nuffnang advert

Thursday, December 26, 2013

Polis buru wanita larikan pokok Krismas



RAKAMAN kamera keselamatan menunjukkan seorang wanita membawa keluar sebatang pokok Krismas di London.



LONDON - Seorang wanita tidak menyedari perbuatannya mencuri pokok Krismas di sebuah rumah kebajikan dirakam kamera keselamatan (CCTV) fasiliti itu.

Suspek yang kononnya datang untuk menziarahi seorang rakannya di sebuah rumah kebajikan di Camberwell, membawa lari pokok berkenaan sebaik sahaja melihatnya.

Ketika kejadian pada 16 Disember lalu, pokok perhiasan itu diletakkan berhampiran pintu keluar bangunan berkenaan.

Polis kini memburu wanita tersebut dan menyebarkan imejnya yang dirakam oleh kamera CCTV tersebut.

Pokok itu disumbangkan oleh seorang rakan kakitangan rumah kebajikan berkenaan. - Agensi





sumber: kosmo

12 comments:

Unknown said...

alahai.. pokok krismas pun nak rembat.. dari rumah kebajikan pulak tu..haishh..

dear anies said...

desperate kot pompuan ni

NM03 said...

lenkali minta, jgn curik. hahahaha

Cho Zila said...

macam2 kisah yerk...

che mid said...

ingatkan kt malaysia...

Fazleyatul Aini said...

hahaha boleh plak ye

Vee said...

nekad sungguh minah ni .

Gee Lion said...
This comment has been removed by the author.
Gee Lion said...

haish.. daif sungguh smpai pokok krismas pon nak dicuriknyer.. jap rasa kesian, jap rasa tak patot dia buat lagu tu.. aish.

eima said...

utk cucu die kot ...

mama aini said...

ehem dia pun nak sambut krismas jugak..nak beli tak mampu kot..hu2..

Unknown said...

"Polis kini memburu wanita tersebut dan menyebarkan imejnya yang dirakam oleh kamera CCTV tersebut."

Sbb pencuri ni, pakcik2 polis x bleh cuti.