nuffnang advert

Monday, May 12, 2014

Hah, dah pukul 5 pagi??

Assalamualaikum semua...


Malam tadi masuk tidur pukul 11.30 malam
Mata masih tak mengantuk sebenarnya
Tapi kena paksa tidur jugak
Sebab kerja hari ni

Paksaan untuk tidur tak menjadi
Jadinya, layan apa yang patut kat henfon
Selalunya sambil belek henfon mata mesti dah layu
Berbeza betul malam tadi

Mata dah la susah nak lelap
Junior pulak aktif sesangat
Memang saja tak bagi mama dia tidur
Tak sabar mama nak jumpa Junior
Budak yang aktif sangat ni

Hampir memasuki usia kandungan 32 minggu
Perut makin berat
Tidur mengiring ke kanan salah
Tidur mengiring ke kiri pun salah
Telentang apatah lagi
Serba tak kena dibuatnya

Jam menunjukkan 3 pagi
Teruskan lagi paksaan untuk tidur
Terlelap.
Terjaga kembali 10 minit kemudian
Nak tidur balik memang payah
Belek lagi henfon
Layan youtube
Feeling dengan slow rock 90an
Dari dulu saya duk mencari
Video klip nyanyian kumpulan Stings
'Kau Tetap Ku Hajati'
Masih tiada di youtube
Kecewa.
Kenapalah lagu tu susah sangat untuk diputarkan di corong2 radio
Terlalu adore dengan lagu tu
Sejak tingkatan dua lagi

Setelah puas dari satu lagu ke satu lagu
Dalam keadaan perut yang tak berapa selesa
Main pulak game
Eh, main game pepagi buta rasanya hebat pulak, kehkeh
Boleh pulak melepasi 4 level sekaligus
Kalau tak, memanjang sangkut

Teruskan paksaan untuk tidur
Gagal lagi
Perut mengeras pulak
Memang tak selesa nak tidur
Sambung lagi layan youtube
Sudahnya jam menunjukkan 5 pagi
OMG!!!
Pukul 6 nak kena bangun dah

Paksa lagi tidur
Tak boleh
Senang cerita memang serba tak kena malam tadi

Entah pukul berapa saya terlelap
Tetiba hubby kejutkan saya
Dah pukul 6 katanya
Huwaaaaaa
Sekarang saya sangat mengantuk
Berapa minit sangat lah saya tidur

Kejap lagi mesti pening kepala.
Confirm.
Untung la siapa yang ambil cuti hari ni.
Jeles.

17 comments:

azza said...

Wow.. xlama lg kan junior keluar..

Amanda Suria said...

nok...aku pun kerja ni nok..peliknya aku semalam tido kul 11, kul 3 pagi dah terbangun dan terus x tido2..x tau la sindrom apekah ini..kesian ko nok...kang rehat cuba la tido kejap...

Rizziela said...

samalah..terjaga tengok2 dah pukul 6am..adoi..rasa mcm baru ajer tidur tadi..x puas..

NM03 said...

mari kita tido berjemaah!

msredcheesecake said...

Akk cuti rini...hheee... memang ada masa mata tanak tidur.... len kali kalau jadi cam tu solat sunat... bukan senang kita nak buat solat sunat mlm...

CikLily Putih said...

ermm biasala tuh.. sabo ek

Khai♥Rin : anies said...

sy pn lately kena mcm tu jg...tp kenapa x kena time weekenddddddd!!! tlg jawab!!!!

Umie Artoqiemie said...

*nah kopi

JunAina said...

Jalan pon lengag je hari ini...tak pe ramai tak de kat opis kan apa kata tido kejap...ehehee...

wahida said...

khairin: kannnnnn, kenapa esok nak kena keja, dia susah nak tidooooo??

huwaaaaaaaaaaa....

Afasz said...

rindu la waktu pregnant.. ada suka duka. tp mmg rindu saat tu.

follow awak.

jemput singgah blog sy - http://afasz.blogspot.com

norhidana miswan said...

sian ko kak... kalu aku lah, aku amik cuti je arini.. tak sanggup keje nk kepala sakit

Fazleyatul Aini said...

minus neskepe ke susah tido tu
saya kalau minum nes, payah tido jawabnya

wahida said...

fazleyatul aini: tak minum apa pun nok...perut makin membesar ni makin susah nak lelap...huhu...

::NureeN:: said...

rest la kejap kat surau ker...
kalu pening risau plak....
32mgu mmg perut dh x selesakan...
junior pon x sabar tue nk jumpe family besaq dia :)

Kesuma Angsana said...

hehehe faham sgt perasaan tu.. redha ajelah yer !

Anonymous said...

lagu ni ke?

https://www.youtube.com/watch?v=CY0IXLFTLus