nuffnang advert

Wednesday, September 18, 2013

soal jwb agama: Tak selesa tinggal serumah ipar lelaki

Masalah bertambah berat apabila suami saya selalu bekerja di luar kawasan dalam jangka masa yang lama. Hanya tinggal saya dan adik ipar lelaki serta anak saya.

Ibu mentua saya seperti tidak peduli perkara itu, biarpun sudah diterangkan. Padanya ia seperti suami tidak mahu menjaga adiknya atau saya yang tidak menyukai adik ipar.

Suami saya menjadi serba salah. Adik ipar juga belum mampu untuk menyewa sendiri. Saya juga menjadi serba salah.

Ibu mentua menyuruh saya menganggap adik ipar seperti adik sendiri. Itulah yang saya lakukan, namun rasa tidak selesa tetap timbul.

Sudah tentu keadaan berlainan kerana dia adalah ipar saya dan bukan adik kandung.

Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya tidak mahu suami menjadi anak derhaka. Saya juga tidak mahu ibu mentua berkecil hati, namun kebajikan dan perasaan saya bagaimana? Bantulah saya Dr.

Iza
Selangor



Pada kebiasaannya, masyarakat lebih berhati-hati dengan orang asing, tetapi tidak berbuat demikian dalam keluarga sendiri atau terdekat.

Mereka mengambil mudah dan kadang-kadang terlepas pandang dengan ahli keluarga sendiri. Ini yang berlaku dalam keluarga anda.

Sebab itu, Rasulullah SAW memberi amaran supaya perkara buruk tidak berlaku. Antaranya hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Jangan kamu sekalian masuk ke dalam (ruang) wanita.

“ Seorang Ansar bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saudara ipar (al-hamu)?” Rasulullah menjawab: “Saudara ipar adalah kematian.” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad)

Kematian di sini bermaksud keadaan yang sangat bahaya kerana perbuatan berdua-duaan itu boleh membawa kepada dosa seperti zina, tuduhan jahat dan berlaku perpecahan keluarga apabila perkara tidak diingini berlaku.

Seorang suami sepatutnya bertanggungjawab menjaga kebajikan dan perasaan isteri, contohnya dalam kes di atas, suami mesti meraikan hak dan perasaan isteri.

Membawa adik sendiri tinggal serumah sepatutnya mendapat keizinan isteri terlebih dahulu dengan adanya perbincangan dan dibuat peraturan tertentu.

Apabila isteri tidak selesa, suami hendaklah mencari alternatif lain seperti mencari rumah atau bilik berasingan untuk adiknya. Sekiranya adik tidak mampu, suami boleh mendahulukan sedikit wangnya.

Begitu juga adik ipar dan ibu mentua perlu memahami kedudukan puan dalam rumah itu. Misalnya apabila suami puan tiada di rumah, adik ipar perlu dinasihati supaya tidak bermalam di rumah puan dan beliau boleh menumpang rumah kawan atau sebagainya.

Dengan berbuat demikian, semua kebajikan masing-masing dapat dipenuhi dengan sebaiknya.



sumber: harian metro

16 comments:

hazlina azmi said...

Hai dear..bestlah blog awk..penuh warna warni kehidupan..jemputla ke blog saya dan kita bertukar-tukar link pulak..:)
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Bagaimana pula dengan adik ipar perempuan? Adakah hukumnya sama?

Asyifa Mustaffa said...

Berinformasi....tq share...

memmetlenggeng said...

Kalau adik ipar perempuan, saya tak kisah sebenarnya, tapi bergantung kepada sikap adik tu jugak, so far adik ipar saya okey. Kalau adik ipar lelaki ni pulak, saya akan terangkan dengan jelas pada mertua kenapa dia tidak boleh tinggal dengan kami.

Munnafendy said...

kak, sy copy n letak kat blog sy ye...ni yg sy hadap lps kawin..lebih kurang lah..skrg we ol yg pindah.. Alhamdulillah ;)

Munnafendy said...

alaaahhh xleh copy???

wahida said...

munnafendy: ko copy dari metro je terus noks...blog aku ni dah ada sistem keselamatan...wakakaka...

~MommyAqilMedina~ said...

same with meee..huhuhu..dilema since 5 years ago until now..huhuhu

.:fyzz:. said...

dulu kan nok..masa mula2 kawin..laki aku ada amik abang dia dok sat ngan kami kt Penang..sbb abang dia sakit..tapi tak smpai seminggu je nok.,kena hantq balik..isteri a.k.a..tak mo ar..tak selesa...sekian..

mama maman aka yana said...

kalu kita pun mmg tak selesa.. kannn

aduhai

Tihara said...

ini namanya mencari bala..seeloknya dielakkan..

Lynn said...

Hmm..saya pernah jugak alami..tapi terus terang ngan suami dengan berhati2 takut kecikkan hati dia..Alhamdulillah...settle..adik ipar cari umah sewa lain..(kes saya adik ipar dating menumpang, sebab keje berdekatan umah kitorang)

CaDLyNN said...

very true!

org pandang remeh benda ni kan..

bukan tak bg tumpang tapi tak sesuai dan tak selesa kan..

Zawiah said...

bila dok umah org nih , mmg byk hal yg kita tak sepatutnya tahu tapi kita jadi tahu ...

Zawiah said...

bila dok umah org nih , mmg byk hal yg kita tak sepatutnya tahu tapi kita jadi tahu ...

Anonymous said...

Salam kalo pompuan yg menumpang abg cmna .......sbb ...kdg kdg kita yg tmpg ni ..pon rasa xcm xselesa..sbnarnya sy xberasa.selesa sgt ....ttg hal.sy pon nk amik xsalah .....dok mention yg bad je...adalah bg gak tiap bln...tlg bli brg tp xbyk...tu pon dikata brkira ....sy ...sbnarnya plan nk bli umah sendri tp nk.gov loan..takut gj rapat sbb sy plan nk smbg bljar ....yelah dok sendri lbh bek sblm ni sy dh merantau byk thun dh sthun dok....dok tgh cr bilik or rumah yg dekat dgan tmpat kja ...smntara nk ada umah sendri ...sy pon dh mohon...utk perumahan kos rendah nk bli umah yg second hnd pon xmampu lg ...wet xcukup lg ...