Assalamualaikum semua...
hari ini ada kekuatan sedikit untuk menulis tentang ular tedung masuk rumah malam semalam...susulan dari entry ini dan sila la bertabah jika entry ini terlalu panjang untuk dibaca...
Di awal kejadian:
Kebiasaan, aku naik tingkat atas awal sikit dari hubby, hubby kadang2 tido lambat, dia akan setelkan keje2 dia dulu...so, aku pulak lepas dah siapkan kerja rumah, layan Bukan Kerana Aku Tak Cinta, buatkan teh tarik utk hubby dan temankan dia berbual sekejap, aku akan naik atas nak tido, tak larat nak tunggu hubby lama2, aku pun dah hampir lelap masa tu, ngantuk sangat kekdahnya...anak2 pulak malam tu dah tertidur di hall..lampu dapur pun dah tutup masa tu..
tetiba hubby dukung si adik naik bawak masuk bilik kami diiringi si abang yang terpisat2 kena kejut..muka hubby nampak sedikit panik..
aku tanya "kenapa ni yang?"
"ada ular"
"haaaa??"
aku tak sempat nak tanya banyak, hubby dah tergesa2 turun balik...
aku pulak dlm dilema, nak turun bawah sekali ke tak, sudahnya aku duduk bersila lama atas katil dan ambil keputusan intai je kat tangga...
aku tanya hubby, "ular tu kat mana?"
"tepi peti ais"
"besar ke?"
"agak besar"
hubby pulak aku tgk berkira2 sama ada nak bunuh ke tak ular tu, tapi kalau tak bunuh, ular tu mmg membahayakan nyawa kami sekeluarga, dan kemungkinan besar dia akan masuk lagi rumah kami mmg ada lah kan, tak pun dia akan masuk rumah jiran2 pulak...huhu...
so, kami decided utk bunuh ular tu...tapi dalam hati hanya Allah je yg tahu mcm mana berdebar nya aku malam tu, aku tanya hubby nak bunuh ular pakai apa? dia jawab dengan kayu hoki...oh, baru teringat hubby mmg ada simpan kayu hoki kat bilik bawah...
pastu aku tengok hubby dah bersedia nak bunuh, tapi aku jerit dulu, "yang, sebelum tu baca 4 Qul dulu" hubby angguk.
lepas tu aku jerit lagi, "yang, panggil bomba je la..."
hubby diam.
lepas tu aku jerit lagi, "yang, panggil Shamsul la (jiran sebelah rumah)"
hubby diam.
so, bila hubby diam, tahu lah aku bahawa hubby nak lawan dengan ular tu sendiri, tak nak tunggu mana2 bantuan, aku tahu dlm kepala dia fikirkan kami anak beranak..so, dia kena cepat bertindak..so, aku biar je la , tak nak banyak ckp, kang kena marah...hahaha...sambil dalam hati doa tak putus2...
bila katuk kali pertama dengan kayu hoki tu lah, ular tu bangun tegakkan badan dia, kembangkan tengkuk dia dan keluarkan bunyi 'sss' dia...masa tu lah hubby baru tahu ular yang dia nak lawan tu adalah ular tedung!! huwaaaaaa..
katukan tu buatkan kayu hoki tu patah dua, dan ular tu tak mati lagi...
hubby cepat2 masuk balik bilik bawah amek parang, parang panjang yang bersalut surat khabar yang dah agak berkarat tapi masih tajam...parang tu mmg hubby ada simpan atas tujuan keselamatan...
cepat2 hubby katuk ekor, tak mati.
katuk badan, tak mati.
katuk kepala, baru mati sungguh2.
memercik2 darah kat dapur aku tu...huhu...
cepat2 tanya hubby, "confirm mati dah ke tu yang?"
hubby angguk.
aku takut ular tu main2 je..buat2 mati...hahaha...eiii, pengaruh drama sangat aku ni...
tapi masa proses membunuh tu, aku tak tengok la...hubby yg cerita...giler ko nak tengok? hubby pun tak bagi aku tengok...
dia menyorok tepi peti ais, main plastik gitu...huhu...
peti ais kena alih, nak tengok dia kat mana sebenarnya...asalnya, peti ais tu bersandar dengan dinding..
tu nampak tu, yang berlingkar kaler hitam kat tepi simpanan plastik tu...
