UPEK memangku mayat Julan yang mati selepas dilanggar dan diseret sebuah bas di Miri semalam.
MIRI - Seorang suami yang terlalu menyayangi isterinya meratap hiba sambil memangku jasad wanita tersebut apabila mendapati orang yang sudi berkongsi hidup dengannya itu maut dalam keadaan tragis selepas diseret sejauh 10 meter oleh sebuah bas yang melanggarnya semalam.
Kejadian di Jalan Miri-Lutong di sini pada pukul 9 pagi itu berlaku apabila Julan Batang, 42, dilanggar bas henti-henti sebelum diseret hingga mengakibatkan mangsa cedera parah di kepala dan tangan.
Suami mangsa, Upek Usan, 48, berkata, sebelum kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Jalan Pujut Adong di sini selepas mencari pekerjaan di sekitar pusat bandar.
"Ketika kami berlari untuk melintas jalan, tangan kami terlepas hingga mengakibatkan Julan dilanggar bas.
"Saya menyesal kerana sebelum itu isteri mencadangkan kami menggunakan jejantas tetapi saya tetap berkeras mahu melintas jalan. Dia menjadi korban kerana tindakan saya," katanya sambil memangku mayat isterinya.
sumber: kosmo
24 comments:
Al fatihah.. Sedihnya...
ya allah
Al fatihah.. Sayang seorg suami..
sedihnya.....Semoga suami tu tabah mengahadapi ujian ni
ala.. sedih & menayat hati..
Ya-Allah...sedihnya lah sis ooi...sudah ajal kan...tapi pasti sisuami seumur hidup akan menyalahkan dirinya....
Sedihnya :-(
sedih sangat...
kesian..tp dah ajal.. nya .
Al-Fatihah...
kesian .... mesti sedih gile kan ..depan mata tu ...
al fatihah, betapa dia sayangkan isterinya dan menyesal atas tindakannya mengabaikan keselamatan mereka mungkin......mungkin ajalnya begitu, semoga dia tabah
Kesian...msti dia rasa terkilan sngt tu...
kesian nyer... sgt menyayat hati
sedihnya. nak nanges dah ni. huhuhu
setia nya seorg suami, sungguh tragiss
itu gamba eksiden lain.yg tu eksiden kat terengganu minggu lepas kot.yg sarawak tu waktu siang.
manusia tetap mendatangi ajal ...
A'ah la kak. Eksiden ni yang macam dah berlaku dekat Semenanjung. Maaf kalau saya silap.
Pagi tadi kat kosmo...ibu pulak terlanhgar anak kecik..masa reverse kereta...ngerinyer nekcik fengar...so berhati hatilah ibu bapa..malang tak berbau
sedih =(
sedih kita melihat , hiba lagi yang menghadapi ...
Aduhai, sedihnya. Itulah ada jejantas nak gi menyeberang jalan cam tu aje kenapa. Bukan boleh main reverse2 lagi benda mcm nih!
sebak nyer KA tgk & baca !
Post a Comment