Suami pernah mengutuskan SMS pada Disember 2011, yang menjanjikan tidak mengulangi perilakunya memukul saya. Sekiranya ia berlaku lagi, dia akan melepaskan saya.
Pada Februari 2012, suami memukul saya dan laporan polis dibuat dengan pengesahan pihak hospital atas kecederaan dialami.
Sebulan kemudian, kami melakukan hubungan intim namun suami tidak melafazkan rujuk kerana menganggap SMS lafaz taklik yang dikirimnya tidak sah.
Saya ingin tahu sama ada talak itu jatuh? Adakah dikira rujuk selepas saya bersama suami tanpa lafaz rujuk? Apakah hukumnya jika kami masih tinggal bersama dan saya hamil?
Saya ingin tahu sama ada talak itu jatuh? Adakah dikira rujuk selepas saya bersama suami tanpa lafaz rujuk? Apakah hukumnya jika kami masih tinggal bersama dan saya hamil?
Sekiranya hal ini dibawa ke mahkamah, suami saya tidak mengaku SMS itu adalah daripadanya (walaupun ada bukti), adakah hakim tidak akan membuat keputusan sehingga suami mengaku?
Sara
Setapak
Lafaz cerai suami puan itu adalah lafaz bersyarat. Yakni akan jatuh sekiranya berlaku kekasaran lagi.
Walaupun SMS itu jelas daripada suami, ia masih tertakluk kepada niat suami melafazkannya. Adakah dia berniat talak atau tidak?
Jika puan dan suami melakukan hubungan bersama ketika dalam tempoh edah (jika puan yakin talak jatuh kerana niat yang jelas daripada suami) maka hubungan itu sendiri membawa maksud rujuk.
Suami tidak perlu melafazkannya secara terang tetapi perbuatan dia dan kerelaan puan menerimanya adalah tanda rujuk.
sumber: harian metro
11 comments:
Thanks for sharing.
mudah jer klu nak rujuk demi kebaikan ...
Tq sharing...
Sebaiknya bab talak dan rujuk jgn dipersendakan. Apa lagi kalau naif bab munakahat...
sng je kut sms.. :(
ermm ape la main2 sms ni...nk nikah kemain pyh siap sgala hntran bagai, awat la nk cerai bleh nk pakai sms je? pastu bleh pkai suka suki kata xniat la ape la..jgn la amik mudah benda2 ni..
eh.. slamat hari raya kak wahida!
slmt hr raya
Ow.. TQ
Selamat hari raya wahida..
mengerti
nice sharing... :)
Post a Comment