RAMBUT Manjura dicukur sebelum dia dirawat dengan menggunakan tembakan laser di Hospital Dhulikhel di pinggir bandar Kathmandu pada 22 Oktober lalu.
KHARAY - Seorang ibu dan tiga anaknya terpaksa menjalani rawatan dengan menggunakan laser baru-baru ini bagi mengurangkan pertumbuhan bulu pada badan mereka.
Wanita berkenaan, Devi Budhathoki, 38, dan anak perempuannya, Manjura, 14, seorang anak lelakinya Niraj, 12, serta seorang lagi anak perempuannya Mandira, 7, disahkan menghidap penyakit genetik Congenital Hypertrichosis Lanuginosa.
Penyakit ganjil itu yang kadangkala digelar sebagai sindrom serigala jadian menyebabkan pesakit mengalami pertumbuhan bulu badan yang berlebihan.
"Niraj pernah memberitahu bahawa dia akan kembali dengan wajah baharu supaya mereka tidak dapat lagi mengejeknya," kata Devi.
Devi dan suaminya yang berusia 65 tahun, Nara Bahadur Budhathoki serta tiga anak mereka tinggal di sebuah kediaman di sini, dalam daerah Dolkha yang terletak sekitar 190 kilometer ke timur laut ibu kota Nepal, Kathmandu.
Empat beranak itu menjalani rawatan dengan menggunakan laser bagi membuang bulu badan secara berkala di Hospital Dhulikhel di pinggir bandar Kathmandu. - Agensi
sumber: kosmo
5 comments:
Aku selalu baca citer dia ni nok..sgt2 kesian kan...
speeacheless
Harap rawatan ini memberikan sinar baru kepada keluarga ini.
genetik ni susah sikit nak sembuh . semoga rawatan mrk berjaya ...
kesian pd mereka....
Post a Comment