Hubby yang perasan kehadiran ular ni sebenarnya...mcm aku ckp tadi, lampu dapur dah tutup masa tu, tetiba hubby dengar ada bunyi sedang main plastik...mula2 ingatkan cicak...tapi hubby terfikir takkan bunyi cicak mcm tu sbb cara dia main plastik tu bunyi seperti 'benda besar'. hubby tak sedap hati, terus switch on lampu dapur, bukak lampu je, terus ternampak kelibat ekor ular kat belakang peti ais...
terus la hubby bawak anak2 yang dah tertidur kat hall tu, dukung adik dan kejutkan si abang naik atas masuk bilik kami...dan malam tu anak2 kena tidur dengan kami la...
Macam mana ular tu boleh masuk?
Jenuh kami fikir mcm mana ular tu boleh masuk sebenarnya..kami terkebil2 atas katil lepas kejadian tu memikirkan benda ni, sedangkan hubby masa ternampak ular tu, dia pun cakap, dia terfikir dan terkesima sekejap dlm 10 saat terfikir mcm mana ular boleh masuk dapur kami...nak kata masuk ikut bawah pintu yang ada gap tu, mmg tak lah, sbb kami mmg ada letak getah panjang melekat di antara gap pintu tu...yang tu mmg kami dah lama pasang kat bawah pintu, baik pintu dapur atau pun pintu depan, dan agak susah binatang atau serangga nak bolos ikut situ...
nak kata dia masuk ikut floor trap bilik air bawah pun tak mungkin jugak...sbb floor trap tu kami dah sendal dengan kolah air dan berat utk dialihkan, so, mmg tak mungkin dia masuk ikut situ..
Dan akhirnya aku tahu mana dia masuk, bila difikirkan balik, sebenarnya dia masuk masa aku tengah membasuh kain...
Washing machine aku kat belakang rumah, aku pulak sambil membasuh sambil layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, bila washing machine aku dah stop, time iklan pulak tu, aku akan keluarkan baju2 dari washing machine dan akan masukkan baju lain utk second lap membasuh...tapi bila iklan pun dah habis, drama dah start, aku mencicit pegi depan tv, tinggalkan washing machine dan pintu dapur dalam keadaan ternganga...pintu gril dapur pun terbiar je nok...aku ni mmg gini lah, kalau sesuatu drama yg aku follow dan aku suka sgt citer tu, aku tak suka miss walau sesaat pun...hubby faham sangat dah perangai aku ni...huhu...so, bila drama dah start lepas habis iklan, tu yang aku main tinggal pintu dapur ternganga mcm tu je, dan masa tu lah, aku rasa ular tedung tu menyusup masuk dan menyorok tepi peti ais...huhu...
Ok, aku mengaku mmg salah aku, dan rasa bersalah sangat pada hubby dan anak2...disebabkan drama, telah membahayakan nyawa kami sekeluarga...
dah la si adik malam tu bukak tutup peti ais je keje dia, tak tahu pulak rupa2nya ada ular kat tepi peti ais tu...huwaaaaaa...maafkan mama, anak2!! tapi Allah telah melindungi kita...Alhamdulillah...
Apa tindakan kami lepas ni:
Lepas kejadian, terus hantar wasap grup kat geng2 tersayang....Geng Antu Jepun suruh beli belerang utk elakkan ular datang lagi...Nor ckp ular tedung selalu ada partner dia, kalau sekor dah mati, sekor lagi akan datang mencari...huwaaaaaa, scaryyyyy...
dan petang semalam dah beli pun belerang kuning utk halau ular tu, hubby dah tabur pun kat belakang dan depan rumah...
ada jugak suruh tabur garam, nnt habis belerang, kita tabur pulak garam ye..
dari dulu kami mmg ada perancangan nak tebas lalang dan semak belakang rumah jiran aku tu, tapi pagar dia berkunci la, tak dapat masuk...nnt tengok la, kami ada plan nak buat gotong royong sesama jiran..wah, sedap betul owner rumah tu kan, beli rumah pandai, jaga rumah tak pandai...grrrr...sampai menyusahkan orang..huh!!
anyway tengs korang yang bagi tips dan doakan keselamatan kami...sayang korang ketat ketat...
sekarang ni sumpah aku masih trauma nak pijak lantai dapur, tapi aku kuatkan semangat la, kalau ikutkan sangat, mmg satu keje pun tak jadi kat dapur tu...huhu...tapi tempat ular tu mati dibunuh aku masih lagi scary nak pijak..geli pun ye jugak...adoi la hai....
so, aku ambil iktibar dari kes ni, jangan nak biarkan pintu dapur ternganga lagi lepas ni, bukan setakat ular je boleh masuk, penjenayah pun boleh masuk kan nok?? huhu...
