nuffnang advert

Thursday, December 19, 2013

Flat ditimpa pokok tumbang


KEADAAN pokok tumbang yang menimpa Blok B, Flat Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 100 keluarga yang mendiami Blok B, Flat Jalan Hang Tuah di sini semalam terkejut apabila sebatang pokok besar tumbang menimpa bangunan itu.


Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang itu, sebuah kuil musnah, tujuh buah kereta dan balkoni di lima buah rumah di bangunan tersebut mengalami kerosakan.
Seorang penduduk, M.Manimala, 28, berkata, dia yang tinggal di tingkat 15 di blok itu terkejut apabila terdengar bunyi dentuman kuat datang dari luar rumahnya.
"Saya ingat berlaku kemalangan namun tidak menyangka pula dentuman itu berpunca daripada sebatang pokok besar yang hidup di dalam kuil itu tumbang.


sumber: kosmo

14 comments:

Khai♥Rin : anies said...

kesian diorg

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Nasib baik tiada kehilangan jiwa...

Tina Othman said...

Siannya

norhidana miswan said...

pokok2 area kl nih kadang2 mmg beso nyer melampau2... seraam lagi2 yg ada akar berjuntai2

Vee said...

pokok yang gah juga akhirnya menyembah bumi bila tanah byk air ...

Sylarius Yusof said...

Pokok dah tua sangat tu agaknya. Tambah-tambah sekarang ni, tanah kebanyakannya diturap dengan simen or tar. So, mungkin pokok-pokok tua ni makin mudah tumbang bila akarnya makin lemah.

Rizziela said...

Oh..nasib baik x ada kemalangan jiwa kan

Tihara said...

musibah melanda, sekarang memang kuat angin ribut kekadang tak hujan tapi ribut je yang lalu

Qashmere said...

kesiannyaaaaaaaa

Qashmere said...

kesiannyaaaaaaaa

JunAina said...

Rasanya semalam KL tak de hujan mahupun ribut. Agaknya pokok tu memang tunggu hari kot nak roboh...

HeNRieTTa JoSe said...

Skank musim angin kuat...tkut rietta...xmcm masa rietta kecik dlu...byk pokok, byk bukit, angin kuat xpernah rasa, sebab dihalang oleh bukit...skank bukit dh gondol, buat bglo mewah...

NEKCIK said...

syukurlah tiada jiwa yang terkorban..

Cho Zila said...

isyh trauma gaklerkan...