moh kita bercerita pasal drama yang sedang hangat diperkatakan sekarang
tengok tak drama Rindu Awak 200%?
aku sebenarnya meluat dengar tajuk macam tu
macam tajuk budak sekolah tgh bercinta je...hahaha
tapi aku follow tau drama tu
since episod pertama lagi
mula2 tengok heroin, alamak siapa neh?
tak kenal pun
warm warm nail sangat
faham tak 'warm warm nail' tu apa?
artis suam suam kuku gitu, heheh
tapi okey lah, heroin comel, so kita layan
pastu tengok pulak hero, Zul Ariffin
wow!!
dah kenapa lain pulak muka si Zul Ariffin neh?
dulu masa dia couple dengan Abby Abadi aku rasa tak lah macho mcm ni sekali
okey, aku try layan first episode
konsep aku senang je
kalau first episod dah best
aku akan follow episod seterusnya
kalau tak, gud bye je lah jawabnya
dan ini lah yang terjadi sekarang ni
aku sedang giler dengan drama ni
lakonan dari Zul Ariffin yang tak menghampakan
begitu jugak dengan Ayda Jebat
ada beberapa skrip yang mencuit hati terutama bila si Zill Faezrul menyakat bini dia tu
lepas tu pulak
panggilan Mel utk Zill dengan gelaran si Badang Tua, memang over tau...hahaha...
abang Zill Faezrul yang sangat cool dalam drama tu
abang Zill, boleh tak jangan senyum senget macam tu
hadoiii, bikin cair je...hahaha
lepas tu lagu2 tema dalam drama ni pun best best la
jujur, aku sebenarnya tak berapa suka dengan lagu Jaga Dia Untukku
tapi bila dah dengar berulang2 kali dalam drama ni
sedap pulak halwa telinga aku mendengarnya
pastu lagu Maafkan Aku nyanyian Asfan pun terbaik
pastu ada satu lagu lagi yang paling aku suka dengar dlm drama ni
lagu Sembunyi Rahsia nyanyian Asmidar
first time dengar lagu ni dah jatuh cinta
merdu betul suara Asmidar ni
Sembunyi Rahsia - Asmidar
Pernahkah kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Hadir bicara cinta
Yang menyapa di lubuk hatiku
Dan kau tersenyum
Mengerti
Menyahut hatiku yang menanti
Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Pernahkah kau terfikir
Rindu ini hadir menghangatku
Dan kau tersenyum
Mengerti
Menyahut hatiku yang menanti
Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta
Kenangan dulu
Mencari ruang rindu di jiwaku
Percaya kasihku
Mimpi indah pasti bersatu
Sering percaya
Betapa rasa indah yang tercipta
Mengajar diriku
Erti sebenar bahagia
Di balik kata sembunyi rahsia
Tak ku jangka dirimu yang bertakhta
Producer, sila ambik Zul Ariffin utk jadi hero dalam filem lepas ni
mesti boleh meletup
Zul boleh ganti Aaron Aziz tu
boring tau sikit2 Aaron
huh!!
22 comments:
baru tgk minggu ni ....tak dak feel lagi ...kih kih kih
jarang sgt dpt tgk tv drama bersiri
hehehe aku tengok sebab aku jumpa dia depan2 kalau tak memang kedaung gak nak tengok...hehehhe
sama la kite..sy pun dok layan cite ni tiap hari..kalau terlepas tgok on9...mmg suka tgok zul ni berlakon..cool je..
Tengok hari². Sakit hati jer tgk perangai si armel yg ego tu. Ingatkan betul lah zill lepaskan dia. Sekali mimpi...cisssss...
kerana drama ni aku terminat pulak kat mamat ni...boring kan asyik aaron ajo
samalah..mesti nak tunggu gak
Rasanya..kalau lepas ni Prosedur ambil Zull berlakon lgi..blh tenggelama Aaron kan :D
aku xlyn sgt citer ni tp kdg2 tgk jugak....tak suka heroin die sbb aku rasa heroin die xpndi berlakon...xde feel..huhuhu
Salam Jumaat Kak Ida, hope Mama n Baby sihat je...
Saya pun layan sis... skrg ni episod dak armel lak kene tackle ati Zill Faezrul..jeng..jeng..jeng...
adoii..follow masa awal2 je...skrng dah x follow dah...huhu
penah jugak seklai dua .. sbb skrg drama cina aku dha bis kat tv7 tu ..eh ade kaitan ke hahhaha
ok.. aku ketinggalan.. mmg tak tengok.. haha
bestnya polo dr 1st apisod, nureen tak tau wujud crita nih, tau masa blk raya tgk kak nureen kemain x mau ganjak dr tv hahhaa
so skrg blk ja keja dok tgk jam jerr nk tgk tau
mmg best crita nih hahaha
tulah...dulu tak nampak pulak handsome..tup-tup dalam drama nie terus ai is jatuh cinta dengan badang tua nie..hehehe
tak tahan tgk zul senyum senget..adui.
nak tido lah nak mimpi zul..
alamakkk tak tgk la pulak!
alamakkk tak tgk la pulak!
Hai, dah boring dengan pakcik Aaron? Kesian dia...
Tak tengok betul-betul pun cerita ni. Ada jugalah tengok sikit-sikit tapi still tak faham apa plot cerita sebenarnya.
Mummydearie: bukan setakat jemu dgn aaron tu kak, mmg x pernah minat dia pun...haha
Berlakon not bad..tp apasal tak glamer zul ni?
best jugak drama ni kan :)
sib baik aku x ikut citer ni...mula2 ari tu tengok...pas tu rasa macam x best plak...terus x tgok sampai sekarang
Post a Comment