nuffnang advert

Wednesday, September 25, 2013

soal jwb agama: Suami sudah menjadi ‘isteri’

Saya sudah berkahwin dan mempunyai empat anak. Bermula anak kedua hingga kini suami tidak bekerja. Beliau memberikan alasan menjaga anak lebih baik daripada menghantar mereka kepada pengasuh.
Beliau juga berhenti kerja memandangkan saya sudah bekerja kerajaan dan bergaji lebih baik. 
Saya pernah menyuarakan padanya agar mencari kerja kerana bebanan keluarga semakin meningkat dan saya yang menanggungnya seorang diri. Tetapi suami memberi alasan, nanti apabila saya ada tugas di luar kawasan, susah untuk menguruskan anak. 

Memang saya tidak menafikan kerja saya memerlukan saya meninggalkan keluarga hampir setiap bulan. Namun jauh di sudut hati, saya tetap ingin beliau melayan saya dan keluarga seperti keluarga lain iaitu mendapat nafkah daripada seorang suami.

Dalam tempoh ini, saya memang tidak pernah mendapat nafkah zahir walaupun sehelai baju.

Suami saya tidak berasa bersalah dalam hal ini kerana beranggapan beliau sudah berkorban kepada keluarga. 

Adakah betul pemikiran suami saya ini daripada pandangan Islam? Setiap kali kesempitan duit, saya menangis mencari jalan untuk menyelesaikannya sedangkan suami tidak kisah sebab beliau tahu saya akan menanganinya. 

Terus terang saya katakan gaji saya hanya cukup membayar keperluan keluarga tanpa mampu menyimpannya. 

Barang keperluan peribadi seperti baju dan tudung saya terpaksa berfikir berkali-kali sekiranya ingin membelinya takut terputus duit belanja. 

Saya pernah membuat pinjaman peribadi untuk beliau berniaga, tetapi malangnya semua perlu saya mulakan. 

Ini kerana beliau tidak menunjukkan minat, malah jenis perniagaan, bentuk, mencari barang, meninjau tempat dan perancangan, semuanya saya yang buat dan akhirnya satu perniagaan pun tidak menjadi. 

Saya juga berasa kecewa kerana suami kuat merajuk iaitu tidak akan bercakap atau menegur saya sekiranya berlaku pertengkaran di antara kami, sama ada kesalahan itu berpunca daripada saya atau beliau. Bagi memulihkan hubungan, saya yang perlu beralah. 

Dr, adakah saya perlu reda sahaja dengan hal ini dan hanya berdoa agar beliau berubah suatu masa nanti? Saya bukan tidak pernah suarakan hal ini padanya, tetapi tiada perubahan apa-apa pun. 

Setiap kali dilanda kesedihan, saya terfikir untuk berpisah sahaja sebab merasakan diri tidak dihargai. Saya penat bekerja balik ke rumah, kemudian menguruskan anak-anak, memasak dan menyelesaikan hal anak. Apa harus saya lakukan Dr? 


Za 
Wilayah Persekutuan
 

Perkara di atas tidak wajar berlaku. Islam sudah menetapkan kewajipan suami menyediakan nafkah kepada isteri dan anak dalam bentuk makanan dan minuman, tempat kediaman, pakaian dan perubatan. 

Dalam Islam suami bertanggungjawab untuk bekerja menanggung isteri ketika tempoh perkahwinan.

Isteri pula tidak wajib bekerja. Seorang isteri hanya bertanggungjawab menguruskan keluarga, mendidik anak dan melayan suami. 

Namun, dalam kes puan di atas, perkara yang sebaliknya berlaku iaitu isteri yang menanggung segala perbelanjaan dan menguruskan rumah tangga. Suami pula hanya menjaga anak-anak semata-mata.

Adalah jelas seorang suami atau lelaki tidak mungkin dapat melakukannya seperti seorang isteri yang secara semula jadi berkemampuan ditambah dengan dokongan dan rasa kasih kepada suami dan anak-anak. Semua ini perlu disedari oleh setiap pasangan. 

Memandangkan perkara ini sudah lama berlaku dalam keluarga puan, proses perubahan mungkin mengambil masa yang lama juga. Puan dan suami perlu menyedari kekurangan berkenaan. 

