nuffnang advert

Thursday, October 3, 2013

Pakai kostum pada majlis pengkebumian


SERAMAI 250 orang hadir ke majlis pengkebumian Pattison telah menunaikan hasrat rakan mereka buat kali terakhir di pusat pengkebumian Newcastle Crematorium Britain pada 27 September.- Agensi


NEWCASTLE - Seorang penggemar motosikal berkuasa tinggi, Gary Pattison, meminta rakan-rakan dan saudara-mara yang berkabung atas kematiannya memakai pakaian beragam, kata sebuah akhbar kelmarin.
Mendiang Pattison yang dikenali dengan sifat suka bergurau itu telah mewasiatkan bahawa semua individu yang datang bagi memberi penghormatan terakhir di majlis pengkebumiannya mengenakan pakaian berwarna-warni.
Majlis pengkebumian itu diadakan di pusat pengkebumian Newcastle Crematorium di Newcastle-Under-Lyme, Britain pada 27 September lalu.
Pattison, 42, yang merupakan seorang bapa kepada seorang anak telah membuat permintaan pelik itu sebelum terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan motosikal di Lower Elkstone, Staffordshire di sini awal bulan lalu.
Seramai 250 orang tetamu hadir ke majlis pengkebumiannya itu. Ada antara mereka memakai kostum watak Fred Flintstone, Star Wars stormtrooper, Super Mario dan banyak lagi.
Seorang rakannya, Vanda Kaminski, 31, menggambarkan Pattinson sebagai bapa yang penyayang kepada anak perempuannya Becca, 13, ketika mereka tinggal bersama di Newcastle-under-Lyme.
"Gary merupakan seorang penunggang motosikal tegar, peminat aktiviti berkayak dan seorang pendaki bukit. Dia seorang yang ramah dengan rakan-rakannya," kata Kaminski. - Agensi


sumber: kosmo

15 comments:

♥ Vna ♥ said...

adoiiii macam² da..

+ e.z + said...

wow ;p

Anum said...

wow

Anonymous said...

macam2, sempat pulak tu buat wasiat request mcm tu

Ati Masrif said...

assalamualaikum,

berbagai2 ragam sampai dah mati pun beragam2 gak...kesian

JunAina said...

Pelik tapi itulah yg nyata terjadi...haissshhh...boelh pulak cam gitu.

Rizziela said...

macam2 hal kan mat saleh ni

Hazmin Hamudin said...

Macam ni pun boleh. Jadi takda la yang sedih dengan kematian dia agaknya.

Unknown said...

wah..dah macam party la pulak..hehhe

sudipVSsenduk said...

confuse.. nak sedih ke nak gembira

Zawiah said...

wasiat terakhir ...

jeBateja said...

tertunai sudah permintaan nya

Anonymous said...

kerana tidak tahu apa jadi selepas mati. kesian. muga keturunan kita masih tuntut ilmu tentang alam kubur dan alam akhirat.

dear anies said...

kalu kita, da lama kena halau agk nyer ;-)

Suria Amanda said...

Mmg gilos la diorg...