nuffnang advert

Thursday, August 14, 2014

cerita orang berpantang

Assalamualaikum semua...

hari ni masuk hari ke 40 aku berpantang
orang cakap lagi dah nak dekat tempoh pantang tu habis
lagi kena jaga pantang larang tu
ramai jugak kenalan aku
yang dah hampir tamat tempoh berpantang
dia bentan pulak
mungkin sebab dia lasak sangat
rasa diri dah sihat
dah mula buat kerja berat2
so, aku ambik iktibar dari kes2 mcm tu
dah la aku berpantang sorang diri
so, kena pandai jaga diri sendiri
rasa2 kerja berat sikit
aku tunggu je hubby balik dari kerja
takut nak lasak
walaupun aku rasa diri aku ni dah sihat sangat dah

 
peneman aku sepanjang berpantang
pil manjakani, lotion panas Mustajab, pati ikan haruan


1) pil manjakani

rasanya ramai kaum wanita kat luar sana tahu khasiat manjakani ni
kalau korang tak tahu, sila google
pil ni memang aku tak pernah culas makan
sehari dua kali aku telan
walau sebenarnya aku ni tak suka makan benda2 macam ni
tapi nak sihat punya pasal
aku redah je...huhu
asalnya benda ni dalam bentuk serbuk
tapi aku mintak kat orang yang buat manjakani ni
buat kan untuk aku dalam bentuk kapsul
ko ingat aku mampu nak telan benda2 pahit macam ni?
memang tak lah, sebab tu aku mintak dia buat dlm bentuk kapsul
aku start makan pil ni since Junior dah sihat dari penyakit jaundice dia 
dan aku berjaya telan sampai sekarang

2) lotion panas Mustajab

lotion panas ni yang aku tau ada 4 jenis
ada kaler kuning, hijau, oren dan merah (correct me if i'm wrong)
tapi aku tak pernah pakai kaler lain selain kaler merah
kaler merah ni memang panas betul
nak kurus punya pasal beb, redah je la
lotion ni sebenarnya aku dah biasa pakai sebelum preggy lagi
aku pakai bila nak masuk gym
bagi keluar peluh cepat
sebab tau je lah, gym tu sejuk, ekon
so, nak keluar peluh tu lambat sikit
tapi dulu aku sapu krim ni cuma kat perut dan peha
dah berpantang mcm ni, aku lumur satu badan
hahaha
krim ni mula2 sapu memang rasa berangin
sejuk je rasa
tapi masuk minit yang ke 15
ko rasakan azabnya
pijar dan ko rasa nak menggelupur
ekekek
dan panas krim ni mampu bertahan hingga 6 jam lamanya
sepanjang berpantang ni aku dah habis 6 botol
dan InsyaAllah, dah habis pantang pun
aku akan continue je pakai

3) pati ikan haruan

pati ikan haruan ni aku minum setiap malam pada dua minggu pertama selepas bersalin
dua minggu je minum
beli dua kotak
dalam satu kotak ada 7 botol
aku sebenarnya tak makan ikan haruan
atau senang cakap tak makan ikan darat
walau aku tahu ikan haruan ni bagus untuk menyembuhkan luka
tapi serius aku tak boleh telan ikan darat 
sebab pada aku ikan darat ada bau rumput
hahaha
yang aku pelik pati ikan haruan macam ni boleh pulak aku minum
walaupun ada bau hanyir
tapi aku kena rendam dulu la dengan air panas 
baru boleh telan
tapi sekarang dah tak minum dah pati ni
sebab luka jahitan dah baik
tak koser mak jemah nak sambung minum lagi..huhu..



setakat ni, memang itu je la peneman aku di waktu berpantang
benda2 lain macam param, pilis, tapal ibu memang aku ada
ada sekali dalam pakej jamu yang aku beli tu
tapi aku cuma mampu pakai beberapa hari benda2 alah tu semua
sebab naik ruam dan gatal2 kat kulit aku
hrmmm, dah makin tua makin sensitif pulak kulit aku ni 

dan aku masih lagi bertungku
aku akan teruskan bertungku sampai aku habis pantang