50 comments:
pergh nok...aku bace sambil meremang2 bulu tengkok...mcm bace cite seram...
bahaya tau ular tedung...mmg nekad laki ko noks...mujur tak ade ape...terra gak laki ko.....
werghh tak dapat bayangkan ular tedung tu tegak je. sangat bahaya
rumah saya pon selalu gak ular datang jengah. sebab belakang rumah semak. tanah orang. dia tak jaga jugak. bersemak ler. pernah ular sawa besar tu tersangkut bawah reban mak. besau gila
aduyaiii...syukurla ko ngan family selamat...kena tutup segala lubang pasni..
beb...buat air bawang putih then spray spray kat tepi tepi umah pun boleh...
ade ubat like belerang ade jual kat Daiso utk halau ular..
btw 2 kali umh aku masuk U hitam ni dan aku yg terserempak 2 kali dgn nyer...maka nyer trauma aku lebih giler dari nie...huwaaaaaaa....
dah tu sipa dgn kucing umah aku hobi dia bawak balik binatang termasuk la cik U ni..huwaaaaaaa....
Ya Allah, mujur tak berlaku apa-apa kejadian yg buruk...
Sykurlah tak der apa2 kan sis...demi keselamatan ko sis..tebas lah semak samun tu kan..tak der pilihan daripd membahayakan ko sekeluarga..
syukur family tak pape.... gerun tengok....
memang grei kan? saya pernah gak kena masuk ular dalam rumah..nanti sy cerita dlm blog sy :(
Ngeri wei. Alhamdulillah tak der apa2 yg berlaku.
salam perkenalan...klu saya tu, xtau r berapa lama pulak x blh nk masuk dapur...takooot n geliii giler ngan ular...nasib baek family xde ape2...
ngerinya kak!!!! saya mmg geli bab ular ni. serious scary!!! aritu tgk filem ular pun dah meremang bulu roma, dok terbayang je ular tu masuk kot celah bilik air. mmg nak kena beware la pasni. letak belerang semua. tingkap2 bilik dan rumah pun nak kena pasang jaring yg bersesuaian (rumah kampung mmg xde grill ni semua). ni pun rumah sewa je. hujung tahun pindah rumah sendiri. nnt nak tabur belerang keliling rumah, bawah katil, belakang almari dan semua tempat2 yg berkaitan. ko buat entry ni kan kak, mmg kuatkan lagi semangat org nak mengemas licin rumah tu. risau kak, anak2 kecik lagi. takutttt!!! semoga Allah sentiasa melindungi kita. amin..
alhamdulillah semua selamat...takotnyer tatau la nk cakap kalo fadh yg berdepan ular terpacak mcm ni..huhhh !
meremang2 bulu tengkuk fai baca kisah akak ni.. nasib baik xde perkara buruk yg terjadi. syukur... kalau fai kat tempat akk, rasanya fai dh gigil dlu satu badan..
ingat yg dalam perut tu nokkkk.... tp syukurlaah allah masih jauhkan perkara2 yang tak diingini.. ini cuma peringatan jer supaya lebih berhati2
Alhamdulillah.. semua dah selamat yer. memang bahaya lah kalo tak tutup pintu. kena hati2 lepas nih nok~
eee takutnya.. kalau aku dah menjerit bagai dah, panik kan
lucky xde yang buruk berlaku nok...nasib baik ur hubby sedar dan alert dengan bunyi2 tu...meremang bulu roma aku baca pasal ular ni ..menakutkan...
Alhamdulillah... lepas ni lebih berhati-hati ye wahidah...
nasib baik ada la jugak barang nak buat senjata tu.. berani betul husband ko nok.. aku pun rasanya tak sanggup nak tengok.. lembik cam jeli kaki..
syukur korang semua selamat...
Mujur shidi sedar nok..dahlah anak2 tidur kt hall. Rasanya benda tu kepanasan..skrg kan musim panas..nak cari airlah tu..alhamdulillah korang semua x apa2. Moga terus dilindungi yang Esa.
baca ni pun da berdebar2..apatah lg yg mengalaminya sendiri kan
Ya Allah..meremang aku baca entry kau arinii...aku terus teringat umah mak aku kat cheras..blkg rumah pun umah jiran yg terbiar tak berpenghuni..alahaiii..aku kene berbuat sesuatu ni..tq noks..
yang paling penting..Alhamdulillah kau n family selamat semua..amin ya rabbal alamin.