Dengan kata lain, puan dan suami mesti berusaha mengubah keadaan yang ada kepada lebih baik iaitu apa yang sudah ditetapkan Islam di atas. 

Ambillah waktu dengan berbincang sesama sendiri bagi mengorak langkah baru dalam kehidupan berkeluarga menurut Islam. 

Sekiranya puan dapat menerima keadaan itu dengan hati terbuka dan bersabar dengan segala keadaan dalam keluarga termasuk kerenah suami, maka puan tidak perlu mengambil langkah lain untuk menghancurkan rumah tangga yang dibina. 

Bagaimanapun, harus diingat Islam juga menetapkan bahawa seorang isteri yang tidak berpuas hati berikutan kegagalan suami menunaikan tanggungjawabnya boleh mengambil tindakan mahkamah dengan menuntut hak sehingga kepada perceraian.


sumber: harian metro

14 comments:

Ietams said...

kesian juga dgn Puan Za ni..

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Thanks for sharing... Ada jugak ye suami macam tu...

Khai♥Rin : anies said...

mcm cerita drpd seseorg yg penah sy kenal

Rosmadi Shakri said...

pernah dengar satu cerita macam ni,,,
ntah la, nak komen lebih tak berani

m.u.l.a.n said...

doa yg terbaik utk keluarga ini..

Vee said...

senario yg saya lihat di depan mata . cuma boleh kesian dan tlg apa yg mampu ...

che mid said...

Ada orang cakap pada Che Mid.. suami tak boleh tengok isteri 'nampak' ok, dia akan naik muka dan ambil kesempatan.. menjadi mengada-ngada dan malas.. emm.. mungkin ada benarnya dengan entri ni..

QASEEH HATIKU QASEEH said...

sy ada kwn lelaki x skul mate mcm ni..nak tnya lbi lnjut segan plk..tp pelik bin ajaib...dn dia x jgk memasak utk mmbantu wife..bw anak mkn luar..if tym wife keja or x d rmh..dia x jgk bt pa2 bisnes..kesiannn...hopefuly sang suami sedar la..besa org lelaki ada ego x mo d tnggung ole pompuan...yg ni x nmpk jgk ego x mo bt krja rmh yg ptt org pompuan buat..

.:fyzz:. said...

just nk share..aku kan dok belah2 utara..mmg hasil kajian aku sendiri di kalngan rakan pejabat..mmg ramai kawan2 aku nok..laki diorang keja..tp hat besa2 ja.cam jual ayam kt pasar malam..buka gerai..jadi buruh.tp bg aku walaupun laki derang keja rendah..waima mcm mana sekalipun diorang ttp keja cari nafkah..

Shima Harel said...

ader lagi lelaki mcm tuh... beryukur dan rase insaf, kerana dikurniakan suami yg baik... thanks 4 sharing, kak...

eima said...

kakak opis aku pun ade kes gini kesian ....

Eye_nee said...

byk kali dgr dan lihat sendiri kes2 mcm ni...alasan tidak logik suami...isteri yg menanggung makan pakai dia pula...

Mummydearie said...

Pernah baca juga, kalau isteri yg keluar mencari nafkah manakala suami menganggur, isteri kena merelakan segala apa yang ditanggungnya kalau tidak berdosalah si suami tak menjalankan tanggungjawabnya mencari nafkah untuk keluarga.

Kes macam ni kadang2 susah nak diselesaikan. Minta berpisah bolehlah tapi kesian pulak kat anak-anak nanti.

Mohd Rudzuan Mohd Nor said...

salam...
aku bengang dengar citer ada lg laki jenis gtu..sbb aku pun laki. senang citer mcm nilah malas nak berlapik ckp mcm doktor tu.. kemukakan penceraian di mahkamah. semasa proses tu akan ada seso kaunseling.. mane tau dia nak berubah.. alhamdulillah. sbb bukan ape dah anak 4 dah pemalas gtu maknanya kalau puan masih xbertindak.. sampai ke tua lah jwbnye.. lg 1 kesian dia nak tanggung dosa sbgai suami di akhirat esok.. baik puan bertindak je..