nuffnang advert

Thursday, September 25, 2014

Akademi Fantasia, FBI dan Zizan

Assalamualaikum semua

nak cerita pasal Akademi Fantasia 2014
hrrmmmm, aku kurang pasti masih relevan lagi kah AF ni
dulu2 punya tahun memang aku layan
tapi since tahun lepas memang aku tak follow langsung AF ni
dan aku tak ambik tahu pun siapa juara tahun lepas
macam tu jugak tahun ni, memang takde hati nak tonton AF
siap aku condemn gila2 siapa yg tengok AF ni...ekekek...

tapi kan, tapi kan...
tapi kan, tapi kan...

punya boring duduk rumah Ahad lepas
tukar2 channel takde yang menarik
sudahnya tertekan 134 HD
masa tu FBI dengan Zizan tengah berceloteh
dalam hati terus ckp, ooo, Zizan dgn FBI pengacara AF
so, layan kejap la, nak dengar celoteh dorang
tapi bila FBI dan Zizan memanjang buat lawak
aku terus melekat kat sofa tonton AF, hahaha

tu lah, kutuk orang tengok AF lagi
sudahnya, paku dulang paku serpih..kehkeh..
aku dah terlayan Konsert AF yang ketiga sampai habis okeyyyy...
omaigad, rasa tak percaya Wahida tengok AF tahun ni!

eh, tapi aku tengok bukan sebab students dorang ye
aku tengok sampai habis pun sebab pengacaranya lawak
pelajar2 AF kali ni aku tak nampak siapa pun yang ada x-factor
suara pun huhu, memang jadi bahan kutukan aku je la
malas nak komen
kang korang condemn aku pulak kalau aku komen lelebih
takpe lah, kata org kita bagi chance dulu la...

tapi ada sorang pelajar perempuan yang aku rasa aku boleh bagi kredit tang suara...
nama dia Nuha, tak silap aku ini lah orangnya...
kalau aku salah, sila betulkan aku ye, kadang2 pakcik google pun tak betul gak ni...
bila dia bukak je suara, oh hoi...boleh tahan budak ni...
boleh pegi jauh lagi ni kalau dia betul2 asah vokal dia..
wah gitu, komen aku mcm lah aku pernah masuk kelas cikgu Siti Hajar...ekekek..

tapi ya ampun dik Nuha oiii, akak ko ni tak sanggup tengok ko menari dik...
ko menari bikin akak nak tutup tv je..rasa nak lari gi dapur sambil tutup mata...
lagi satu, laki akak cakap ko macam pustakawan yang tengah menyanyi dik..huahuahua...
sadis betul statement laki akak dik..
takpe lah dik, ko abaikan cakap2 orang especially dari kata2 laki akak tu, dia tu memang gitu..jujur sangattt... :)

anyway dik, akak boleh rasa ko bakal juara kot untuk tahun ni
kalau tak juara pun, ko top 3 kot..
eh, tapi ko jangan harap akak undi kau tau dik...
akak layan boleh la, namun nak undi memang takkan la...heheh...

honestly speaking, aku ni bukan lah peminat tegar FBI
tapi bila dia berjaya mengemudi AF dengan baik
bergabung tenaga pulak buat lawak dengan Zizan,
menjadik lak tu lawak2 dorang ni,
terus terminat pulak dengan abang kojek ni..heheh
takde istilah siapa overshadow siapa
yang penting Zizan dan FBI serasi di atas pentas bersama..
suka suka suka, tak sabar pulak tunggu next concert...
wah, nak tengok AF sebab nak dengar jokes si pengacara je, boleh?


oklah, chow dulu la, kang korang marah kalau aku tulis lebih2 pasal AF ni..
hehe..
chill!

13 comments:

nur anis said...

tak layan lagi AF ni...takut tersyiok pula...hehe...

akubiomed said...

Orang yang lama didalam dunia penyiaran tentulah pandai sesuaikan keadaan dengan cepat.

Eye_nee said...

Akk pun layan2 mcm tu je..tak der rasa mcm masa zaman paknil dulu mmmg duk melekatlah kat depan TV...dah 2 konsert AF ni akk tgk last 4 student jer lagi nak perfom..terlupa kekdahnya...

amirah said...

eh ye ke? best ek FBI ngan zizan? nnt nak tgk la..

Liyana said...

sy layan je AF ni. better kot dari last year punya yg tah hape2 konsep tu haha.

AF 2014 sy suka firman, nuha n ewal. Yg lain suara setakat boleh nyanyi je. bahaha. pjg pulak komen mak noks.

AnneRaini said...

aku lagilah bertahun xlayan AF.. haha

cik fadh said...

haha btol la kak..juara AF tahun lepas bt persembahan konsert hr tu, langsung xkenal...kalo selisih bahu ni mati2 xkenal la sbb last year mmg xteringin lgsung nk layan AF..tp tahun ni, gian plak..adoiii..ni mmg sbb FBI dan zizan je kot..kiki

ain.ya.nun. said...

I layan AF ni untuk mengisi masa lapang. Haha. Boleh gitu?

Pengacara memang lawak la Wahida oi. Ngekek2 gelak lawak diorang. Kalau tengok episod Satu tu best je Zizan membahan Ramli MS. Haha.

Fai CeritaCinta said...

AF kali ni fai tak sempat lagi nak tengok...

Ann Ishak said...

tak pernah layan semenjak AF2 lagi

:: Cik Viva :: said...

sokong dgn komen liyana..AF last year mmg paling haru sbb tukar konsep..tahun ni punya lagi best..wpun kekadang lawak tak kelakoo..hehe

Rinna said...

Okey gak laa layan konsert..AF.. mmg peminat gak laa..ahakss.. tapi yg best jugak layan diari bila Jihan jadi hostnya.. pandai gak laa Jihan nie mengacara setiap hari tuh.. :)

Diana Rashid said...

ada jiran saya cakap suara nuha tu sedap..saya tengok la sekali kat ig..saya rasa suaranya biasa je..cuma dia suka buat suara meneran tu je,la kot yang orang suka..bagi saya suara dia biasa2 je...dah ramai yang kata best hujung minggu nanti saya nak tengok la.tu pun kalau suami tak nak tengok bola..heheh