stokin pulak, hrmmm nak cerita pasal stokin ni lemah sikit
mula2 memang rajin aku berstokin
tak pernah tanggal pun
tapi dah hujung2 pantang ni naik rimas pulak
yang aku pelik waktu siang aku boleh pakai stokin 
tapi waktu malam nak tido je mulalah datang rimas aku kat stokin tu
jadinya, aku tanggalkan je la
sambil sedap betul tido kaki betul2 bawah kipas
ni kalau mak mertua ngan mak aku baca blog aku ni
memang parah aku dibuatnya
teruk aku kena bebel kot kalau tahu aku tak pakai stokin
huhu

bab bengkung pun aku ada culas jugak
pakai bengkung waktu siang je
waktu malam dah mula tak kuasa
macam mana la ko nak kurus wahida oi
kalau bengkung pun ko malas nak pakai
hadoiii

bab mandi pulak, aku masih mandi air panas di waktu pagi
tapi mandi petang tak koser la nak mandi air panas jugak
air paip sudah

hrmmmm, lagi apa ye
rasanya itu je kot
cara aku berpantang mungkin tak sama macam korang
korang mungkin betul2 ikut rules berpantang
aku ni mana yang aku mampu follow je la
dah nama pun berpantang sendiri kan
ikut suka hati aku je la...haha



next, aku nak cerita tentang pengalaman aku minum air rambut menggantikan air selusuh


20 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah rasa kejap je akk dh nak hbs pntg...

norhasnizakhalid said...

mesti menghitung hari nak habis pantang kan.. mama singgah sini, selamat berpantang dear

dear anies said...

pil manjakani tu beli kt mn??

wahida said...

Khairin: beli dgn org kampung aku...kawan mak..dia mmg buat jamu

Nieda Ramly said...

nak sampai 44 hari tu azabnya mengira hari.

Anonymous said...

yup2.. btl tu
daku kne ala2 bentan angin ms 1bln pantang tu .. stress mak ..
dh le czer kan .. mmg nerbes lewwww smp g hosp cz cm nak gelap mato .. sibbaik g berubt phtu ok.. rupe nye side efect gas tido ms czer tu jgk ..

eh pantang 100 le syokkk

AnneRaini said...

nok, aku ni walau berpntg dgn mak tp aku lg byk culas..hahaha..stokin tu masa awal2 je. bengkung pon on n off. mandi mmg air paip je..hehe.. masa berpntg musim panas beb.. xlrt aku nk balut satu bdn.. menggelupur pns..

attyfir said...

selamat hari raya dan maaf zahir batin
tahniah wahida. takecare

eima said...

wahhh mesti tak sabar nk keluar kan ... hihihi

aku 38 hari dah keluar tghari usung icha pi amik ayim skool...hehehe

bosan dok rumah ... icha plak baik sgt .. tak meragam ...tido je keja nye .... sampai tak sabar tgu abah amik fahim ... penghibur hati kan

Ann Ishak said...

okay la tu, berpantang jugak...ada tu langsung tak berpantang :)

amirah said...

sama la...pepandai sendiri jela..huhu

saly said...

tahniah wahida dpt bb baru..wah bestnya dh nk abis pantang...:)

Tie HT said...

dulu akak guna juga mustajab
dan dherbs makbul munajat pun tahan lama panasnya :)

lieyalatif said...

kejap jek kan dan 40...org yg bace mmg rase kejap...ko yg kene hadap tu sure rase lame kan noks...

chinta safia said...

tahniah wahida.....sama la kita, akak pon dapat baby boy jugak...bab berpantang masa mula-mula jer gigih pakai stokin...

Unknown said...

sempoi cara ko berpantang.. saya suka saya suka.. haha.. aku pun berpantang kat rumah sendiri je nanti.. harap2 survive.. pasal pakai bengkung aku sama gak ngan ko.. siang je pakai.. malam bagi perut bernapas kata aku kat mak aku masa pantang aisy aritu.. hahaha...

Makcik Anak 3 said...

nikmatilah masa untuk manja manja kan badan..heheee

Bitt (double IS) said...

tertinggal keretapi la...akekekke
selamat berpantang dan congratulations :)

aLyNnZ said...

selamat meneruskan berpantang lagi 4 hari jew dh merdeka yeahhh..ermmm samalar dgn alin bnyk mengelat ms berpantang..tp wahida lagi bagus dr alin taw..hehe..

tak sabar nak tunggu n3 minum air rambut sbb alin pun minum juga..hehe

Suria Amanda said...

seronok baca kisah orang berpantang...terasa nak berpantang lagi...tp tu la...ntah bila kan....