni betul2 sebelah table kami...
yang best kat Wondermama ni dorang sedaya upaya mengekalkan ciri2 lama

 termasuk lah deko kat dalam restaurant ni...tengok je lah lampu tu, kan old school tu...
aku pelik kat Wondermama ni, aku tengok ramai je umat manusia makan kat sini, orang ni balik, orang lain pulak masuk...tak sempat kosong tempat duduk...padahal tak sedap pun makan kat sini..jap lagi aku review makanan kat sini eh...

 kalau korang nampak kat kaunter dapur tu, ada berderet mangkuk tingkat old school, nampak tak?

 nak old school sangat kan, serve air pun dalam kole...lagi kole bercapuk2, lagi nampak legend lah kole ni...ekekek...
yang ni teh o ais, rm6.80
pitam tengok harga teh o mcm ni pun hampir rm7

 yang ni pulak cookies and cream nama dia, anak2 merengek nak ni bila tengok pic dalam menu
so, kita ikutkan je la..
satu kole cookies n cream ni harga dia rm12, pelik aku apesal ntah mahal sangat, padahal cream je pun, pastu letak sebijik oreo...huh!

 yang ni aku punya lah, hot cappucino, rm10

 yang ni nasi goreng kampung, hubby punya...dorang serve dalam mangkuk..nampak sikit, tapi sebenarnya boleh tahan banyak portion dia, sebab dia serve dlm mangkuk tu yg nampak sikit portion dia...
nasi goreng kampung ni aku boleh bagi kredit sebab boleh tahan sedap, dan ada pulak petai yang diracik halus dalam nasi goreng ni...
rm15.90

 yang ni pulak aku punya, nama dia Wondermama Ladies Set, yang ni betul portion spaghetti sikit, salad pun sikit...serius aku menyesal pilih menu ni, rasa dia hampeh dan tahap boleh campak ke longkang..
rm22.90

 yang ni set untuk anak2..ada ayam goreng, spaghetti, telur mata, nachos dan serve sekali dengan Yakult...
pun tak sedap, anak aku si abang siap complaint cakap nape tak sedap eh spaghetti dia ni mama? rasa dia pelik, lain macam...
ko tengok, anak aku pun pandai complaint...huhu..
budak2 tu makan tak habis pun
satu set mcm ni harga dia rm13.90

 ok, sebenarnya aku nak pegi Wondermama ni sebab nak try sangat durian crepe with ice cream ni...aku ada terjah blog mana ntah, dia review kata sedap sangat, aku tgk memang terliur lah wei, tu yg ajak hubby terjah sini, sekali dah makan, rasa dia biasa2 je...cuma yang membuatkan dia berbeza dengan durian crepe yg lain sebab dia tabur cornflakes dan bertih jagung...
aku tak salahkan blogger tu bila dia kata sedap, dan aku pulak bila makan kata biasa2 je, sebab lain orang lain citarasa kan...kalau dia kata sedap, itu pandangan dia, aku takkan sesekali condemn pendapat dia...
gituwww...

 eh, tak baik tau curi2 amek gambar i...

 dah habis makan, kita layan jap si Junior ni, Alhamdulillah Junior ni memang sangat baik, kami makan dengan sangat tenang, dia layan tido je dalam stroller dia...hehe...

 masa ni pun Junior masih kecik sangat sebenarnya, baru berumur 49 hari...
sekarang dia dah dua bulan setengah, sarung tangan dia pun aku dah tak pakaikan dah...
aku tengok hubby aku ni sejak ada Junior, dia makin happy...balik keje mesti cari Junior dulu..eiii, sentap tau, bukan nak cari bini dulu...ekekek...

dah, jom balik...
abang dengan adik berebut2 nak tolak stroller si Junior...


so, kalau korang tanya review aku makan kat Wondermama ni, kami bagi thumbs down, sorry to say, food sangat hampeh, mahal pulak tu...paling tak berbaloi dengan harga teh o ais pun dah hampir cecah rm7...

serius, kami tak akan jejak lagi kaki ke sini.

frust.dissappointed.

17 comments:

Hudalatip said...

Tea o dekat 7 ringgit memang giler laa...Mahal nak mamp, huhu..

Izwa Kamaruddin said...

mahal dgn anak ramai mmg tak la..hehehee....mgkn ade rezeki terpijak bleh la try ;)

Unknown said...

sy nak tegur gak tadi. sbb nampak cawan dia mcm tak elok lepastu harga rm12. makanan pun presentation macam kita letak kat rumah..hihi..

bila baca entry sampai habis betullah sangkaan saya berdasarkan gambar. thumbs down.

wahida said...

Ha md: kole tu mmg dorang saja buat capuk2 mcm tu sbb nak nmpk old school...yg tu x kisah la...tapi foods dia sgt x sedap dan mahal pulak tu...serius x berbaloi

Fiza Rahman said...

Telan ailio tgk rega. Kalau mahal berbaloi tak per, tapi mahal tak berbaloi.

NM03 said...

cepat masuk keje, aku tak sabar nak tuntut makan beday. muahahahaha

AnneRaini said...

tgk gambo pon tak menyelerakan nok spageti tu...

wahida said...

Nm03: eh beday ko dah lepas sila buat cara dah lepas...muahaha...

Lynn Huraiza said...

OMG...tak sedap ek...tak mau try arr...

faraherda.razalan said...

Ok. Tq for the testimonial. Hehehe...dahlah aku ni cheapskate. Idok le nak g tmpt mhl tp x sdp. Oh no!

Emy Tak Kecik said...

aah la mahal nyeee

aku g serai sbb baca review ko...harga ok lg sebabb sedap + portion besar

kalo gini gaya tunggu bonus baru leh try :D

Ann Ishak said...

saya hanya suka minum kopi dia aje dekat wondermama ni :)

Unknown said...

saya dulu ada jugak mangkuk tingkat tu..tapi dah bocor..buang je..hhehe

Tie HT said...

air dalam tin karat harga rm6.80
huyyoo..elok lah jangan pi dah wahida, thanks for sharing :)

Qaseh Vee said...

dressing jer hebat ... rasanya lak tak berbaloi dgn harga ... sabar je la ...

Anonymous said...

Saya kan lama teringin nak pergi tapi tak terpergi2, dgr org ckp mee kari dia sedap

Anonymous said...

apsal sentap sangat sampai tak bole tegur ekh? katup jerla blog ni .THE END!