nuffnang advert

Thursday, January 9, 2014

Tidak perlu buang tulisan Jawi


PAPAN tanda utama SMK Convent Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang mengandungi tulisan Jawi.



GEORGE TOWN - Pihak pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Mertajam, dekat sini tidak perlu melayan sebarang permintaan atau arahan daripada pihak luar yang meminta agar tulisan Jawi pada papan tanda utama sekolah itu dibuang.


Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Ahmad Tarmizi Kamaruddin berkata, papan tanda sekolah yang mengandungi tulisan Jawi itu telah dipasang sejak 10 tahun lalu dan ia tidak mempunyai sentimen keagamaan kepada mana-mana pihak.
"Saya difahamkan papan tanda itu sudah dipasang sejak 10 tahun lalu dan pihak sekolah tiada sebab untuk menanggalkannya atau mengganti dengan papan tanda baharu kerana langsung tiada kaitan dengan sentimen keagamaan.
"Malah tulisan Jawi adalah sama seperti tulisan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana ia ditulis sebagai tambahan bagi menggantikan tulisan roman yang merujuk kepada nama sekolah," katanya.


sumber: kosmo

11 comments:

fieda said...

jgn dilayan mereka tu...

rintzpalil said...

tulisan jawi kan indah di mata.

eima said...

jawi je pun bukannya guna ayat² Alquran sungguh la klu nk buang... hmm

org berbangsa cina zaman sebelum merdeka pun ramai yg boleh baca jawi tau ...

SemuaTentangKita said...

Takyah bg muka sangat..sikit2 diorang buang..lama2 xde apa yg tinggal..

Gieyana said...

Mcm ni pon nk jd isu sentimen kn..

NM03 said...

mmm... ape2 je la depa ni... tu pun nak amek kesah.... byk lagi masalah negara lain la wei nak pikirrrrr

amirah said...

looorrr...masalah remeh pun nak pening2 bagai ke? tulisan je kot. adoyai

emarieys said...

mcm ni pun jadi isu juga..

JunAina said...

Tak de kerja cari kerja gamaknya depa nih.

Fazleyatul Aini said...

ish macam2 isu la dorang ni

Vee Sandi said...

tulisan jawi pun jadi masalah . dah mcm saja nak cari pasal lak ...