nuffnang advert

Thursday, October 24, 2013

iPad baru Apple lebih nipis


Seorang kakitangan Apple memegang iPad Air bagi menunjukkan ia lebih nipis berbanding versi lama.



SAN FRANCISCO - Syarikat Apple Inc. kelmarin memperkenalkan komputer tablet iPad yang lebih nipis daripada versi lamannya.
Komputer tablet baharu itu diberi nama iPad Air yang seberat hanya 0.45 kilogram (kg) berbanding versi lamanya iaitu 0.64kg.
Menurut ketua pemasaran syarikat itu, Phil Schiller, versi baharu itu mempunyai kelajuan pemprosesan lapan kali ganda daripada iPad pertama keluaran tahun 2010.
Namun, komputer tablet baharu itu akan berada di pasaran pada 1 November depan.
Komputer tablet baharu itu akan dijual pada harga AS$499 (RM1,580) untuk versi yang mempunyai memori 16 gigabait.
Bagaimanapun, harga iPad 2 dikekalkan pada AS$399 (RM1,263).
Sebuah lagi komputer tablet iPad mini akan dijual pada harga AS$399 yang mempunyai memori 16 gigabait. - Agensi



sumber: kosmo

14 comments:

NM03 said...

aku tgh merayu ngan along nak tukar note 3 ni... hp aku dah hazab sgt noksss....

:: Mrs.Eady :: said...

wowwwwiiiiiiii...

mamasuri said...

mcm tau je aku sedang mencari gadget baru...tp aku tak nah beli benda alah adikberadik ipad/phone..kenal cik samsung je..hehehe

Amanda Suria said...

alamak..Note 2 aku ni nak kena tukar la nampaknya ni...hahahaha

makchaq said...

Geliga sungguh orang yang mereka cipta benda-benda ni kan...
banding ngan komputer yang mula2 di reka besaq gedabak penuh satu bilik...
tapi orang yang mula2 reka komputer gedabak tu pun geliga juga otaknya.. kalau harap orang makchaq la ni kita dok menulih aras batu lagi la gamaknya... tak geliga/tak kreatif langsung

Fiza Rahman said...

Bestnya klo dpt ni.

norhidana miswan said...

jgn nipis2 kang terhempas senang berderai kui3

JunAina said...

Berlawan2 depa tapi kita pengguna gak untung banyak pilihan...nak goda laki soh belilah...ahahaa...

mamyharraz said...

ni dpt kt harraz mau haku yg parkinson sbb dok gigil satu badan takut benda alah ni terhempas tsk tsk

Fazleyatul Aini said...

gadget maniac mesti dah kumpul duit to own it huhuhu

As Sabiluna said...

tak berderai kot..apple ada buat drop test dari ketinggian tinggi

whitecappuccino said...

akak dh puas hati dgn ipad mini yg ada skrg chewah!

ros_reeza said...

macam-macam keluaran dah sekarang ni..

akubiomed said...

Tidak terjangkau oleh akal dengan teknologi yang ada sekarang.