Citer ni lagi sedap dari ariana rose...scary giler...terasa geli2 jek kaki....syukur semua xde pe2...peringatan tuk semua jugak...
ngeri giler baca citer ni.. cam aku betul2 dok dlm umah tu alami situasi ni.. huhhhh.. lega sbb ular tu dah mati.. tapiiiiiiiiiiii pasangan nye akan datang cari? takottttttttttt!!!!!
akak yg duduk kat kampung pun tak berani nak buka pintu kalau tak ada org....takut benda2 mcm tulah.
akak yg duduk kat kampung pun tak berani nak buka pintu kalau tak ada org....takut benda2 mcm tulah.
ni semua salah Bukan Kerana Aku Tak Cinta....kah kah kah..
tu la kau nok, ralit sgt layan drama...record aja lah guna decoder...:P
apa apa pun, alhmadullilah...
nok, kat mana nak cari belerang tu? aku nak beli jugak...langkah berjaga jaga
daddy ziyyad: nok, aku tak nak record2 ni nok...aku jenis tak sabar..nak tahu time tu jugak...hahaha...
belerang kuning tu beli kedai runcit india nok...kedai yg ada jual sireh bagai tu...
Tedung selar ke tedung senduk Wahida? Tengok gambar semalam memang nampak besar.
Akak harap lepas ni tak ada lagilah makhluk itu menjelma. Trauma beb...fobia!
Meremang baca...but syukur alhamdulillah....semuanya selamat
mana gambar lalang jiran puaka kau tu...
NM03: aku tak sempat snap gambar la jah...balik semalam sampai rumah pun dah gelap..
Nasib baik mati kena dek parang tuh.. ishh menakutkan sungguh..bila ular masuk dlm rumah..
aduh seram lak..
nsb bek takde apa2
adeh . pintu dapur selalu ternganga la ...
rumah saya pn biasa masuk..slalu call JPAM, ant petua letak limau purut belah 4 tp jgn kasi putus
Salam, kakak kena buat sujud syukur kt Allah sbb Allah dh pnjangkan umur kakak sekeluarga
hadoiyaii.. seram weh baca.. Moga tiad ular or apa2 lg yang masuk.. A'a.. jgn buka pintu dapur lelama ye.. hehe. peringatan utk diri
sendiri juga ni..
Alhamdulillah semuanya selamat. Teringin nak nengok kayu hoki patah 2
Adoii, scary statment, dia akan datang cari pasangan dia.
Apapun, sentiasa berjaga2 la ye. Mana yang ruang yang terselit2 tu selalu check.
dan,
Kalau boleh, bukan kerna aku tak cinta tu tengok time ulangan je lah. tak yah tengok malam. haha. :p
aduhla kak... meremang bulu roma sambil baca ntry ko nih... alhamdulillah Allah lindungi korang anak beranak... Dia bg laki ko amaran n kekuatan utk bunuh ular tuh... teruk beno lah jiran ko tuh kak... biarkan semak tinggi bt hapa aduhla...
ni yg bt aku lak seram sejuk sbb belakang apatment aku tuh kan hutan, kalu lah ada ular tuh menjalar naik sampai ke tkt4 naya je kan... kene ada gak belerang kt umah tuh lah mana tau kan.... huhuhui
betulla tu - tabur belerang... kalau pegi camping pun mcm ni tabur belerang keliling khemah... buat masa ni elok tabur keliling kaki lima rumah... keliling pagar pun bagus tabur... tapi yg ni bile kena hujan habis la kan... garam kasar pun bole... binatang tak suka sbb garam kasar kalau kena pad kulit rasa pedih... pastu kalau tabur garam kasar... rumput atau pokok bole mati kering... hihihi... yg tepi pagar dgn rumah jiran elok tabur garam kasar kut... nnt kering la rumput dia... :)
mmg ngeri...masa rietta tgk entry ntu...rietta pown tkut...bukan ular biasa...besar plak tu...xterbayang semak rumah jiran akk tu tahap dia mcm mna...
mak aiii kalau aku ni memang mimpi ngerik nok!! adoii jup aku tertinggal ke part macam mana ko buang ular tu...
menakutkanlah kak.. Alhamdulillah, semuanya ok..
Post a Comment