nuffnang advert

Friday, September 26, 2014

Hrmmmm...

Assalamualaikum semua...

Hrmmmmm...
Kadang2 kita teringin memiliki sesuatu
Kita dah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkannya
Kita cuba buat yang terbaik

Tapi kalau Allah kata tidak,
Maka tidaklah jawabnya
Kalau Allah kata itu bukan hak kita,
Maka bukanlah jawabnya

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang
Allah jua yang menentukan
Perancangan Allah itu tetap yang terbaik
Aturan Allah itu paling sempurna

Kadang2 sesuatu yang kita idamkan
Sudah berada dalam genggaman
Tapi kita terpaksa lepaskan
Kerana sedar itu bukan hak kita

Tidak mengapa,
Saya pasrah
Saya redha
Ini ujian Allah untuk hamba yang disayangiNYA

Tapi kita boleh cuba lagi kan
Allah juga tidak suka pada orang yang mudah berputus asa
Jadi, saya ingin cuba sekali lagi
Mana tahu selepas ini betul2 ia jadi milik saya

InsyaAllah...
posted from Bloggeroid

12 comments:

- said...

bukan rezeki...

mungkin rezeki utk benda lain plak kan.. :)

yg penting kita dah usaha..dan redha saja..

Eye_nee said...

Sifat tidak mengaku kalah itu akk salute...kau terima ketentuanNya dgn Redha tetapi tidak berputus asa..InsyaAllah pasti ko akan dpt juga nnt kan...

norhidana miswan said...

hmmmmmm takpe kak redho ye,msti ada sebab kenapa Allah msh belum bagi pada kita lg kan

ain.ya.nun. said...

Apa yang kita nak memang jarang kita dapat Wahida, tapi hanya Dia sebaik-baik perancang dan tahu yang thorrrbaik untuk kita.

=)

Tihara said...

kadang-kadang Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik :)

Amanda Suria said...

belum rezeki lagi tu nok...mana tau akan datang ada rezeki...sabar eh..yang penting usaha..

ArY + ShA = AmZaR FaYyAdH said...

Assalam kak wahida,
AMIN

Zura Tahir said...

usaha selagi daya...

eima said...

klu kita yakin inshaaAllah berjaya ..percaya sebelum berjaya ... tu paling penting ...

Diana Rashid said...

cuba lagi..jangan putus asa..

JunAina said...

Kena percaya Allah sedang sediakan sesatu yang lebih baik buat Wahida.

Anonymous said...

Teruskan usaha... Biar putih tulang jangan putih mata... Sentiasa berdoa dan sedekah... Mudahan mudah tercapai apa yang dihajati... Selamat beramal...