SEORANG penduduk menutup hidung ketika dia melintasi mayat-mayat yang ditutup dengan kain di Tacloban semalam.
TACLOBAN - Sebuah gudang beras diceroboh masuk oleh mangsa-mangsa Taufan Haiyan di wilayah Lyte, tengah Filipina menyebabkan lapan orang terbunuh kelmarin.
Lapan orang terbunuh itu dihempap dinding bangunan gudang berkenaan selepas mangsa-mangsa tersebut kelaparan.
Ketika kejadian, mangsa-mangsa taufan tersebut cuba melarikan ribuan guni beras yang terdapat di dalam gudang berkenaan.
Gudang berkenaan terletak kira-kira 24 kilometer dari sini.
Kejadian tembakan juga berlaku semalam di jambatan San Juanico di ini melibatkan anggota-anggota keselamatan dengan sekumpulan lelaki bersenjata.
Sejak taufan itu melanda wilayah tengah Filipina pada Jumaat lalu, sejumlah orang telah menyerbu rumah, gudang, garaj untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman.
Terdapat juga laporan yang menyatakan, sekumpulan lelaki bersenjata yang melaku- kan rompakan.
Perintah berkurung telah dikuatkuasakan bermula pada pukul 8 malam hingga pukul 5 pagi.
Polis menyatakan, situasi di wilayah berkenaan semakin pulih selepas kejadian yang tidak diingini itu berlaku.
"Kami telah memulihkan ketenteraman," kata Pengarah Pasukan Tindakan Khas Filipina, Carmelo Espina Valmoria.
Dalam pada itu, angka korban rasmi akibat Taufan Haiyan di Filipina kini meningkat kepada 2,275 orang.
Majlis Pengurangan Risiko dan Pengurusan Bencana Kebangsaan menyiarkan maklumat jumlah kematian tersebut petang semalam.
Ia menyatakan, seramai 3,804 orang cedera dengan 79 lagi mangsa masih hilang.
Sebelum ini, media tempatan dan luar negara melaporkan, lebih 10,000 orang menjadi korban taufan yang bertiup pada kelajuan melebihi 300 kilometer sejam itu.
Ribut antara yang terkuat di dunia itu memusnahkan puluhan ribu bangunan dan menyebabkan sekitar 600,000 orang hilang tempat tinggal.
Satu operasi menyelamat besar-besaran sedang giat di jalankan tetapi ramai mangsa di zon bencana masih belum menerima sebarang bantuan. - Agensi
sumber: kosmo
15 comments:
kesiannya.. demi sesuap makanan..
sedih nok..pagi nih aku tgk paper seorang ayah mendukung anak perempuan yg berumur lebih kurang 8-9 thn yg mati ke rumah mayat..sedih nok..aku mmg touching bila tgk anak2 sbb mereka adalah bidadari syurga ..nih yg tak Filipina tuh la..:(
ramainya yg terkorban tu. kesian
habis semua ranap...
dengar keadaan disana tak terkawal juga...
bila dah kelaparan manusia hilang punca...tp malang x berbau kan...kesian...bantuan x sampai lagi kot masa ni...
Kesiannya..takziah utk dorang
xtau nak kata apa..tgk berita habis musnah semua
Kita Allah pilih utk lahir di bumi bertuah ini.. bebas dari taufan dan gempa bumi, tidak seperti negara jiran lain. Alhamdulillah..
Simpati dengan keadaan dorang kan....
kalau kat negara kite cam ne la kan..
itulah risiko bila berlaku bencana ...
sedih nyer :(
kesian =(
dasat betui kan ... menakutkan ... alhamdulillah Malaysia Allah lindung dari segala bencana alam yang dasat .... xde laluan taufan atau gunung berapi .... wlupun kadang tersasar
Alhamdulillah ...
Kesianlah kat dia orang ni. Kalau dah darurat gitu, memang berebut-rebut segala benda. Nasiblah kita kat sini masih lagi hidup aman damai. Nak makan apa pun, terjah aje.
Post a Comment