nuffnang advert

Monday, March 10, 2014

Pulanglah

Assalamualaikum semua...


Sejak tahu tentang hilangnya pesawat MH370 itu, kami sentiasa berada depan tv.
Sentiasa ingin tahu perkembangan dari masa ke semasa.
Tunggu press conference. Next and next.
Sabar menanti. Hampa bila tiada info terbaru.
Walau tidak ada family members yang terlibat dalam penerbangan itu.
Tetap terasa gementarnya. Tetap hati gundah gulana.
Memori terhempasnya pesawat MAS di Tanjung Kupang pada tahun 1977 timbul kembali.

Rakyat Malaysia, teruskanlah berdoa.
Doa itu senjata bagi orang mukmin.
Harap ada miracle yang bakal berlaku.

Di mana hilangnya MH370?
Semoga Allah memudahkan usaha pencarian.
Semoga segala2nya terjawab.
Semoga terungkai segala persoalan.


MH370, PLEASE COME BACK!!

20 comments:

Fazleyatul Aini said...

walaupun takde kenalan yang terlibat, tapi atas rasa semangat kasih sayang sesama manusia, turut merasa sedih

Ya Allah, kau permudahkanlah urusan pencarian MH370
Kalau di langit, turunkanlah
Kalu di laut, timbulkanlah
Kalau di darat, tunjukkanlah

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

satukn hati kite sume utk same2 b'doa. semoga allah p'mudahkn..

norhidana said...

sama lah kak, tiap kali baca ntry kt fb or kt blog rasa berdebar, sayu semua ada... ya Allah moga dipermudahkan semua usaha mencari

Rasp said...

sedih sebak gelisah berbaur perasaan ni sis...
kita hanya mampu berdoa yang terbaik utk mereka...
Semoga dipermudahkanNya usaha mencari pesawat tersebut...

NM03 said...

Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Agung
Maha berkuasa atas segalanya
tunjukkanlah kebesaranMu Ya Allah
temukanlah petujuk berilah petanda
permudahkanlah kesulitan ini supaya berhenti air mata keluarga yang masih menanti

::NureeN:: said...

amin...

nureen ada terima wassap, cuma wahida semak surah yassin ayat 41-44 3:70
ayat 3:70 + MH 370..

Dee said...

Masih mengharap..pulanglah MH370..

Fiza Rahman said...

Berdoa dan terus berdoa. Smoga urusan dipermudahkan olehNYA.

Suria Amanda said...

Walau x melibatkan aku dan keluarga aku nok..tp aku ada perasaan...aku rasa apa yang diorang rasa...moga allah permudahkan..

dear anies said...

mengharapkan semuanya akan selamat..aminnn

shahrilhakime said...

Moga2 deme semua dalam keadaan selamatlah hendaknye.... sama2 le kita berdoa...

Lynn Huraiza said...

semoga ALLAH SWT permudahkan usaha pencarian...

HeNRieTTa JoSe said...

Rietta pown sama...sdg leka tgk brita di tv....rumah pula dipukul ribut....naseb baek cuma bumbung saja yg hilang...

akubiomed said...

Iringan doa keselamatan MH370.

Unknown said...

aku pon sama nok!
sampai ke kol 12 malam duk tunggu berita.

mudah2an Allah permudahkan urusan mencari pesawat tersebut.. Amin~

Dr K said...

bayangkan letihnya org yg nak menjawab soalan bertubi tubi dari press tu!

Mulan said...

keep praying..

emarieys said...

sama-samalah kita doakan untuk mereka.

Mummydearie said...

Masih mengharap akan ada miracle yang berlaku walaupun sudah masuk hari ke-4. Kembalikanlah mereka ke pangkuan keluarga yang menanti.

.:fyzz:. said...

tu ar kan..harap dpt jumpa balik..walau apa sekali pun keadaan kan..kita redha